Dec 1, 2013

Cuti: Kedah² (~)

Salamun 'alaik!!

Dan selamat bercuti gua ucapkan kepada semua budak-budak sekolah seluruh Malaysia (mungkin tak semua?) termasuklah tubuh badan gua sendiri. Huehuehue~~



Dan juga seperti biasa, musim cuti adalah musim gua berjalan ke Pulau Pinang beserta Kedah. Apa kisah pulak ramai bebenau lecturer gua yang main kahwin nikah sem ni. Yang dekat Pendang, gua ada hal. Terlepas. Yang dekat Pahang, memang tak la gua nak pergi. Tak tahu tempat. Yang dekat Sungai Petani? Alhamdulillah, sempat jugak. Siap berjalan ke Jitra la jugak~

Ambik jela gambar-gambar sekalian. Eh, jangan ambik. Tengok je. Faham? Tengok sahaja. Untuk tontonana sahaja~~












Gua nak letak lagi satu gambar sebenarnya. Tapi takut jadi kontroversi pulak pasal ada seorang wanita (cewah!) Nanti ada orang marah, memang tak tenang gua nak belajar sem depan. ^_^''









Malam? Gua melepak rumah Shafiq. Hahaha! First timer kut sleepover rumah kawan. Kitorang pun meronda ler ke pulau dengan satu tujuan. Pasembur~~





Si budak kecil Aisyah Zafrah. Puas sudah bermain 4 hari dengan beliau...hahaha! Budak dah nak capai umur 2 tahun, biasalah kalau nakalnya macam orang merusuh ke, orang buat demonstrasi ke, ahli parlimen ke......eh?

Apa-apa pun, malam ni gua nak layan Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang! (UMTAD!) Nak ajak mak buyung, esok dia dah pergi kerja. Kesian~~


p/s: malam nanti, in sha Allah, gua tulis serius sikit....

No comments:

Post a Comment