Showing posts with label UAI. Show all posts
Showing posts with label UAI. Show all posts

Dec 2, 2013

Review: UMTAD (!)



Salamun 'alaik!!

Eh, jap jap~~

.
.
.
.
.
.
.
.


Okay, baru boleh mula. Saja menunggu detik 12 biar post ni bukan yang kedua dalam sehari.

+Kesah apa aku??

Hahahaha!! Okay2. Fine.
Gua tak ada benda pun nak tulis pasal filem arahan Pierre Andre ni. Biasa ler, tulisan picisan sekadar luahan perasaan. Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang! antara filem Melayu yang aku rasa walaupun biasa-biasa aje untuk ditonton di wayang, tapi masih tak dikira sebagai pembaziran yang terlebih la kut

Nak dibandingkan dengan preview sebelum cerita mula?

BAMM!!

Dengan berani gua boleh cakap, 3/4 daripada cerita-cerita tu semua macam ada talian silaturrahim aje. SILAT-turrahim.

Gaduh-gaduh la. Cerita apa? TOKAN, errrr........yang lain gua tak ingat. CIKARO pun dia punya promo langsung tak menarik la. Walaupun cerita TOKAN tu maybe ada tarikan sikit kut.

Tapi, nak dibandingkan dengan UMTAD ni, memang cerita yang gua rasa boleh sentuh semua age-level. Dari kecik hingusan sampai bongkok tiga. Okay, bongkok tiga tu tak patut kut.

Sungguh nak kata, filem Malaysia yang langsung tak ada pelakon perempuan sepanjang filem berjalan. Melainkan camera shot-view waktu ceramah UAI akhir cerita la kut. Tu pun, real-life shot, bukan berlakon maa....Isi cerita yang nak disampaikan pun yang basic-basic. Pasal solat, selawat, iman, ukhuwwah. Benda-benda gitulah. Cuma, mungkin filem ni lagi bagus kalau nak ditumpukan pada golongan-golongan biasa, kira bukan golongan agamawan la. Yang baru nak berjinak-jinak dengan agama. Bagi golongan yang dah lama amalkan agama lebih sikit dari tahap biasa-biasa mungkin pandang filem ni agak rigid, kaku kalau nak dikaitkan dengan real-life situation. Tambah dengan jalan cerita yang tak nampak jelas dia punya flow. Kadang-kadang gua rasa lost track kejap pasal masa bila berlakunya babak-babak tu.

Gua cuma nak cakap filem ni bagus nak dibawa anak-anak. Timing tayangan waktu mula cuti sekolah pun agak terbaik. Dengan jalan cerita yang bawa tema musafir (memandai je), boleh la kut bagi semangat budak-budak biar tak terperap aje dalam rumah.

Apa-apa pun, nah review yang gua rasa lagi legit dan gunakan bahasa yang tak patut dimarah dengan Cikgu Bahasa Melayu la kut~~ ^__^


Rating? 7/10 agaknya~



p/s: tunggu BBW.....awek mana nak cilok?

Dec 1, 2013

Cuti: Kedah² (~)

Salamun 'alaik!!

Dan selamat bercuti gua ucapkan kepada semua budak-budak sekolah seluruh Malaysia (mungkin tak semua?) termasuklah tubuh badan gua sendiri. Huehuehue~~



Dan juga seperti biasa, musim cuti adalah musim gua berjalan ke Pulau Pinang beserta Kedah. Apa kisah pulak ramai bebenau lecturer gua yang main kahwin nikah sem ni. Yang dekat Pendang, gua ada hal. Terlepas. Yang dekat Pahang, memang tak la gua nak pergi. Tak tahu tempat. Yang dekat Sungai Petani? Alhamdulillah, sempat jugak. Siap berjalan ke Jitra la jugak~

Ambik jela gambar-gambar sekalian. Eh, jangan ambik. Tengok je. Faham? Tengok sahaja. Untuk tontonana sahaja~~












