Nov 13, 2009

Darwinisme:Meng'Islam'kan Teori Evolusi?

_evolusi_

Rasanya korang mesti pernah dengar atau terbaca perkataan ni.Dan bila disebut perkataan ni,semuanya teringat satu nama,Charles Darwin atau nama penuhnya Charles Robert Darwin.Selama lebih 150 tahun masyarakat telah "dipaksa" untuk mempercayai tentang teori yang dikemukakan oleh ahli naturalis amatur ni,merupakan satu fakta sains.Padahal teori ni datangnya daripada dasar agama!

_Hah,agama?!

Iyelah,agama.Hakikatnya fahaman Darwinisme ni merupakan doktrin agama penyembahan berhala purba yang bermula lebih kurang 500,00 tahun dahulu.Benda ni pun dapat dilihat daripada budaya penyembahan berhala zaman Mesopotamia yang percaya dengan kuasa alam semesta dan jugak kuasa "evolusi".

Kalau nak tahu,mengikut epik Enuma-Elish yang berasal daripada kaum Sumeri,satu banjir besar telah berlaku yang "melahirkan' tuhan Lahmu dan Lahamu.Nak diikutkan pulak,lepas menjadikan diri sendiri,TUHAN-TUHAN ni kemudian menjadikan pulak alam semesta ni dengan segala isinya.

Dengan lain perkataan,diorang percaya hidupan,termasuk manusia dijadikan daripada benda mati yang berevolusi dan berkembang!

_Eh,peliknya,tuhan dilahirkan daripada banjir besar?_

Memang pelik pun kenyataan ni.Dan konsep ni jugak dipegang oleh teori evolusi yang yakin "bahawa hidupan pertama berasal daripada benda mati yang berkumpul secara kebetulan"

memang menakjubkan macam mana kepercayaan kuno yang tidak berlandaskan sebarang asas sains ni,boleh dianuti oleh masyarakat moden berteknologi canggih.

Al-Quran Tidak Pernah Menerima Teori Evolusi

Memang malang apabila terdapat segelintir ilmuwan Islam sendiri yang turut serta terpedaya dengan "sumpahan" evolusi ni samapi cuba meng"Islam"kan teori ni sendiri dengan memutarbelitkan pelbagai hadis dan ayat al-Quran untuk membenarkan teori ni,sampai ada yang mendakwa bahawa Nabi Adam berasal daripada beruk!

_Adus,macam mana boleh jadi camni?_

Macam mana boleh jadi camni,tu semua berdasarkan akal pemikiran seseorang tu je.Dan antara ayat-ayat al-Quran yang cuba diselewengkan adalah seperti berikut:

1.Firman Allah s.w.t.,bermaksud:"Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat."(Surah Nuh:14)

Ayat diatas sering digunakan untuk membuktikan kebenaran teori evolusi bahawa manusia sememangnya melalui proses evolusi.Muhammed Hamdi Yazir mentafsir ayat ni sebagai "peringkat-peringkat evolusi".Ini bertepatan dengan dakwaan bahawa manusia sememangnya berasal daripada keturunan beruk yang mengalami proses evolusi.

Memang tak dapat dinafikan,orang yang tidak mendalami ilmu tafsir dan sains akan terus menafsirkan ayat ni sebagai proses evolusi kerana akidah mereka telah digoncang dengan ulasan dangkal yang kononnya disokong ayat al-Quran ni.

_habis tu?_

Habis tu,maksud sebenar ayat di atas ialah sepertimana yang dijelaskan oleh Imam al-Tabari sebagai:"Dia menjadikan kamu mulanya dalam bentuk sperma,kemudian Dia menjadikan kamu sebagai satu gumpalan darah,kemudian seketul daging."

Tafsir ni,yang dipegang oleh kebanyakkan ahli tafsir,adalah selaras dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku.
Lalu Kami ciptakan sebuku darah beku itu menjadi seketul daging,
kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang;
kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging.
Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk
yang lain sifat keadaannya.Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian
Allah sebaik-baik Pencipta."(Surah al-Mu'minun:14)

2.Firman Allah lagi yang bermaksud:

"Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa
(yang beredar),sedang ia (masih belum wujud lagi,dan) tidak menjadi sesuatu
yang disebut-sebut?"(Surah al-Insan:1)

Orang ramai yang terkeliru dengan ayat ni pun akan menafsirkan ayat ni sebagai proses-proses evolusi jugak.Padahal ayat ni pun menerangkan tentang kejadian manusia,,kalau kepala korang digali sedalam mungkin.Dan mengikut Omer Nasuhi Bilmen,ayat ni menerangkan tentang kejadian manusia yang berasal daripaada setitis air,,dan pada masa tu,belum disebut lagi sebagai manusia..

_owh..._

Imam al-Tabari pulak menerangkan ayat ni dengan kejadian pertama manusia iaitu Adam daripada tanah yang masih disebut sebagai tanah,,bukan sebagai manusia.

Dan sebab tu lah ayat ni tak boleh membuktikan teori evolusi,,walaupun ade beberapa orang yang 'pandai' sangat cuba nak 'simpang-siurkan' ayat tu.

Dah penat dah nak menyambung post ni..panjang lagi sebenarnya,,

_panjang mana?_

Ish,nyibuk pulak die..Panjang?,,kalau nak tulis,,post ni pun baru separuh daripada artikel asal..
sebab tulah dah penat nak menyambung...

_Evolusi_

No comments:

Post a Comment