Jun 24, 2014

Review: The Man From Earth



Salamun 'alaik!

Akhirnya, hari ni gua dah boleh mula menaip. Sudah terlepas bebas dari pelabuhan INTEC, sambil menunggu pelepasan imigresen daripada JPA samada ke Manchester ataupun Edinburgh. In sha Allah. Itu cerita lain.

Kali ni gua nak bagitau pasal satu filem.
The Man from Earth (TMFE)

Antara filem yang boleh masuk dalam bestlist filem gua. TMFE adalah satu filem konseptual yang takkan korang semua dapat tengok aksi-aksi tembak-letup-kebabom ala-ala Michael Bay.

Satu filem yang boleh gua katakan, semacam satu theoritical game. Pencabaran seorang lelaki terhadap rakan-rakan beliau yang memang semuanya pakar doktor dalam pelbagai untuk terima satu teori yang tak masuk dek akal.

Malahan filem ni ada sentuh sensitiviti agama Kristian, yang boleh gua katakan, mungkin klimaks cerita ni. Dan ending dia sangat......BAMM! Tersentak jantung.

Oh, cerita ni berlaku dalam sebuah rumah. Sahaja. Kreativiti dan imaginasi SANGAT membantu.




Trailer:


Jun 7, 2014

Finale (~)

Salamun 'alaik!

So, gua sebenarnya ta ada benda nak cakap. Malas pun kalau nak cerita sekarang. Benda kena settle, tak habis-habis lagi. Pfft, procrastinator sungguh.

Cuma nak bagitau yang gua tau, ramai budak-budak kelas gua dah lega semacam bila kelas AD habis lepas 2 tahun. Macam-macam diorang buat. Model rumah, kedai, potret, lampu, stadium, taman.......





































Markah semua tinggi-tinggi belaka, walaupun orangnya ada jugak yang rendah (jangan marah...). Nak banding dengan gua.....

Gua? Harap betul jadi 'orang gua' la gamaknya~~





Dok Shah Alam okay lagi kut.
Dok dekat Manchester sana (ameen..), ceruk mana kena tebal muka cari kedai~



p.s: harap rancangan nak bersukaria tak tergendala....