Jul 3, 2013

Moscow, St Pete Dan Moral (~)

Don't have much to type, just enjoy the pictures~


Stesen keretapi dari airport ke Moscow Metro Line




Gua naik train ni la. Baru sampai stesen dekat Moscow.





Yang bestnya, setiap stesen punya design lain-lain woo. Boleh la agaknya kalau nak buat trip seharian jalan-jalan Metro saja.


Ni pulak dalam train nak gerak St. Petersburg. Stay sana dulu 2 hari, baru gerak balik Moscow. Tak best macam keretapi KTMB pasal katil dia takde cover/tirai. Tak selesa la woi nak tidur.





Ni pulak taman apemendentah nama dia.....St. Peterhof? Terextra luas jugak la kan, sampai ada upper, lower garden bagai. Tapi nak masuk lower garden tu, kena bayar, malas gua. Taman dengan air pancur je pun....




Dah tu, ada pulak la kedai-kedai gitu. Benda atas ni apa nama dia gamaknya? Matrosyka~ (betul ke gua taip ni?) Berlambak design dengan kaler dia korang boleh pilih. Harga dia 150 rub, lebih kurang tolak campur 15 hengget jugak. Tapi gua dengan sabarnya menunggu sehingga di Moscow, dapat jugak diskaun jadi 60 rub. Tapi kecik virus je.



 






*duit mainan pun ada.... =.=''*




SUBWAY!!




Keliling St. Pete naik bas hop on-hop off ni la. Blergh, sebut pun terbelit lidah cam arnab. Gua tak ingat sangat tambang dia, tapi ada jugak la bagi earphone murahan buat dengar 'tazkirah' pasal St. Pete.




*Kat mana eh Avtovo?*






Simple gila advertise, grafiti atas jalan je. Tapi, still takleh lawan grafiti kat Mekah la wei. Grafiti semua tang-tang zikir+selawat~~





*makcik ni lukis gambar ni*

|
|
|
|
V





*"pakcik" Hadi kita*





Kedai makan halal memang ada, tapi kena pulak get ready keluar duit banyak dengan perut terlebih kenyang.




Masjid utama dekat St. Pete. Gua nak jugak singgah solat kat sini, tapi kena halang dengan pakcik jaga. Dia cakap, nak solat kena tunggu Asar pukul 9 nanti. Gua nak solat Zohor pukul 2 je pun. Haila~



Sempat lagi beli lukisan abang ni





Peter & Paul Fortress. Nak masuk kena jalan straight, kepala straight, biji mata straight, hati straight. Pasal ada orang jual lelong tubuh badan di tepi-tepian~~hahaha!!




*belambak beg*




Yes, Alhamdulillah!! Air Mohito perasa limau lemon campur daun pudina. Air sedap paling senang nak cari kat sini. Tapi ikut brand jugak la. 




Eskelator ada yang sangat panjang sampai korang boleh sempat solat sunat 2 rakaat lama dia.




Lepas part ni dah masuk Moscow dah. Benda ala PROKAT tu buat sewa basikal la dekat theme park sana. Takdelah syok mana pun, takat taman biasa je. Boleh ler sewa pelik-pelik punya beskal, roller-blade kejadah semua. Gua memang naik try, tapi lepas hari kedua je terus malas.





Benda ni? Muzium Kosmonaut rasanya. Yang gua rasa style dia punya roket tu jela. Tak sempat masuk, apesal ntah tetiba tutup. Agak keciwa jugak~





Nampak bangunan hijau tu? Tu namanya masjid. Masjid utama dekat Moscow yang kalau korang datang solat raya boleh bersepah la sampai ke stadium sebelah dia. In construction kasi besar punya.






Arbat Street. Jalan yang boleh gua amik kira macam Jalan TAR jugak, tapi yang banyaknya bukan kain, tapi lukisan. Kat sini jugak la gua kena marah dengan pakcik Rusia tu pasal ambik gambar yang tak patut. "Moral!" Tu jela yang gua paham. Tapi betul la kan gua yang salah? Agak hilang mood jugak la.








Bangunan dua dekat belah atas tu adalah (ke 'ialah'?) masjid. Apsal gua letak dua gambar? Pasal gambar belah atas tu masjid Sunni and belah bawah tu pulak masjid Syiah. Sebelah-sebelah je pun. Gua singgah time Asar, so nampak sangat la masjid Syiah ni tak bukak pasal pegangan diorang solat 3 waktu je:

1) Subuh
2) Zohor jama' Asar
3) Maghrib jama' Isya'

Dengan alasan diorang tengah ber'musiafir' dari dunia ke akhirat. Apekehe??






Ni sebelum masuk Red Square. Bulat-petak-bulat tu nak buat marking kasi orang tau situ la tengah-tengah Moscow. Gua pun tak tau apa relevan.







Red Square. Yang belah atas tu kira macam Bangunan Putrajaya la tempat Presiden Putin duduk bersemayam...eh? Yang bawah tu pulak makam sapentah, tak ingat. Tapi kalau nak masuk kena bayar la.





*bangunan ikonik Moscow (gua taktau nama)*









*kesian gambar graduate sensorang*






Muehehehe....ni la keychain Matrosyka virus. 30 rub. Gua ambik 5 je, tapi mak gua borong sampai 20. Balik rumah pun tak cukup lagi nak bagi kat orang. Haila~







Kat atas tu gua tak tau tempat apa, tapi akak gua kata kira pasar borong souvenir jugak la. Tapi harga takdelah borong manapun.





*sebelum balik, chillex dulu*








Gua tak tau nak cerita apa pasal cruise ni pasal akak gua dengan suami dia yang naik. Gua lagi syok kut layan internet kat rumah. Tapi apehal tetiba buat hal tak ada line. Dengan tak sengajanya gua terus layan movie Korea yang tetiba ada dalam lappy.

Nah, tambah video:


video



p.s: gua rasa bakal berteman dengan borang UPU lagi....

6 comments:

  1. wah mujjib..jeles giler..dh sampai russia! best post!

    ReplyDelete
  2. Apa la sangat, takat singgah 10hari kan~~Thanks...

    ReplyDelete
  3. apa maksud 'ambik gmbr yg x patut?'

    ReplyDelete
  4. Ada gambar yg boleh jatuhkan maruah orang~

    ReplyDelete
  5. best best... dah sampai Russia... XD

    ReplyDelete