Nov 25, 2009

xde tajuk...

xtau ar nak watpe sekarang.tengah blur.Just want to take a nice nap tapi mata xnak lelap.

ok la,nak baca citer.layan jiwang....

Nov 24, 2009

UPSR punye pasal

_UPSR_

Wa,teringat pulak mase kat Al-Amin dulu.Mase darjah 6 nak amik UPSR.Blaja cam nak peksa akhir tahun biase je.Tapi kan,yang tak puas hatinye tu,sume orang amik peksa UPSR ngan SPPM je,tapi Mujjib kena amik peksa agama kat skola agama tu.Tak tau la apsal mak suruh skola kat situ.Nak mula skola pon mase tgh tahun mase darjah 5.Nasib baek kat Al-Amin dah blaja banyak.Sankyu for all teachers!!

Actually,tulis post ni sebab nak cakap..congrats pada sume calon-calon UPSR tahun ni.Sebab korang dah amik peksa dengan semangat yang membara cam ekzos NFS tuh,ngehehe.And nak ucapkan tahniah pade yang dapat result yang bagus.Percayalah,sume result yang korang dapat tu sumenye bagus untuk diri korang.Jangan sebab korang x dapat 5A nak bunuh dirikan??

_tak berbaloi langsung_

Meletakkan harga diri dekat result tu.Confirm,memang tak berbaloi!

Dah,dah.Ni nak ucap tahniah pada sedara2 Mujjib yang amik UPSR:

Haziq:1A,3B & 1C
Syafikah:5A
Hadif:3A 2B

and,tak lupe jugak pada jiran sebelah,Azizah yang dapat 4A,yang membuktikan bahawa sume orang boleh berjaya.

Moga korang teruskan usaha korang untuk jadi pelajar yang cemerlang untuk agama,bangsa dan negara,ok....

_UPSR_

Nov 13, 2009

Darwinisme:Meng'Islam'kan Teori Evolusi?

_evolusi_

Rasanya korang mesti pernah dengar atau terbaca perkataan ni.Dan bila disebut perkataan ni,semuanya teringat satu nama,Charles Darwin atau nama penuhnya Charles Robert Darwin.Selama lebih 150 tahun masyarakat telah "dipaksa" untuk mempercayai tentang teori yang dikemukakan oleh ahli naturalis amatur ni,merupakan satu fakta sains.Padahal teori ni datangnya daripada dasar agama!

_Hah,agama?!

Iyelah,agama.Hakikatnya fahaman Darwinisme ni merupakan doktrin agama penyembahan berhala purba yang bermula lebih kurang 500,00 tahun dahulu.Benda ni pun dapat dilihat daripada budaya penyembahan berhala zaman Mesopotamia yang percaya dengan kuasa alam semesta dan jugak kuasa "evolusi".

Kalau nak tahu,mengikut epik Enuma-Elish yang berasal daripada kaum Sumeri,satu banjir besar telah berlaku yang "melahirkan' tuhan Lahmu dan Lahamu.Nak diikutkan pulak,lepas menjadikan diri sendiri,TUHAN-TUHAN ni kemudian menjadikan pulak alam semesta ni dengan segala isinya.

Dengan lain perkataan,diorang percaya hidupan,termasuk manusia dijadikan daripada benda mati yang berevolusi dan berkembang!

_Eh,peliknya,tuhan dilahirkan daripada banjir besar?_

Memang pelik pun kenyataan ni.Dan konsep ni jugak dipegang oleh teori evolusi yang yakin "bahawa hidupan pertama berasal daripada benda mati yang berkumpul secara kebetulan"

memang menakjubkan macam mana kepercayaan kuno yang tidak berlandaskan sebarang asas sains ni,boleh dianuti oleh masyarakat moden berteknologi canggih.

Al-Quran Tidak Pernah Menerima Teori Evolusi

Memang malang apabila terdapat segelintir ilmuwan Islam sendiri yang turut serta terpedaya dengan "sumpahan" evolusi ni samapi cuba meng"Islam"kan teori ni sendiri dengan memutarbelitkan pelbagai hadis dan ayat al-Quran untuk membenarkan teori ni,sampai ada yang mendakwa bahawa Nabi Adam berasal daripada beruk!

_Adus,macam mana boleh jadi camni?_

Macam mana boleh jadi camni,tu semua berdasarkan akal pemikiran seseorang tu je.Dan antara ayat-ayat al-Quran yang cuba diselewengkan adalah seperti berikut:

1.Firman Allah s.w.t.,bermaksud:"Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat."(Surah Nuh:14)

Ayat diatas sering digunakan untuk membuktikan kebenaran teori evolusi bahawa manusia sememangnya melalui proses evolusi.Muhammed Hamdi Yazir mentafsir ayat ni sebagai "peringkat-peringkat evolusi".Ini bertepatan dengan dakwaan bahawa manusia sememangnya berasal daripada keturunan beruk yang mengalami proses evolusi.

