Sep 13, 2016

Borderlands Dalam Masyarakat (~)

Salamun 'alaik!




Apa khabar dan salam 'Aidil Adha semua! Aku harap kita semua tak lah tersebu dengan daging yang menepu di bawah lapisan lemak masing-masing kerana apalah korban kalau kita pun 'terkorban' sama.




Aku bukanlah yang diorang katakan 'gamer' tegar seantero dunia. Sebab game-game yang aku main (atau pernah main), hampir 70% adalah ditorrentkan. Shhh...

Jadi, sebagaimana kebanyakan genius-genius dunia yang lain, aku terfikir satu idea semasa berada di dalam tandas.

Apakah pemikiran gamers dalam menghadapi rintangan masyarakat yang pelbagai? Maksudnya, kerenah orang yang pelbagai garam-ragam ni mungkin boleh dihadapi dalam minda seorang pemain permainan video?




(This one is not from Borderlands.....)


Terutamanya berkaitan tahap-tahap pemikiran manusia. Gamers sedunia memang faham dengan konsep leveling up. Bermula dengan watak atau pihak paling noob, sampailah kita boleh sampai ke tahap tertinggi. Maxed out, capped, whatever you called it....

Pemahaman bahawa manusia tu kelajuannya berbeza-beza, punya banyak class. Ada tanker, assassin, commando, sniper dan lain-lain lagi

Tapi, pemahaman sebegini mestilah adanya satu kesedaran. Sedangkan aku yang dah terjebak bertahun-tahun baru nak tersedar hari ni. Kalau tak, takda la terjadinya cyber bully dalam game room yang banyak berlaku.

Pernah kena kan...?

Dan pemahaman leveling ni bukan terhad dalam memahami manusia, tapi jugak dalam memahami dan menghayati sesuatu isu atau perkara.

Manakan sama pemilik Proton Persona boleh MERASAI kelainan Lamborghini Veneno.


Dan tulisan kali ini di'catalyst'kan oleh lukisan Prince of Noob.~~



*serabut tulisan kali ni.....