Jul 31, 2016

Sherlcok Holmes x Mr Robot (~)

Tak, tak. Ni bukan fan fiction dua cerita tu.




Aku baru je habis baca Amalgam comics (gambar). Cuma gabungan DC comics dengan Marvel comics. Tak terdaya kalau aku nak baca semua amalgamasi diorang.




Dan aku baru nak mulakan tontonan siri Mr. Robot. (gambar). Siri menceritakan seorang pekerja cyber security pada waktu siang dan menjadi hackers semulajadi pada waktu malam. Agak melawan fitrah pekerjaan siang dia sendiri.

Aku pernah menjadi seorang pseudo-geek dalam dunia hacking-menghacking. Pernah berangan-angan untuk menggunakan Linux OS, TOR.

Tapi, Mr Robot menceritakan profile tunnelling leakage (terma hentam keromo) sebagai cubaan menumpaskan penguasaan ekonomi yang lebih besar. Pencarian makumat melalui laman media sosial dan emel hanya step kedua dalam menggunakan informasi tersebut untuk menggunakan manusia-manusia tersebut kepada tangan-tangan yang lebih besar.

Eksploitasi maklumat semacam ni, aku dah perhatikan lama dalam siri Sherlock Holmes yang terbaru (bukan siri filem). Maklumat-maklumat yang dibogelkan oleh indidvidu tertentu tanpa sedar boleh menceritakan seluruh kisah hidup.

Terfikir jugak, ada ke manusia yang terlalu deep in dengan watak-watak fiksyen sebegini untuk dimasukkan dalam personaliti diorang?

Jul 5, 2016

Satu Idea Pendek: Kelabu Itu Rasis (?)

sumber: Google Image


CERITA 1

Hitam, tentu hitam.
Putih, pasti putih.

Tapi, dunia penuh dengan KELABU.

Aku kelabu, kau kelabu, dia kelabu kita kelabu, diorang kelabu. Kita semua kelabu.

Yang menjadi masalah bila kita katakan,

"Kelabu aku lagi putih dari kelabu kau!!"



CERITA 2

Bayangkan segelas air putih yang jernih.
Kita campurkan segala bahan, serbuk, kotoran-kotoran degil.
Jadilah segelas air putih yang ternoda kejernihannya.

Nak bersihkan? Ada 2 cara:

1) 'Dialisis' air. (memerlukan kepakaran dan tahap pemikiran tinggi)
2) Banjirkan dengan air putih sebaldi. Mungkin sekolam. (memerlukan istiqamah yang berpanjangan)

Fikir + zikir= FiZikr