Memang tak dapat dinafikan,orang yang tidak mendalami ilmu tafsir dan sains akan terus menafsirkan ayat ni sebagai proses evolusi kerana akidah mereka telah digoncang dengan ulasan dangkal yang kononnya disokong ayat al-Quran ni.

_habis tu?_

Habis tu,maksud sebenar ayat di atas ialah sepertimana yang dijelaskan oleh Imam al-Tabari sebagai:"Dia menjadikan kamu mulanya dalam bentuk sperma,kemudian Dia menjadikan kamu sebagai satu gumpalan darah,kemudian seketul daging."

Tafsir ni,yang dipegang oleh kebanyakkan ahli tafsir,adalah selaras dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku.
Lalu Kami ciptakan sebuku darah beku itu menjadi seketul daging,
kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang;
kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging.
Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk
yang lain sifat keadaannya.Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian
Allah sebaik-baik Pencipta."(Surah al-Mu'minun:14)

2.Firman Allah lagi yang bermaksud:

"Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa
(yang beredar),sedang ia (masih belum wujud lagi,dan) tidak menjadi sesuatu
yang disebut-sebut?"(Surah al-Insan:1)

Orang ramai yang terkeliru dengan ayat ni pun akan menafsirkan ayat ni sebagai proses-proses evolusi jugak.Padahal ayat ni pun menerangkan tentang kejadian manusia,,kalau kepala korang digali sedalam mungkin.Dan mengikut Omer Nasuhi Bilmen,ayat ni menerangkan tentang kejadian manusia yang berasal daripaada setitis air,,dan pada masa tu,belum disebut lagi sebagai manusia..

_owh..._

Imam al-Tabari pulak menerangkan ayat ni dengan kejadian pertama manusia iaitu Adam daripada tanah yang masih disebut sebagai tanah,,bukan sebagai manusia.

Dan sebab tu lah ayat ni tak boleh membuktikan teori evolusi,,walaupun ade beberapa orang yang 'pandai' sangat cuba nak 'simpang-siurkan' ayat tu.

Dah penat dah nak menyambung post ni..panjang lagi sebenarnya,,

_panjang mana?_

Ish,nyibuk pulak die..Panjang?,,kalau nak tulis,,post ni pun baru separuh daripada artikel asal..
sebab tulah dah penat nak menyambung...

_Evolusi_

Berdepan dengan bakal Isteri Dan Ibu

Masih teringat kata-katanya sewaktu saya meminta nasihat tentang panduan mendidik anak perempuan. Maklumlah, majoriti anak-anak saya lelaki. Adakalanya bagai ketandusan idea dan cara untuk berdepan dengan kerenah anak perempuan

"Perlu banyak meraikan". Begitu kata Tok Wan apabila ditanya tentang tip mendidik anak perempuan.

"Meraikan bagaimana?"

"Raikan mereka dengan kata-kata, belaian dan pemberian. Itu caranya."

"Maksudnya?"

"Hargai pandangan, kegembiraan, kesedihan, kejayaan dan kegagalannya. Selalu ucapkan tahniah, takziah, pujian dan pujukan. Pada ketika yang sesuai, berilah hadiah."

"Kenapa Tok Wan?"

"Umumnya perempuan makhluk perasaan berbanding lelaki makhluk akal. Pendekatan meraikan lebih berkesan bila berdepan dengan perasaan. Pendekatan ini lebih menyentuh dan berkesan."

"Itu pendekatannya, bagaimana pula prinsip asasnya?"

"Wah, kau bertanya, macamlah Tok Wan ni seorang profesor!" Tok Wan bergurau. Sejenak kemudian, sambil tersenyum dia berkata, "Itu kena bayangkan...bakal isteri. Kemudian, bakal ibu!" Wah, Tok Wan dah mula bersilat kata! Saya perlu lebih kritis menyoalnya.

"Bayangkan isteri? Isteri saya?" usik saya.

"Anak perempuan kita bakal seorang isteri. Jadi bayangkan bagaimana sifat seorang isteri sejati. Itulah "end in mind" yang perlu sewaktu mendidik anak perempuan," jelas Tok Wan yang mempunyai latar belakang pendidikan agama dan Barat itu.

Belum sempat saya mencelah, soalan Tok Wan mula menerjah, "Apa kau inginkan daripada seorang isteri?"