Gua nak letak lagi satu gambar sebenarnya. Tapi takut jadi kontroversi pulak pasal ada seorang wanita (cewah!) Nanti ada orang marah, memang tak tenang gua nak belajar sem depan. ^_^''









Malam? Gua melepak rumah Shafiq. Hahaha! First timer kut sleepover rumah kawan. Kitorang pun meronda ler ke pulau dengan satu tujuan. Pasembur~~





Si budak kecil Aisyah Zafrah. Puas sudah bermain 4 hari dengan beliau...hahaha! Budak dah nak capai umur 2 tahun, biasalah kalau nakalnya macam orang merusuh ke, orang buat demonstrasi ke, ahli parlimen ke......eh?

Apa-apa pun, malam ni gua nak layan Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang! (UMTAD!) Nak ajak mak buyung, esok dia dah pergi kerja. Kesian~~


p/s: malam nanti, in sha Allah, gua tulis serius sikit....

Aug 6, 2013

Ramadhan: Masjid-Hopping dan Anak Kambing (~)

Salamun 'alaik!~~

Hari ni gua rasa dah 28 Ramadhan. Budak-budak pun dah mula cuti sekolah/kolej/universiti dan sewaktu dengannya (mungkin). Dari petang Jumaat lepas dah start melakukan aktiviti di rumah.

Tiba-tiba gua rindu pulak waktu Ramadhan jauh dari rumah. Walaupun diorang kata perubahan hati tu tak dipengaruhi mana-mana kes, tapi gua still terasa dipengaruhi dengan environment sekeliling. Macam kurang alihan set minda (baca: mindset distraction) dan lebih banyak masa lapang.

Boleh nampak sebenarnya beza Ramadhan masa Form 5 dulu, masa duduk Kolej Cendana dengan Kolej Cemara. Beza nian jauh yang amat!! (mintak maaf cikgu....)

Tapi beza dia pun dari sudut perspektif yang lain alam masing-masing. Dari solat, tidur, tilawah, belajar. Dah memang patut pun gua kena transform sama. Walaupun gua rindu nak Ramadhan macam duduk MRSM Q-Tan, tapi ada jugak bestnya Ramadhan tahun ni.

Masjid-hopping.

(sumber: FB Majalah JOM!)


Term ni pun gua ambik dari Contengan Jalanan Hlovate la. Tapi gua lompat-lompat arnab ni waktu solat jela, bukannya macam jemaah tabligh yang duduk situ lama-lama. Gua ada kelas kot tiap-tiap hari!

Hopping-hopping ni takdalah kerap sangat gua buat. Masuk hari ke-20, dah mula slow down sikit. Senang nak tumpu duduk dekat Masjid al-Hidayah Seksyen 18 tu. Toksah penat-penat nak pikiaq nak pi masjid mana.

Tapi ada jugak hari-hari tertentu yang ada tazkirah special selain tazkirah-tazkirah setiap hari tu. Jemputan Imam dari Gaza ada 2 kali, dari Syria 1 kali, and tazkirah 'Asar Ustaz Azhar Idrus.




(Dua atas ni dari Gaza, Palestin)




(Yang ni dari Syria.....semangat woo dia cakap!)




(Gua dapat gambar staf StudioMukmin je)



Yang ceramah UAI tu gua datang dengan kawan gua je, tapi best jugak dengar tazkirah bahasa Arab sekalian. Nampak sangat Bahasa Arab gua dah makin berkarat, even gua ada la jugak paham sikit-sikit.



Gambar atas tu Masjid Besi dekat Putrajaya, pergi dengan kawan-kawan gua. Entah apa kes diorang nak berjalan sampai ke sana. Padahal esoknya ada kelas kut. Tahan tak tidur je dalam kelas. (rugi gua tak cilok gambar adik-beradik Batman....)

Apa-apadehal pun, kita still ada 2(?) hari lagi sebelum Ramdhan nak lari T_T. So, jangan kita stop lagi! Kasi pecut habisan!




