May 20, 2016

Satu Idea Pendek: Bangga Wei (!)



Kita pelajar.
Kita jurutera sampah.
Kita arkitek.
Kita doktor.
Kita penggubah laman.
Kita penjual makanan.
Kita pemilik syarikat.
Kita barista pejabat.

Jangan malu.
Jangan berlagak.

Banggalah.
Sebab profesionalisme itu ada di mana-mana~~



May 8, 2016

Review: Dead Poets Society (~)



Peh, memang aku tak terjangka sebegini hebat filem ni dalam situasi sekarang. Mungkin sangat evergreen sehijau-hijaunya dalam generasi sekarang.

Ditambah pulak sebelum aku tonton cerita ni, aku tengah baca Weapon of Mass Instruction, hasil cadangan Ustaz Hasrizal.



Bagaimana seorang guru, kuasanya kecil tapi impaknya besar dalam kelas beliau. Murid-murid yang mula meneroka dunia sesuai dengan usia mereka. Dan pihak atasan (mungkin juga bawahan) yang menjadi boneka untuk membonekakan orang lain.

Aku faham. Mereka sudah terikat. Tetapi itulah hidup, meloloskan diri dari ikatan dunia untuk mengikat sendiri pendirian kita. (kata dulang paku serpih T_T)

Setting waktu yang terdahulu tak bermakna filem ini sudah tak relevan. Malahan, mungkin lebih sesuai pada zaman sekarang walaupun cabarannya lebih moden dan elaborate. Character development pula masih biasa-biasa, kerana tumpuan lebih ditumpukan pada kumpulan manusia secara menyeluruh.

Dan sungguh, kalau aku punya kuasa dalam mencadangkan aktiviti perfileman dalam institusi pendidikan, filem ini merupakan filem WAJIB! (huruf besar dengan tanda seru!) untuk tontonan para guru serta orang atasan, murid-murid, dan ibu bapa.

Masih menunggu masa kembali ke rumah untuk ini.~

Satu Idea Pendek: Buku Turun Dengan Lebat (~)



Salamun 'alaik~

Adakah lambakan buku itu petanda sibuknya penulisan kritis di kalangan masyarakat ataupun hanya penulisan 'kritik'?

'Kritik'= kutuk-mengutuk.




Sedangkan penulisan kritis itu membangkitkan minda, penulisan 'kritik' hanya membesarkan ego manusia. Macam mana pula dengan minda pembacaan?

Baca buku si A, dikata sesat.
Baca tentang W, dikata menggatal.
Baca buku keluaran DBK, konon-konon indie.
Baca tentang XYZ, diangkat menjadi ulama' *sarkastik*

Akhirnya, air curahan kritikan itu masyarakat simbah,
hingga tenggelam tunas-tunas yang baru bercambah.~~


*aku bukan mngkritik, cuma
sederhanalah dalam segala perkara....

Pesta Buku Mengkhianati PWTC (~)

Air tangan rakan-rakan


Assalamu'alaikum~~

Dan.....ku berjaya
menulis kata-kata yang terpendam di hati
Dan kupastikan hidupku takkan pernah
Menangis kerna buku....


Okay.
Mengarut sikit di atas sana. Sebab dah lama benar aku tak menulis. Mungkin aku dah makin menjadi manusia yang makin kurang menulis. Kosa kata? Berkembang, in sha Allah. Cuma, mungkin tak kena pada tempat dan masa.

Minggu lepas, berjaya jugak pergi Pesta Buku walaupun tempat dah berpindah ke MAEPS Serdang. Aku tak tahu kenapa, sedangkan mencari pengangkutan awam ke sana macam nak cari porter naik Bukit Broga.

bukan Bukit Broga


Apa-apa pun, setelah menunggang motor selama sejam lebih sambil berhenti-henti untuk tengok printscreen Google Maps (ya, aku tiada mobile data), akhirnya aku sampai ke sana.

Dan aku agak berpuas hati dengan keadaan Dewan yang lebih tersusun dan ruang legar yang lebih selesa sebab memang terletak dekat kawasan luar bangunan.

Habiskan RM100+ untuk buku-buku.
Dapat baca hasil karya rakan-rakan (aku belum layak untuk menulis komersial)
Dapat berjumpa dengan Iman (serius aku rindu dia!)

Cuma...

Aku mungkin masih sesat walaupun ditemani pergunungan buku yang beribu~