Apr 15, 2016

Angau (~)



Sedang angaukan mereka~~

Apr 11, 2016

Satu Idea Pendek: Pijak Rumput Itu (?)

Salamun 'alaik!

Ya, wahai pembaca-pembaca imaginasi sekalian. Sudah lama aku tak menaip di sini. Bukan kerana sibuk, tapi hanyalah malas.




Ceritanya adalah.....

Bila kali terakhir kita berjalan di atas rumput untuk suka-suka?
Bila kali terakhir kita berbaring di atas tanah di waktu malam?
Bila kali terakhir kita melihat laut/sungai/tasik/kolam untuk ketenangan?

Jangan risau. Aku pun baru sedar lepas balik 'lawatan sambil belajar' ke Janda Baik hari tu.

Dan nak tahu?

Aku yang berbaring di tepi kolam di atas waktu malam menikmati angin malam pun ditegur oleh polis peronda.

Dan dia pun turut melepak di atas jambatan :)

Dan ceritanya adalah.....

Kita lebih banyak berjalan di atas pejalan kaki yang mungkin melencong jauh jaraknya berbanding merentas padang rumput dengan alasan, "Nanti rumput tu mati".~~