Tapi, jangan pulak kita (which means including me) yang rajin beramal masa Ramadhan je. Kita taknak jadi hamba Ramadhan. Gua taknak. Kita nak jadi hamba TUHAN. Ramadhan ini sebagai bonus. Teringat tazkirah ustaz haritu:


"Kenapa kita ni dipilih untuk menjalani Ramdhan?
Ada ulama' kata sebagai tanda kasih sayang Allah terhadap kita......
sebab nak tampung amal kita yang kurang."



Anak Kambing





Alhamdulillah, sampai sekarang gua tengok ramai lagi yang rajin ke masjid/surau. Sekurang-kurangnya untuk Isya' dengan Tarawih. Tapi, kadang-kadang gua ada jugak terkilan sikit. Mainly, pasal saf masa solat la. Saf-saf depan kira okay lagilah kut. Tapi masuk je yang belakang-belakang ni, gua tengok dah lain macam dah. Mulalah dia bengkang-bengkok, renggang-renggang. Ingat ni lagu Kalau Berpacaran ke, renggang-renggang bertambah sayang?

Gua kalau terlambat sikit pun, terbabit jugak sebenarnya dalam pem'bengkok'an dan perenggangan saf ni. Nak buat macam mana, rapat ke kiri, kanan tak mahu gerak. Nak samakan tumit sebelah kanan, sebelah kiri samakan hujung jari pulak. =.=''





Dah lupa ustaz mana yang kata (asyik lupa je....haila~), tapi bila ditanya dekat jemaah kenapa saf-saf diorang tak rapat. Jawab pakcik tu, "Rilek la ustaz, bulan puasa kan takde syaiton. Masa ni la kita nak selesa-selesa sikit waktu solat."

Okay, binaan ayat tu gua reka la. Tapi makna lebih kurang la.

Tapi, bila syaitan-syaitan sekalian di rantai pun still macam tu. Apetah lagi bila syaitan bersorak bebas?

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya.”
(Hadith Riwayat Abu Daud, an-Nasa’i, Ahmad, )

Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)


Jangankan sebagaimana anak kambing, anak kambing betul pun muat masuk gamaknya~~

Last but not least, SALAM EID MUBARAK!



Extra: Razali dan Ramdan


p.s: tetibe teringin nak konvoi......

May 28, 2013

Kuah Semangkuk Pakai Sudu Besar Kawah (?)

Bila kita compare kan dua benda ikut suka hati.

Yang satu, kita banyak sebut pasal kebaikan dia. Betapa banyak dia tolong. Dia Berjasa. Dia bagi hadiah. Dia itu. Dia ini.

Yang lagi satu pulak, kita kutuk sehabis-habisan. Pemusnah masyarakat. Penghasut. Penggatal tak tentu hala. Bahkan kalau dia makan nasi goreng pakai sudu pun, mereka mengata.



Banyak sebenarnya benda ni sekarang. Kalau gua nak listkan, baru sampai sejuta, sejuta lagi dah bertambah. Dari bisnes ke ekonomi, ke keluarga, ke politik bahkan agama.

Sedangkan kita bila dapat berita yang baik, kita sokong. Berita yang buruk, kita tolak. Tapi dua-dua kena periksa dulu.

Ini tidak. Yang wajib jadi sunat, haram jadi wajib, makruh jadi harus, sunat jadi haram (bida'ah?). Sungguh, orang ajak pergi majlis ilmu, engko tak mahu. Tapi bila tegur sikit, pandai pulak engkorang nak pompangpompang cakap itu betul, ini salah. Apa rujukan korang? Ustaz Facebook? Ulama' Google? Majlis Syura Twitter?

Ok, emosi sikit di situ.



Tak salah kalau kita nak belajar dari Internet. Tapi pandai-pandailah cari cikgu/ustaz/ustazah/alim ulama' buat rujukan.

Plus, jom baca doa!


