bersambung dari Muhasabah Cinta (~)...
Amalina hanya menguis-nguis buku teks Sejarah di
hadapannya. Memang depan mata dia tersadai buku teks tu, tapi hati dia dah
melayang jauh. Memikirkan hal dia dan mak dia boleh buat Amalina terasa macam
dia ni cuma anak yang hanya sekadar dipanggil anak, bukan dilayan ataupun
disokong. Terngiang-ngiang lagi perbualan dia dengan maknya malam tadi lepas prep
malam.
*************
“Assalamualaikum. Mak?”
“Waalaikumussalam.” Macam nak, taknak aje
dengarnya.
“Mak sihat? Ina…..Ina nak bagitau satu benda ni.”
Diam. Sabar. “Ina nak bagitau, minggu depan ada
Majlis Restu. Mak datang, kan?”
“Hmm.”
“Ok…..tak apalah mak, Ina tidur dulu.
Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Senyap. Sakit.
*************
“Woi!”
Huh? Siapa pulak la ni yang kacau aku dating ni?
Spoil mood betullah! Malaslah nak layan. Kesian aku tengok buku Sejarah
a.k.a awek sementara ni….
“Woi, apehal kau ni? Aku tegur, buat dek aje.”
Marhain dah mula membebel. Ditarik kerusi di tepi, terus duduk.
“Assalamualaikum…”
“Err…waalaikumussalam. Ceh!” tau-tau aje nak perli
aku! Tak kisahlah. “Wei, aku ada cerita syok ni! Gempak punya aku cerita!”
“Hmm, cerita apa?” acuh tak acuh dijawab. Mata
memandang liar. Tengok kat padang, Nampaklah awek-awek tengah syok main bola
jarring tu. Urgh, malaslah nak pandang. Gedik! Tengok sebelah pulak, Nampak
budak-budak ragbi tengah training scrum dengan Cikgu Ghaffur. Nasib aku
tak join ragbi, kalau tidak…
“Aisyah.”
“Huh?” Aisyah?
“Yela, Aisyah.” Marhain ulang lagi sekali. “Kenapa
dengan Aisyah?” soalnya.
“Aku minat kat dia.” senyum Marhain. Malu-malu
kucing la pulak dia! Padahal depan dia tu Sufian, bukannya Aisyah!
“Dah tu?”
Alamak dia ni! Boleh nak tanya pulak dia! “Ko tolong
la aku tackle budak tu.”
“Eheh, sorry, sorry. No can do, bro. Kau
ingat budak Aisyah tu macam mana? Budak lelaki pun dia tak berani nak ngadap
muka, inikan pulak ni ‘terima perasaan’ kau tu.”
“Laa, sebab tu la aku nak mintak tolong ko ni. Ko
kan rapat dengan dia, mesti ko boleh tolong aq, kan?” . Setinggi tangki air
sekolah pulak aku tengok semangat budak ni.
“Tak boleh la bro. Aku dah tengok, berapa
ramai budak frust sebab si Aisyah tu reject diorang.” Padahal
bukan Aisyah tu yang reject, Sufian sendiri yang ‘tolong reject-kan
untuk dia!
“Dah tu?
“Dah tu, apanya?”
Dah tu, macam mana aku nak buat ni?” mengharap lagi
budak ni rupanya.
“Simpan dalam hati, bro. Sampai masanya, kau
pergi la pinang dia. Itupun, kalau ko sanggup nak menghadap muka mak bapak
dia.” Pujuk Sufian sambil melurut-lurut dada budak Marhain tu.
“Ermm, kempunan lah aku macam ni,”. Haih! Menyesal,
menyesal…
“Apa kempunan pulak. Tunggu masa la bro!”
Hahaha!!
*************
Petang tu suasana masih tenang. Tak ada lagi ribut
taufan, banjir kilat. Yang ada cuma mungkin ribut angin Ustaz Wan sekejap tadi.
*************
“Huaa!! Sufiaaann!! Amalinaa!!”
“Aik?” kenapa la pulak dengan budak Syue ni? Tak
habis-habis lagi laa tu...
“Kau tau….kau tau tak apa dia cakap..?”
tersedu-sedu Syuhadah nak keluarkan perkataan tu.
“Siapa..?”
