Feb 8, 2013

Pada Mata Di Tanganku (?)


*Autograf sekali bhai*

Assalam~
Best AKU BERCERITA? Buku ke-2 gua dengan autograf RAM, tapi buku ni bukan hard cover laa. Kesian kut kat diorang asyik nak hard cover je keje. Asalkan cerita dia best. AKU BERCERITA punya konsep memang stylo-ish, tapi gua tengah sangkut dekat cerita ke-3 gara2 sibuk melayan BLEACH (baca: bukan peluntur). Nanti2 la kut gua sambung.....Penang mari? Dengar cerita nak jalan sampai Sik, tapi rombongan Cik Kiah dah ada pla nak masuk Padang Besar pulak. Semua nak shopping, susah la~

Ah, dan memang terbukti secara saintifalsu nya bahawa tapak tangan memang mempunyai mata. Lutut pun tidak terkecuali~




*Dah nak buta dah pun mata ni*


p.s: parody Pada Syurga Di Wajahmu ke ni?

Feb 2, 2013

Manusia Itu Gila (?)



"Kalau kita nak puaskan hati semua orang, memang lebur otak pun
tak dapat punya..."


Salamun 'alaik~

Hmmm.....boleh kira berhabuk ke blog gua ni kalau hapdet pun sebulan sekali. Konon sibuk sungguh diri ini. Dan konon je ramai yang baca, padahal syok sendiri.

Mungkin salah satu sebab kenapa blog ni di-anaktiri-kan (kenapa condemn anak tiri(?)) adalah dengan naturalisasinya seorang manusia yang suka membazir masa di FB dan 9Gag. Ish3~ Dicampur dengan 'jawatan' gua sebagai student Archie dan model-model lagak Next Top Model beliau? Ahh, alasan semua itu. Sedangkan model mainan hamster gua pun tak disentuh lagi. Masih dara gamaknya.

Tapi yang gua musykil, perlu ke student Archie ni banyak masa untuk berangan?



Dan yang banyak masuk campur ke dalam otak ni pun pasal hal-ehwal manusia. Kenapa macam tu, sebab apa jadi macam ni. Pikir lama-lama pun sampai dari keadaan 'fikir' jadi keadaan 'berangan'. 

Lagipun, fikir hal manusia takpe. Jangan pikir lebih-lebih. Biasalah, manusia tu makhluk yang pelik. Banyak ragam. Daripada kita nak puaskan hati semua orang, baik puaskan hati kita DENGAN puaskan kehendak TUHAN. Simple, right? No.

Apa-apa pun, gua ingat nak buat drawing sendiri la daripada guna drawing Rusydee Artz. Konon nak original la sangat.

Padahal drawing wajib pun tak terlukis~~

"Silent night shall kidnap you from the all-forgotten bats of the moon."



p.s: 3 penungguan; buku, Penang, dan badan gua bukan robot lagi dah....