“Apa
kau buat ni, hah!?”
“Saya
tak buat apa-apa pun, kak.” Terangnya dalam ketakutan. Dia tak bersalah!
**************
Awan, berpeluklah pada diriku…
Bulan, berbicaralah denganku….
Dia
tak bersalah. “Aku tak bersalah!” bentak hatinya. Duduk di wakaf seorang diri,
dia makin ketandusan waras akal. Butir-butir jernih mula terbit dari mata
bundarnya. Mukanya tertunduk ke bawah. Tak boleh jadi macam ni, kata hatinya.
Kepalanya digelengkan dengan laju tanpa sebab. “Aku mesti fokus!”. Ya, SPM Cuma
tinggal sebulan saja lagi!
**************
Siulan
itu kedengaran jelas. Gembira betul hati Sufian lepas berjumpa dengan abang guard
tadi. Baru berborak pasal cerita hantu dekat maktab, mana dia tak meloncat
seronok! Dia berjalan pun dirasakan tengah terbang! Kakinya terus melangkah ke
kelas 5M1. Waktu rehat dah nak habis, perut pun dah kenyang. Lepas ni, ada
kelas Add Math. “Argh, malasnya!” bisik Sufian sendiri. Dah dia tak
gemar subjek tu, nak buat macam mana lagi ?
Tiba-tiba
dia berhenti. Ternampak ada orang berkelakuan aneh dekat wakaf tepi kelas sana.
Ada orang gila ke? Tapi, budak tu pakai uniform maktab. Takkan orang gila pakai
uniform maktab? “Kejap,BERTUKAR!!” desis Sufian kuat sambil tangan tangan
digerakkan ke arah poket seluar. Dengan penuh gayanya, dia meletakkan cermin
mata ke atas batang hidung.
“Aik?
Itu kan Amalina. Apekehenya dia buat tu?”. Baru ternampak jelas wajah
Amalina. Tertangkap pulak oleh matanya dek air jernih yang berkilau di mata si
Amalina tu. “Dia menangis ke?”. Kakinya menapak menghampiri wakaf tersebut.
“Assalamualaikum.”
Sapa Sufian.
“Huh?”.
Siapalah yang kacau-spoil-mengganggu mood aku ni?
“Assalamualaikum,
Mak Cik Amal Ina,”. Diulangnya salam yang diberi.
“Err,
waalaikumussalam,”. Haila, Sufian rupanya. Ingat mamat manalah tadi.
“Awatnya
hang duduk sini sorang-sorang?”
“Aku
belajar. Tak boleh ke?”, disoal balik dengan nada sindir.
“Oh,
belajar. Ingatkan nak hujan tadi. Banjir maktab nanti aku tak tahu,”
Erk?
Macam tahu-tahu aje dia ni yang aku nak menangis. “Tak apalah, Aku gerak dulu.
Assalamualaikum,” salam diberi.
“Waalaikumussalam,”.
Salam bersambut perlahan.
**************
“Sufian, tunggu
sat!”
Huh? Sufian
berhenti. Dia berpaling, nak tengok siapa empunya suara tadi. Laa, si Amalina
dengan Hazirah ke. Ingat siapalah tadi. “Awatnya?”.
“Ni, ada surat
untuk kau. Dengan Zip ni sekali,” jelas Amalina.
“Surat?
Surat apalah pulak ni. Text ajelah, kan senang,”. Sufian dah malas.
“Bukak
jela. Baca dulu.”
“Siapa
bagi?”
“Bukak.”
Haila,
ni yang malas ni! Tapi tangan masih mengikut arahan, terus dibuka dan dibaca.
Alamak! “Dari Umie.” Amalina bersuara. “Umie?”. Umie Khasnidar? Umie Khasnidar
tingkatan 3M2 yang happy-go-lucky tu? Apasal dia
bagi surat ni pulak? Otak mula ligat berfikir. Apakah tahap budak tu sampai nak
bagi aku surat ni? Kalau surat saman, aku tak kisah. Tapi, ni surat...
“Aku
rasa dia suka kaulah,” Amalina tersenyum.
“Hah!?”
“Betullah
tu!”
Surat
tu ditolak tepi. Tapi Zip tu terus pulak dibuka. Dah lapar, rezeki pun dah
sampai. Apa lagi, ngaplah! Dibukak semula buku teks Chemistry dia tu.
Nanti-nantilah aku layan. “Ler, apasal
tak ada respond ni?”. Jelas Amalina
kecewa kerana Sufian tak meloncat gembira macam dia meloncat. “Bukan kau mesej
dengan dia tiap-tiap hari ke?”. Sufian hanya bagi jelingan kosong pada Amalina.
“Iyela, tapi dia yang mesej aku dulu. Nanti tak dilayan, dikatakan aku somnbong
pulak.”
Haish!