Atas pernikahan Ustaz Azhar Idrus yang ketiga serta Saiful Bukhari. Semoga perkahwinan mereka membawa kepada keredhaan Ilahi.

Walaupun banyak pulak yang bising-bising pasal UAI kahwin no 3. Apa salah? Antara bising-bising tersebut:

Malas pulak nak cerita. Korang cari sendiri kat mana-mana.

Padahal tujuan gua nak taip ni mula-mula pun pasal benda ni.




Informasi salah, tak lengkap, berat sebelah dan MENGHIDUPKAN watak nabi. Tak boleh salahkan yang last tu kut sebab yang buat video ni pun non-muslim.

Dan dibalas semula dengan fakta oleh video di bawah.




Responsi yang bernas dan berfakta, serta tidak bemain emosi. Lagipun, Jesus VS Muhammad bukan tajuk yang sesuai sangat untuk isi video yang kedua. Because?

Peace be upon THEM BOTH~~



p.s: mengata orang gua yang lebih ke?

Jan 30, 2012

UAI Atau AJL26 : Pilihan Anda (~)


*ok, mengaku cilok dari OhBulan!*



Okay, okay. Sekarang jam komputer a.k.a awek aq ni dah tunjuk jam 0020. AJL yang ramai-ramai (agaknyalah) yang tengah dok sibuk kata Hafiz menang, apasal Beribu Sesalan tak menang, pun dah lama habis. Keputusan? Toksah banyak cakap, ni dia :

Juara Lagu Ke 26
Awan Nano oleh Hafiz
Naib Juara Lagu Ke 26
Beribu Sesalan oleh 3 Suara
Tempat Ketiga Juara Lagu 26
Karma oleh Faizal Tahir
Persembahan Terbaik
Kisah Hati oleh Alyah
Vokal Terbaik
Awan Nano oleh Hafiz

Padahal aq tengok benda alah AJL26 ni pun bila mula lagu Awan Nano tu je kot. Sebab sebelum aq layan dengan tak sepenuh hatinya AJL26 tu, aq layan dengan girang gemirangnya (ada ke?) benda ni dulu!

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/








Aq takat tengok online saja, mana sempat nak pergi sana. Dah lepas Zohor baru habis membuta belajar motor dalam kelas. Alhamdulillah, dapat jugak tau boleh tengok dan dengar FREE. Kalau nak banding AJL26 tu, memang aq xpergi la. Bukan sebab apa, cuma duit dalam poket MAHUPUN dompet sudah habis dikebas oleh 7-11 tiap-tiap malam dan tidak memampukan aq untuk pergi di Stadium Bukit Jalil mahupun lihat secara ONLINE.




Pengisian malam ni pun memang menarik. Daripada dengar sorang-sorang guna earphone, terus kakak menarik earphone ke tepi dan buka loudspeaker sekuat ngauman enjin motor! Dan ni nak kongsi sikit pasal pengisian malam ni. Tapi bukan aq la yang menaipnya sendiri, tapi hasil EHSAN Arif Yaakob (arigatou!).

***********

Intipati pertama kuliyah UAI malam ni:


Memahami "Iyyaka Na'budu Wa Iyya Ka Nasta'in" dalam Surah al-Fatihah. Yakni hanya kepada Allah manusia meminta pertolongan, namun tidak salah minta tlg dengan manusia. Tapi kena ingat, Allah yang Maha Menolong. Cthnya kalau sakit kita jumpa doktor, tapi yang menyembuhkan adalah Allah.


Intipati kedua kuliyyah UAI mlm ni:

Kita kena 'belah dada' kita sendiri cuci dosa-dosa kita sendiri. Kita bukan Rasulullah SAW yang malaikat datang belah dada Baginda cucikan hati. Cuci dengan apa dosa-dosa kita? Cuci dengan taubat.


