Penulis Ombak Rindu, Fauziah Ashari Dah Dapat RM219,845.09 Tapi Masih Tak Bersyukur?
Semasa Majlis Prebiu Media Filem Ombak Rindu, novelis Ombak Rindu,Fauziah Ashari berkecil hati kerana tidak terlibat sebagai penulis skrip bersama. Penulis ini juga katanya hanya menerima RM1,600 dan tak setimpal selepas karyanya menjadi filem yang mencetuskan fenomena pada masa ini.
(kiri) Penerbit filem Ombak Rindu, Sharad Sharan, tenang mendengar komen Fauziah Ashari sewaktu di majlis pra-tonton yang lalu.
Semalam, bertempat di Karangkraf Shah Alam, Alaf 21 mengadakan sidang media untuk menjelaskan kenyataan Fauziah Ashari. Sebagai Penerbit Eksklusif novel, Alaf 21 menerima RM4,000 daripada Tarantella Pictures untuk mengangkat menjadi sebuah filem. Fauziah Ashari menerima 40% dari jumlah tersebut iaitu RM1,600 dan selebihnya milik Alaf 21. Bukan strategi Alaf 21 meminta bayaran lumayan dari pihak penerbit filem. Memang satu jumlah yang sangat kecil.
Lagi pun, projek filem adaptasi ini sikit sebanyak telah melariskan kembali novel yang telah dicetak sebanyak 40ribu naskah. Pergh! banyak tu!
Untuk cetakan terbaru, setakat ini sudah pun laris sebanyak 20 ribu naskah. Dan sekiranya semua habis dijual, Fauziah Ashari bakal menerima RM50 ribu dalam bentuk royalti seperti yang mereka lakukan sebelum ini. Untuk rekod, novel tersebut sebelum ini sudah pun tercetak sebanyak 23 kali dan Fauziah Ashari sudah menerima lebih RM219,000 dalam bentuk wang royalti sejak jualan pertama sekitar tahun 2002.
Bagaimana pun, menurut pengasas & Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Dato’ Hussamuddin Yaacob, pihak beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan sebaliknya menyatakan rasa terkilan dengan sikap novelis popular itu yang disifatkan sebagai tidak bersyukur namun telah memaafkannya. – via Mstar & Malaysian Digest
via budiey
***********************
Emm...kesahihan berita ni, aq tak tahu. Walaupun benda ni ada terjadi, tapi mungkin dah di'hyperbola'kan dengan melebih-lebih. Bawak bersabar jela. Faham bahawa mungkin filem ni dah mencapai anggapan orang lain. Alah, kira beyond expectation la kiranya. Sampai ada orang meletakkan filem Ombak Rindu sebagai Titanic orang Melayu? Hmm....
p.s: Aq dengar kalau tengok cerita ni, yang perempuan menangis, yang lelaki bergelak sakan. Entahlah~~
No comments:
Post a Comment