Kawan aku sorang ni, memang ice-cold-prince
la. Hidup dah memang kena keliling dengan perempuan. Dia tahu Sufian bukan
kaki perempuan, kaki mengayat. Tapi,
entah kenapa perempuan memang senang minat dekat dia. Cuma dia aja yang malas
layan diorang semua. Malas, katanya! Padahal aku tengok si Sufian tu, rupa dia
biasa-biasa aja.
“Terima
jela budak tu. Boleh aku makan nasi minyak dua tahun lagi!” sakan Amalina
gelak. Suke betul dia!
“Lawak”.
“Apa
lawaknya. Betul apa.”
“Nanti-nantilah,”
malas nak fikir. Buat serabut aje!
“Iyelah
tu.”
Apa-apa
ajela kawan aku sorang ni! Nak mengenakan aku memang nombor dua. Sebab nombor
satu kepunyaan Aisyah! Hahaha!!
Eh?
“Makcik, macam mana dengan kes kau dengan mak kau hari tu?”
“Mak
aku?”. Air muka Amalina berubah. Matanya jadi semacam tak bernyawa. Sudah,
makin merah pulak matanya! Air mata dah mula bertakung dalam kelopak mata.
Bibir bawah digigit, seakan menahan sakit. Penumbuk digenggam lemah, seakan ada
yang bernanah di hati.
“Mak
aku…”
**************
Tangan
dibentak kuat pada kusyen tanda tak puas hati dengan penerangan yang telah
diberi. Marah dan cemburu masih menebal di hati, masih tak susut. Malah mungkin
bertambah menebal. Keluarga Afiq hanya memandang pada Afiq. Mereka menunggu
kata putus dari Afiq. Tapi, perempuan itu tak dapat menahan marahnya.
“Abang!
Baik abang cakap dengan saya, abang pilih saya ke, abang pilih budak tu? Abang
cakap cepat!!” bentak Rozana. Walaupun dia sedar yang dia kini tengah duduk
tengah-tengah rumah Encik Razman, ayah Afiq. Tapi, dia masih tak puas hati bila
melihat tunangnya, Afiq Hafizi, membatukan diri saja. Seakan tidak menyokong
penyataan dia sebentar tadi.
“Afiq,
baik Afiq cakap betul-betul pada makcik. Apa yang budak Amalina tu dah buat
pada kamu?” tegas Puan Hamisah. Dia tak puas hati bila dapat tahu yang
pertunangan anak jirannya itu hendak diputuskan. Bertambah lagi berangnya bila
dapat tahu bahawa puncanya adalah anaknya sendiri !
“Nak
cakap apa lagi, makcik! Dah saya Nampak dengan mata kepala saya sendiri. Budak
tu pegang Afiq masa dia tengah baring atas sofa. Nak jelas apanya lagi!?”
Ternyata nafsu amarah makin bertiup kencang dalam diri Rozana.
“Awak,”
akhirnya Afiq mula membuka mulut. “Kan saya dah cakap yang saya tak sedar masa
tu. Amalina tengah cari Syazana masa
saya kat rumah. Tiba-tiba saya pengsan. Takkan dia nak buat apa-apa dekat saya?”
“Ah!!
Iya sangatlah tu. Awak saja nak bela budak tu kan!? Awak nak backup
dia, awak cakap jela!” Rozana masih tak puas hati. Takkan pokok beringin
nak bergoyang kalau tak ada angin bayu yang meniup!
Haih!
Nafas perlahan dihela keluar. Afiq sendiri dah penat nak menghadap perangai
Rozana yang satu ni. Nak cuba dijernihkannya perkara ni, dia sendiri tak tahu
apa yang terjadi sebenarnya. Emaknya kata, Amalina cuba guna-gunakan dia, nak
jadi perampas tuning orang lain. Yang Rozana tu pulak, sedap mulut lidah dia
aje nak tuduh aku ni berdua-duaan dengan Amalina. Padahal dia pun tak sedar apa
yang terjadi sebenarnya pada masa tu. Seingat dia, Amalina cuma datang ke rumah
nak cari Syazana. Tapi bukan nasib dia, Syazana keluar. Tambah pulak dia tengah
demam. Jadi, masa tengah borak-borak tu, tiba-tiba je kepala rasa ringan
semacam. Lembik aje badan tu jatuh, nasib jugaklah jatuh atas sofa. Lepas tu
dia tak ingat apa-apa lagi dah.
“Urgh!”
bentak Rozana, lalu terus berjalan pantas meninggalkan ruang tamu tersebut.
Afiq hanya memandang gadis itu dengan ekor matanya. Keluhan berat dilepaskan
dari dadanya. Insan lain yang berada di situ hanya memandang, diam.
bersambung ke Tersimpul Di Langit (~)...
******************
_Okay, nampaknya akan ada satu lagi cerita bersiri di sini. Sama ada akan berterusan atau terbengkalai, kita tunggu. Tapi, aq nak cakap satu je....
Cerita di atas ni, walaupun diadaptasi dari kisah sebenar *cerita kawan aq , tapi nama *some of it dan tempat telah di-adjust untuk mengelakkan kemaluan malu yang teramat pada si terkena~
No comments:
Post a Comment