Sep 30, 2015

Satu Idea Pendek: Gred




Tangga mungkin lebih cepat dalam pendakian.
Cerun mungkin lebih konsisten.

Perbandingan antara:
A, B, C, D, E.......
dan 
A+, A, A-, B+, B........

Just my one-an-a-half cent~~

Sep 28, 2015

Satu Idea Pendek: Darjat



Jurang kemanusiaan makin besar. Mungkin masih ramai yang mati kerana obes dari yang mati kelaparan.

Dan kenapa, ilmu dan kerjaya itu cuma berkhidmat untuk yang mampu memiliki? Contoh dalam video di bawah, adakah Seni Bina itu untuk masyarakat 1%, 99%, atau 100%?



Alastair Parvin: Architecture for the people by the people


Review: Nota (~)



NOTA (2015), aku berminat nak tengok filem ni lepas tengok review dalam satu blog filem, ORANG PERLIS MENULIS

Satu filem psikologikal thriller hasil tangan dari seorang Jepang, yang bagi aku, suspense build up yang menjolok-jolok dada samada tenang dengan jalan cerita ataupun melompat tinggi.

Kalau tak dibaca sinopsis, memang akan terasa cuaknya jugak. Manakan tak, siapa watak neutral, siapa yang jahat, siapa mangsa pun asyik tertukar-tukar.

Lagi satu, sinematografi yang memang aku suka. Nampak sangat bukan style filem sebahagian besar Malaysia sekarang (sebahagian ya....), dan entah, memang nampak teknik 'ketimuran'.

Jangan risau, ni bukan review amatur. Apatah lagi profesional.~~

Sep 26, 2015

Satu Idea Pendek: Mahal



Orang 'mahal' tak hiaskan diri mereka dengan benda-benda mahal.
Betul ke?
Dan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Adakah bilangan mereka makin bertambah kerana GST? *xdak kaitan*

Sep 25, 2015

Satu Idea Pendek: Idea



Bila ada idea, teruskan idea.
Rancang, lukis, tulis, bincang, cerita, kongsi, ajak, sembang.

Ok, mungkin bukan setakat sembang.

Walaupun kemungkinan besar kita tak terbuat.
Mungkin orang lain yang akan buat.


++mungkin boleh mula dengan tulis apa je yang terlintas pagi-pagi. Asalkan yang elok-elok~~

Sep 21, 2015

Satu Idea Pendek: Auto-Pilot



Auto-pilot.

Benda yang biasa kita dengar, selalu....? Kait dengan kapal terbang.
Especially, dalam filem-filem action thriller yang mana hero/penjahat akan tutup auto-pilot untuk bantutkan perancangan lawan.

Paling latest, cerita SPY.

Tapi nak tahu satu benda yang agak-tak-berapa-mungkin-best?

Akhlak pun auto-pilot. Tanpa sedar, tanpa paksa.~~

Sep 20, 2015

Satu Idea Pendek: Model dan Realiti

Dah hampir 4 tahun aku bermesra dengan Google SketchUp.



Dan aku faham, betapa model dan realitinya itu macam langit dengan bumi. Bukan kerana jauhnya persamaan, tapi saling lengkap-melengkapi. Macam jigsaw puzzle.

Realiti perlukan model untuk lebih berkesan, dan model perlukan realiti untuk.....lebih realistik.

Model manusia? Yang dalam majalah-majalah? Mereka hanya model. Berapa kerat manusia yang sanggup pakai baju macam ni pergi pasar malam? Walaupun pernah mencuba.....



Jadi, buang model dan berpaut pada realiti? Mungkin tak.

Realitinya kita adalah manusia dan Rasulullah s.a.w itu modelnya. Model paling realistik sebagai MANUSIA.~~

Sep 19, 2015

Satu Idea Pendek: Level Up

Baca betul-betul.
Palsu, bukan pasu.




Rasanyalah........aku dah banyak sangat main game (walau tak punya console) untuk terasa benda macam ni.

False sense of achievement.

Pencapaian yang palsu. At least secara maya.

Contoh:
Achievement unlocked in games (macam kat atas)
Like dekat Facebook? (aku bukan selebriti)
Pujian orang yang terlambung-lambung (bodek mungkin?)

Terasa masa tu tak tercampak dalam longkang sia-sia. Biarlah dia tercampak dengan sejambak bunga.

Sebab dalam game, kita ada cap (tahap terakhir) untuk level up. Dalam hidup, kita level up  sampai mati.

Mungkin lebih.~

Sep 18, 2015

Satu Idea Pendek: Tatami

Bilik Tatami.

Antara bilik idaman dalam rumah.



Sebab?

1. Penjimatan ruang. Rumah low-cost dekat Malaysia pun mungkin boleh letak 3 bilik tatami.

2. Simple design. Tak payah buat sakit kepala pikir mana nak letak katil, meja, almari (kalau ada almari dinding). Semua benda collapsable. Mungkin senang untuk orang yang tak kisah tidur atas toto.......?

.
.
.
.
.


Apa-apa pun, cuba untuk kurangkan anime , terutama yang pakai genre slice-of-life. Realistik awang-awangan.

Kalau movie, ok kut~~




Mungkin ini adalah satu permulaan siri baru, Satu Idea Pendek (SIP). Sekadar mind-jolt beberapa voltan. Just a S.I.P of my mind.~~