Intipati ketiga kuliyyah UAI malam ni:

7 lapis langit Allah sangat luas. Tapi pintu keampunan Allah lagi luas. Sebut nama Allah mohon keampunan dari Allah tiap masa tidak kira di mana sahaja dan bagaimana keadaan pun. (Rujuk: Surah ali Imran: 191)

UAI:"Kita semua jahat dengan Allah. Sebab itu kita dtg dgr (ceramah) malam ni." 



Intipati keempat kuliyyah UAI malam ni:

Elakkan riak. Biar orang tak tahu amalan baik apa kita buat. Jangan buat banyak amalan baik, tapi menunjuk-nunjuk. Jika riak dan menunjuk-nunjuk atau nak berbangga dan minta dipuji, maka jadilah amalan itu seperti debu berterbangan. ( rujuk Surah al-Furqan:23 )



Dan soal jawab seperti biasa....agak panjang la...


Soal jwb UAI malam ni: 26 soalan kesemuanya.29.01.2012

1. Orang laki2 takleh pakai perhiasan perempuan. rantai leher perempuan cthnya. "Allah melaknat lelaki pakai pakaian perempuan." Sembahyang sah wlpn pakai emas. Sembahyang ditulis pahala, pakai yang salah (rantai emas tadi)ditulis dosa.

Pakai sebab sayang kat GF pun ada (haram):BF: U malam2 pakai baju apa?GF: I malam2 baju kelawar.BF: I kelawar jugak.

2. Apa hukum lelaki tangkap curi gambar perempuan?- Kalau gambar tu haram dilihat, maka gambarnya haram. Kalau publish expose kat public lak gambar tu dan memalukan dia, maka haram. Yang terbaik, kena minta izin tuan punya badan.

Perumpamaan perempuan oleh UAI:

"Org puang ni sama macam Lamborgini. Beli Lamborgini, gi Subang, tukar..buh side mirror Kancil. Org tanya, "Guaner tukar side mirror buh Kancil?" "Nak bagi nampak lawo." Takdok berlaku. Lamborgini semua molek, luar dalam semua lawa. Tak payah tukar pape dah. Orang puan macam tu gak, semua dah lawa, perfect Allah cipta." Perempuan itu aurat, bukan semua aurat tapi kebanyakkannya aurat. Yang mana2 amik gambar puang tak pakai tudung tu, henti2kanlah."

Orang puang dia pakai baju laki pun, orang geram tengok. Tu blm pakai baju perempuan.

3. Berkat atau tak fotostat buku yang dilarang fotostat.- Fotostat dengan kebenaran adalah lebih baik. Hukumnya dibolehkan. Cari keberkatan dengan minta izin.

4. Saya kije syarikat isteri sy. Gaji 6000 sebulan. Tapi dia bagi 3K je kat saya, 3K lagi dia simpan, tak bagi penuh sebab dia takut sy kawin sorang lagi. Apa hukum?- Jawabnya, jika kita setuju, oklah. Kalau tak setuju, kerja dengan orang lain.

5. Sorang maknyah tukar jantina lelaki kepada perempuan telah bertaubat. Kena tukar balik ke?- Tak wajib buat pembedahan semula- Tanggung akibat tak dapat kahwin dsb.- Jika mudarat maka tak wajib, jika tak mudarat hanya perlu pembedahan minor, maka perlu bedah balik.- Sama macam tatoo, kalau satu tubuh penuh tatoo, nak buang balik bahayakan diri, maka tak wajib buang.

6. Pegang tafsir Quran masa haid- Boleh.

7. Solat pakai pakaian dalam je, tapi pakai kain semayang di luar. Hukum?- Kalo masa solat, nampak warna kulit belah dalam, tak sah. Kain nipis, tak sah semayang. Yang sah, nampak bayang hitam sebelah dalam. Pakai dua lapis adalah terbaik. Laki camana lak? Sama je. Nampak bayang makruh, nampak warna kulit (aurat kat dalam), batal.

