Mar 6, 2012

Kilométrique 6982 l'entrée : Satu Catatan (Part 2)

Bab 2 : Tanah Yang Dimuliakan


*siapa pandai terjemah, silakan.*

You know what? Keliling Masjidil Haram memang tengah berdebu sekarang. Tapak pembinaan mungkin dah ambil kawasan sebanyak 70 perauts daripada keseluruhan kawasan sekeliling masjid. Kalau nak dipandang ke langit, yang aku nampak cuma langit biru, jam menara besar yang baru bina tu, debu dan berpuluh kren-kren pembinaan. Tapi semua tu masih tak menghalang ribuan umat Islam dari seluruh dunia untuk datang, berkumpul ke salah satu tempat yang disunatkan ke atas kita untuk berziarah.

Pagi tadi baru habis berziarah ke kawasan sekitar Makkah. Kawasan yang paling sibuk? Tentunya Jabal Rahmah, kawasan yang diperkatakan tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah bertahun-tahun terpisah di Bumi. Nah, apabila dipertemukan oleh Allah akan Adam dengan Hawa, lantas hawa pun menanggalkan segala apa yang melekat di tubuhnya dan mengucapkan kata rindunya pada Nabi Adam! Tiba-tiba, Malaikat Jibril turun lalu memerintahkan Hawa untuk menutup auratnya semula. Dari kisah ini dan dikatakan oleh para ulama', jika Malaikat Jibril tidak menegur Hawa pada waktu itu......memang malu pada wanita itu tidak ada!

Aku dengar saja mutawwif itu bercerita. Sampai di Jabal Rahmah, yang aku dengar adalah bunyi 'REMMPPP!!!' dari ATV yang boleh disewa di situ. Patut berhat-hati dengan orang yang menawarkan khidmat MENUNGGANG UNTA dekat situ. Dikatanya "Sepuluh riyal, sepuluh riyal", "Gambar?". Heh, nanti diambilnya gambar kita berkali-kali, terus diminta SERATUS RIYAL. Apekah?! Jadi, kalau bertemu masalah sebegini, ajak saja mutawwif ataupun staf syarikat ziarah anda untuk dibawa berbincang.


Masjidil Haram. Masjid yang tidak pernah sunyi, masjid yang di mana tidak disunatkan untuk solat Tahiyyatul Masjid sebaliknya digalakkan untuk melakukan tawaf sunat. Masjid yang dibolehkan solat pada bila-bila masa (sebab ada waktu-waktu yang dilarang untuk kita solat). Alhamdulillah, di masjid ini juga aku berjaya menghabiskan bacaan al-Qur'an dan bermula semula. Dan nampaknya, tafsiran masih tak habis baca lagi....isk isk isk! Susah jugak nak cari tafsiran bahasa Indo atau Melayu. Yang aku nampak cuma Turki, India, Pakistan, Malayalam (?). Sorry der, Arab pun aku tak pass lagi.



*Yang tengah solat tu, Shebyl. Bawah tu, anak laki dengan perempuan dia.*


Lepas Maghrib, aku saja duduk bertenggek kat tingkat 1 Masjidil Haram tu. Tengok Ka'abah saja pun dapat 20 rahmat apa.....


"Setiap hari Allah menurunkan 120 rahmat kepada orang yang berhaji ke rumah Allah yang suci: 60 rahmat untuk yang berthawaf, 40 untuk yang sembahyang, dan 20 rahmat untuk yang menyaksikannya" 
 (hadits hasan riwayat Baihaqi). 


Jadi, tengah-tengah berdiri tu, tiba-tiba ada Pak Arab sebelah kiri aku hulurkan kacang anak dia. "Hmm?" Kira dia bagi isyarat suruh ambil kacang tu la. Aku pun ambil 2, 3 biji. Dah tu, dia hulur pulak kat tiga orang Turki sebelah kanan aku tu. Diorang pun ambik la, apa lagi.

Tengah syok-syok makan kacang, dia tanya aku, "What's your name?" Aku pun jawablah. Dia tanya lagi, "Malaysia? Indonesia?" Aku jawab, "Malaysia". Dia bagitahu lagi, "I'm Shebyl, from Egypt, Mesr. Umra?". "Yes" Aku jawab la. Lepas tu dia tanya, "?هل يأتون الى هنا للعمل (Hal ya'tuuna ila huna lil amal?)". Aku dengar first time, memang tak faham. "I'm sorry?" cuba bertanya sekali lagi. Terus dia cakap, "Do you come here for work?". "Owh....no, no. Just umra. So you come here often?" Aku pulak bertanya. "Not that much from time to time, you know. But, Alhamdulillah...". Uhmmm....aku mengangguk saja. Terus dia angkat anak perempuan dia duduk dalam saf.

Dan dalam hati aku berkata, nasib baik dia tak cakap "Oooo, Malaysia BAGUS!!". Sebab itu la yang akan terpacul dari mulut Pak Arab sekalian bila tanya kita dari mana. Dan malam tu di hotel, aku menyaksikan Liverpool mengalahkan Cardiff City dengan penalti 3-2.

*Betul kata Arif Yaakob, perempuan-perempuan Arab ni memang comel dipandang. Terasa nak buat bini aja. Tapi pesan mutawwif, BAHAYA......

No comments:

Post a Comment