"Ketaatan", balas saya cepat.

"Lalu didiklah anak perempuan tentang ketaatan. Latih agar dia patuh pada perintah yang baik. Apa lagi?"

"Malu."

"Didik supaya dia mengekalkan rasa malu pada tempat dan ketikanya. Latih dia sentiasa menjaga aurat, tidak meninggikan suara dan tidak lasak pada gerak fizikalnya. Ajar erti maruah dan harga diri. Lagi?"

"Cantik...."

"Wah, tak lupa ya....Latih supaya dia menjaga kecantikan, tingkah laku, wajah, pakaian, tempat tinggal, bilik dan lain-lain. Biar dia pandai menjaga kekemasan, kecantikan dan keindahan. Biar dia peka dengan nilai-nilai estetika. Lagi?"

Saya diam. Dalam ruang fikiran tergambar isteri saya - ibu anak perempuan saya.

"Kau lupa agaknya..." usik Tok Wan.


"Tok Wan laju sangat...."

"Anak perempuan mesti dibiasakan suka berada di rumah.Bukan bermakna dia tidak boleh keluar, tapi biasakan dia suka di rumah. Rumah adalah gelanggang wanita. Ruang itu kecil tapi besar peranannya. Ketika suami keluar, isterilah pemimpin anak-anak dan pelindung hartanya."
"Ini payah Tok Wan, sekarang ini perempuan dah luas gelanggangnya!"

"Ah, kekadang yang luas hanya gelanggangnya, tapi kecil peranannya. Sedangkan di rumah walaupun kecil gelanggangnya, tapi amat besar peranannya. Pernah dengar madah, tangan yang mengayun buaian boleh menggoncang dunia?"

"Tadi Tok Wan kata, kena bayangkan juga bakal ibu."

"Apa yang paling kau hargai daripada seorang ibu?"

"Kasih sayangnya."

"Didiklah agar anak perempuan agar bersifat pengasih. Pengasih dengan adiknya, abang, kakak, binatang peliharaan dan sebagainya. Sebab itu anak perempuan digalakkan bermain dengan anak patung. Itu menyuburkan rasa kasih sayang kepada bayi. Lagi?"

"Sabar."

"Seorang ibu perlu sabar; sabar menanggung perit kehamilan, sakit melahirkan, menjaga sakit-demam, ragam dan kerenah anak. Tanamkan sifat sabar anak perempuan dalam menanggung kesakitan, keletihan, kekecewaan dan sebagainya."

"Mana lebih bayah didik anak perempuan atau anak lelaki?" tanya saya. Dia senyum sinis. Terasa bodoh pula menyoal begitu.

"Soalan itu tidak betul! Sepatutnya soalannya begini, ada beza tak antara mendidik anak lelaki dengan anak perempuan? Senang dan susah itu terlalu relatif dan subjektif sifatnya."

"Beza tak?" pintas saya penuh akur.

"Tentulah, sebab lelaki dan wanita memang berbeza. Tuhan jadikan darjat kedua-duanya sama, tapi peranannya berbeza. Bukan sahaja ciri-ciri fizikal berbeza tetapi ciri-ciri rohaniahnya jua."

"Kata orang bela lembu 10 ekor lebih mudah daripada seorang anak perempuan."

"Perbandingan yang tak relevan. Manusia berbeza dengan lembu. Kita ada hati, akal dan perasaan."

"Tapi tak ada yang kata membela 10 ekor lembu lebih mudah daripada seorang anak lelaki..."

"Terpulang pada "gembala"nya. Kena gaya dan caranya, 10 orang anak perempuan pun boleh dijaga."

"Apa tip Tok Wan untuk Sang Gembala?"

"Bila berdepan dengan anak perempuan, bayangkan kita berdepan dengan bakal isteri. Adakah menantu lelaki kita nanti akan mendapat isteri yang solehah? Bayangkan kita berdepan dengan bakal ibu, adakah cucu kita kelak bakal mendapat ibu yang mithali?"

"Lagi Tok Wan?"

"Untuk menjadi seorang ayah yang baik kepada anak perempuannya, Sang Gembala mestilah menjadi seorang anak yang baik kepada ibunya dan suami yang baik kepada isterinya!"

"Lagi Tok Wan?"

"Last but not least, Sang Gembala wajib baik kepada Tuhannya!"
Saya terdiam. Diam yang panjang. Perlukah saya menyoal lagi?

Editor: Andai diri seorang ibu dan bakal ibu, boleh juga tukar soalan kepada bagaimana mendidik anak lelaki.

Nov 4, 2009

Kenapa Perempuan Menangis?

