Perbuatan terkutuk pasangan belasan tahun tersebut untuk memadu
asmara berjaya dikesan oleh jemaah sebuah masjid di Kampung Pasir
Tumboh, dekat sini setelah menyedari terdapat motosikal diletakkan di
pekarangan kawasan tersebut.
Seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Pok Cik Ya berusia
60-an memberitahu, kira-kira jam 4.20 petang dia melihat terdapat
seorang remaja perempuan yang berbaju kurung memasuki bilik mandi
bersebelahan dengan tandas wanita.
Menurutnya, sejurus itu terdapat seorang lelaki memasuki bilik sama
dan dia terus memaklumkan kepada jemaah masjid yang bersiap sedia untuk
mengerjakan solat Asar berhubung kelakuan mencurigakan itu.
“Selepas beberapa minit berada di dalam bilik mandi, sekumpulan
jemaah bertindak mengetuk pintu tetapi pasangan terbabit enggan
membukanya.
“Beberapa minit kemudian pasangan terbabit membuka pintu tersebut
dan remaja lelaki tadi keluar lalu melarikan diri, dengan meninggalkan
teman wanitanya yang kemudiannya menyusul keluar dengan berpakaian
lengkap,” katanya ketika ditemui di masjid tersebut semalam.
Bagaimanapun katanya, lelaki terbabit yang cuba melarikan diri dari
masjid itu berjaya ditahan semula oleh penduduk kampung kira-kira 200
meter dari masjid tersebut.
”Dengan kerjasama penduduk kampung dan jemaah masjid berkenaan,
kita menahan pasangan terbabit dan pada masa sama kita menghubungi
keluarga masing-masing untuk tindakan lanjut,” katanya.
Dia berkata, sejurus kemudian, keluarga pasangan terbabit datang ke
tempat kejadian untuk berbincang sebelum membawa pulang ke rumah
masing-masing.
Katanya, pasangan terbabit dipercayai bukan penduduk di kawasan
berkenaan tetapi perbuatan keji itu mengejut jemaah masjid dan penduduk
kampung apabila terserempak mereka melakukan perbuatan maksiat di dalam
bilik mandi yang terletak di dalam kawasan masjid.
Menurutnya, kelakuan pasangan terbabit telah mengaibkan orang Islam
kerana menggunakan kawasan masjid melakukan maksiat dan remaja sekarang
sudah tidak mempunyai perasaan malu serta takut untuk melakukan
perbuatan terkutuk di masjid.
Katanya, sepanjang tinggal di kampung ini, tidak pernah berlaku
kejadian seperti ini dan penduduk terkejut apabila ia dilakukan penduduk
bukan tempatan.
*komen korang?
No comments:
Post a Comment