8. Jika solat 5 waktu tidak cukup? Benarkah solat sunat tidak diterima?Ada tiga pendapat:- Selama mana tak cukup fardhu, maka tak diterima sebarang sunat.- hendaklah kita tunaikan solat2 fardhu biar cukup, dan sedikitkan sunat. biar 5 fardhu jgn kurang.- diterima, sebab kita dah sembahyang.Yang masyhur, tetap haram dan tidak diterima Allah solat sunatnya, jika tak cukupkan hutang solat fardhu 5 waktu.

9. Apa hukum tak bayar tol?- Apa tujuan buat tol? Kalau buat tol utk memeras rakyat, takyah bayar. Kalau tujuan utk membiayai jalanraya, jadi wajib bayar melainkan keadaan darurat. Tol yg ada skang, utk maslahat org awam takleh nak beza, maka balik kepada hukum asal yakni kena bayar.

10. Jika isteri kuar tanpa izin, malaikat akan laknat sampai dia kembali semula rumah. Isteri kuar siasat suami ada skandal ke tak cari kebenaran (kemungkinan ada perempuan). Boleh ke?- Isteri keluar rumah tanpa izin tanpa darurat memang haram. kemungkinan takleh, dia boleh yang PASTI. kalau ada masalah, report kat QADI kejahatan suami spt tak bagi nafkah.

11. Saya photographer part-time. Sy upload gambar tak brtudung. Publish utk marketing je. Hukum?- Benda yg haram, maka haram kita expose. Tidak boleh letak gambar dedah aurat. Haram magazine2 yg ada gambar2 dedah aurat.

UAI: "Dengan kamera dia boleh masuk syurga jika gambar dia bawa manusia cinta kepada Islam."

12. Jauh nak pulangkan al-Quran tempat jauh.- Mesti diwujudkan benda yg sama di tempat tu balik dengan harga yg sama (ganti dengan bank-in duit ke apa ke). Tak perlu pergi ke tempat jauh tu untuk pulangkan.

13. Suami jenis ungkit.- Tidak baik suami suka bangkit dan ungkit. bangkit boleh, tapi ketika isteri tu lalai utk keinsafan. Suami yang benar2 suami dia berani tukar nyawa dia kepada isteri dia.

UAI:"Rima tangkap bini, tok imam lawan tak ngn rima? sayang bini ke syg rima, kalau syg bini, lawan rima." UAI: "mmg dop lawan lah. rima tolong amik..alhamdulillah. boleh bini lain."

UAI: "Payah nak cari yg penyayang macam saya"

14. Jamak ke rumah mentua di Ganu. Umah di Putrajaya. Boleh ke jamak?- Kita boleh jamak bila musafir, Putrajaya - Tganu sebab bukan rumah kita. tak bermukim di situ.-3 hari dan kurang - musafir yg singgah. 4 hari dan ke atas - pemukim.

15. Boleh amik air wudhu' putus2? amik kat rumah, perabis di surau.- Sunat selesaikan segera amik wudhu'. Nabi SAW pernah amik wudhu' dua tempat.

16. Dapati suami org lain ada skandal dengan perempuan lain. So kena bgtau isteri dia ke tak yang dia skandal?UAI: jangan kabor kepada lawang, kabor kepada empunya diri. kita jumpa suami dia cakap ngn org puang. kita takleh kabor kat bini dia. kabor lah kat empunya diri. tanya dia utk tegur dan tahu perkara sebenar. jangan rosakkan rumahtangga orang.

17. Hukum doa fb.- Berdoa dlm facebook; dengan niatlah jadi hukum yg berbeza2. Tujuan insaf, dapat pahala. Tujuan nak nunjuk2, sia2 perbuatannya. Kongsi doa baik, dapat pahala.

18. Hukum dengar nyanyian perempuan bukan mahram- perempuan bernyanyi tidak boleh pada ajnabi.- suara ni ada dua hukum: suara aurat suara bukan aurat. Jika fitnah, haram.- sebaiknya, perempuan jgn nyanyi di khalayak ramai meskipun lagu2 nasyid.