_T_T_

Gambar ape tu?tu gamba orang nangis lakan?Xtau takpe,taknak tau,sudah..

Errmm...korang pernah tengok tak perempuan nangis?Kalau pernah,korang rase nape,yek?Kengkadang,Falcon pun tak pahe ngan orang perempuan ni.Yela,laki ngan pompuan kan berbeza,mesti la lain-lain kan?Tula yang korang cakapkan?Memang camtu pun,kalau nak tau.Korang nak tau tak,dulu kan..

Wei,jangan nak citer pasal tu lagi.

Yela yela,nak membebel skit pun x leh.Ok,korang tau tak nape pompuan nangis?Kalau belum,bace la.Kalau yang dah tau pun,bace jugak!(sori,memakse..hehe)

Kalau korang tengok citerDr.Fadzilah Kamsah(x tau tajuk die pe),ade beberape sebab nape pompuan nangis.Sebab pertamanya(benda ni agak saintifik sikit)adalah umtuk mencuci mata yang penuh habuk tu.Sebab air mata tu memang diciptakan Allah untuk membersihkan mata.tapi,jangan pulak korang nak samakan cuci mata ni dengan cuci mata tengok benda bukan-bukan tu.Tu x senonoh namanye.

Lain,lain,

Sebab kedua pulak kenapa perempuan nangis sebab nangis ni boleh kurangkan stress.Sebab tulah kalau korang tengok,pompuan ni kadang-kadang tu lagi lucky to happy kalau banding ngan lelaki.Mungkin hal ni sebab kalau orang cakap lelaki tu nangis dia akan cakap,

Eee,apsal die nangis tu,buat malu jerk.

Wei,cam pompuan la ko ni,nangis pulak

Dan akhirnya,benda-benda camni la yang membuatkan lelaki kurang nangis sekaligus dapat pakej lebih stress.

Lagi,nangis ni pun boleh disebabkan emosi yang teruja.Tak tau nape disebut camni pulak.Entah,macam korang gumbira sangat,dan akhirnya mengalirlah sejalin air mata di muka.

Lagi,lagi.

Lagi satu sebabnya ialah mungkin sebagai tanda insaf.Kalau korang nak nangis x tentu pasal,boleh je,Tapi,make sure yang tangisan korang tu penuh keinsafan dan kesedaran kepada Allah tentang diri sendiri...ayat pon dah terabur...

Lagipun,Falcon x leh tengok orang nangis.Kalau baby tu boleh la kan sebab diorang kecik lagi.Tapi yang lain-lain tu tak tau nak cakap apa,kalau boleh nak duduk dalam bilik sorang-sorang,menconteng.

Ok,nak gi lari dari rumah jap.Pastu nak balik rumah balik la,takkan nak lari terus.Gile ape..
Baik,wassalam..

Love is...

A group of professionals posed this question to a group of four-to-eight years-old:"What does love mean?"Here are some of their answers:

"When my grandmother got arthritis,she couldn't bend over and paint her toe nails anymore.So, my grandfather does it for her all the time,even when his hand got arthritis too."-Rebecca,8.

"When someone loves you,the way they say your name is different.You just know that your name is safe in their mouth."-Billy,4.

"Love is when a girl puts on perfume and boys puts on shaving cologne and they go out and smell each other."-Karl,5.

"Love is when you go out to eat and give somebody most of your French fries without making them give you any of theirs."-Chrissy,6.

"Love is when my mommy makes coffee for my daddy and she takes a sip before giving it to him,to make sure the taste is okay."-Danny,7.

"Love is what makes you smile when you're tired."-Terri,4.

"Love is when you tell a guy you like his shirt,then he wears it every day."Noelle,7.

"During my piano recital,I was on stage and I was scared.I looked at all the people watching me and saw my daddy waving and smiling.He was the only one doing that.I wasn't scared anymore."-Cindy,8.

"Love is when Mommy gives Daddy the best piece of chicken."-Elaine,5.

"Love is when your pupy licks your face even after you've left him alone all day."-Mary Ann,4.

"Iknow my sister loves me because she gives me all her old clothes and has to go out and buy new ones."-Lauren,4.

"My mommy loves me more than anybody.You don't see anyone else kissing me to sleep at night."-Clare,6.

"You really shouldn't say 'I love you' unless you mean it.But if you mean it,you should say it a lot.People forget."-Jessice,8.

And finally,love in action,by Junior.

A four-year-old boy lived next door to an elderly gentleman who had recently lost his wife.Upon seeing the man cry,he went into his yard,climbed onto his lap and just sat there.

When the boy's mother asked what he had said to the neighbour,he replied,

"Nothing,I just helped him cry."