“Siapa lagi, ‘dia tu laaa….dia cakap kan….dia
cakap…”
“Dia cakap apa…” Sufian mula memujuk. Ni dah
parah ni kalau siap menangis tersengguk-sengguk bahu!
“Dia cakap dia taknak ngaku dia cikgu akuuu!!
Huaaa!!!”
Aish…macam mana lah ni. Susah la aku tengok Syue
macam ni. Cikgu tu pun satu, takkan dengan anak murid sendiri pun sampai jadi
gini?
*************
Tak tahulah kenapa dengan ustaz sorang tu, suka
bebenor nak sakitkan hati Syuhadah. Kesian pulak aku tengok dia. Susah bila
tengok seorang cikgu sanggup merajuk hanya kerana anak muridnya bergurau
sedikit dengan dia.
Okay, mungkin agak terlebih. But, still in
consideration for forgiveness, right? Tak sampai seminit, Syuhadah terus
minta maaf. Cikgu still taknak maafkan dia. Apekah?!
*************
Baru lepas sesi bersalaman dengan cikgu-cikgu semua.
Walaupun nampak formal dan kaku, ditabahkan jugak hati biar tak tumpah air
mata. Sedih jugak kot kalau dah nak tinggalkan sekolah lagi sebulan! Cuma yang
terkilan, yang hampir buat air mata dia menitis bukannya hal tu. Cuma…
*************
“Sabar jela, Ina. Entah dia sibuk kut sampai tak
boleh datang.” pujuk Aisyah.
“Iyelah, tapi takkan sibuk sangat sampai sehari
pun tak boleh jenguk? Tu, bapak Asyraf tu, dari Perlis sanggup datang. Tapi
aku..?”
Aisyah cuma senyap mendengar. Betullah apa dia
cakap. Mak bapak dia pun tak datang jugak. Jauh sangat kalau setakat nak datang
sehari dua cuma. Tapi Amalina ni, bukan dekat jauh masalahnya. Jauh lagi besar
dari tu.
“Sabar jela.”
Amalina dan Aisyah hamper serentak menoleh ke
kanan. Tersembul muka Sufian di balik tingkap kaca.
“Sabar?” sarkastik Amalina bertanya.
“Yup. Sabar dalam bersabar…”
Terlongo Amalina sejenak, berfikir…
*************
“Na, kau kat mana ni?”
“Kat rumahlah. Awat?”
“Jadi, betul tak apa yang kau bagitau hari tu?”
“Nak betul macam mana lagi? Dah aku dengan kawan aku
Nampak dengan biji mata kepala kitorang sendiri. Dah memang sah-sah dia main
kayu tiga!”
“Tapi, macam mana kau boleh confirm?”
“Hello! Kalau kau tengok dia peluk sana, gedik sini. Gelak terkekeh-kekeh macam anak kucing tak cukup umur, nak cakap apa lagi?! Lagipun, aku dah check la dia punya background. Dia mana ada abang or adik lelaki. Yang ada cuma kakak dua orang denag adik perempuan sorang.”
“Hello! Kalau kau tengok dia peluk sana, gedik sini. Gelak terkekeh-kekeh macam anak kucing tak cukup umur, nak cakap apa lagi?! Lagipun, aku dah check la dia punya background. Dia mana ada abang or adik lelaki. Yang ada cuma kakak dua orang denag adik perempuan sorang.”
“So?”
“So, aku boleh la tolong kau hentam dia nanti!”
Amalina cuma terdiam. Dia cuma berharap yang dia tak
perlu pergi sejauh tu hanya nak membuktikan yang dia tak bersalah. Kesian jugak
aku tengok Abang Afiq tu. Tersepit, samada nak bela tunang dia ataupun, dia
sendiri. Tapi, mungkin Afiq dah tentukan pilihan dia bila dia terima mesej ni
dari Afiq semalam…
“Walau apapun
yang terjadi…abang takkan lupakan jasa Ina selamatkan abang…kalau Ina tak
ada…tak tahu la apa jadi kat abang…tapi abang tak tahu mana satu nak
percaya…tuning abang or Ina…abang keliru…abang mintak maaf…lepas bincang ngan
family…3/4 abang percaya kat tuning abang…abang mintak maaf.”
Apa dia nak buat lepas ni?!
***************************
nampaknya, kali ni aq guna gambar sebenar. Tapi tak ada kena-mengena....
No comments:
Post a Comment