19. Mengata orang dalam berceramah.- Kalau laknat, sebut nama boleh ke tak? Kalau yg Allah sudah sebut laknat itu dalam Quran. Boleh kita sebut Allah laknat. ( Spt Allah laknat org kafir )- "celakalah org yg tidak solat. celakalah org yg minum arak." - ada dalam nas- ada nas, baru boleh kata. kalo tade nas, tak boleh kata.- nasihat; benda yg lembut kita lembut, benda keras kena keras.- jgn sebut nama kalau nak tegur dalam ceramah.

20. Hukum lelaki simpan rambut panjang:- Laki boleh rambut panjang jgn sampai nampak macam puang. org kata pompuang takleh.- Panjang, tapi masih nampak lelaki. boleh.- Biarlah ada janggut dan misai, bolehlah rambut panjang senang nak cam sebagai lelaki.- Berambut panjang tidak salah.

21. Ada 2 masjid dalam 100 meter dalam 1 mukim?- Boleh pegi mana2 masjid, tidak ada masalah.

22. Bab mandi jenazah, aurat si mati bagaimana?- Aurat mayat sama macam aurat org yg masih hidup.- Umumnya, aurat wajib tutup antara ayah dan anak - pusat sampai ke lutut. tak boleh pakai spender je depan anak. Anak yg masih kecik tak reti apa2 takpe, tak haram wlpn ayah dia bogel.- Wajib kena hormat mayat. Minimakan pemandi mayat sehingga 2 orang sebaik2nya. Aib pada mayat jika org lain nampak aurat si mati.

23. Amalan diterima ke tak, menuduh hamba Allah wat benda buruk?- amalan yg tidak diterima doa, doa org yg makan yg haram.- kutukan kita berdosa. amalan diterima selagi mana tidak buat benda2 yg menghalang doa diterima.

24. Terlepas rakaat: Tok imam tgh tahiyyat awal, dia baru mari..dia pun duduk tahiyyat. dapat ke tak rakaat? Tak dapat.

25. Bersumpah takkan kawin selain teman wanita? nazar atau sumpah?- Sumpah dikira bila kata "Demi Allah." Cth:"Wallah, Tallah".- Junjung Quran tak jadi apa, itu bukan sumpah.- Dia boleh kahwin dengan org lain wlpn dah bersumpah atas nama Allah tp kena bayar kafarah bersumpah, bagi makan org miskin.- Iktibar lagu maher zain, "barakallahulakuma" utk ucap tahniah org kahwin. bukan kata, "moga kekal ke anak cucu."

26. Soalan terakhir. Bolehkah sy selalu mandi wajib walaupun tidak junub. alang2 dah mandi, baik mandi wajib.- Jwbnya: bid'ah. org tak suruh kenapa nak mandi wajib. mandi2 ni perintah Allah, takleh nak main2. mandi wajib ada sebabnya tersendiri. niat bersuci macam biasa je lah (thaharah), dapat pahala.


************

Dan nak tau macam mana gamaknya suasana kat Masjid Negeri Shah Alam sedemikian?

Lihat saja di  ----> sini <------


Dan sedikit ulasan kata dari Kisah Cinta Nasi Lemak :


"Aku tanya kawan-kawan aku yang dok kat Shah Alam melalui sms tentang ceramah Azhar Idrus tadi. Kata kawan aku yang hadir ke ceramah tu, masjid Shah Alam dipenuhi dengan ramai jemaah. Sampai orang duduk luar masjid la untuk dengar ceramah Azhar Idrus tu. Kerata-kereta para jemaah ada yang sampai di parking kat bahu-bahu jalan. Jemaah yang hadir pula bukat takat orang tua je, yang bujang pun ada juga regardless lelaki or perempuan. Pergggghhh!!! Siapa sangka kan??? Ingatkan ramai orang yang akan pergi ke AJL, tapi rupa-rupanya penduduk-penduduk di Selangor ni lebih sukakan ceramah daripada entertainment. Alhamdulillah."




*komen*