Izinkan lelaki itu pergi,
Walau kakinya bagai terpasung luka,
Walau hatinya tercalar bisa,
Izinkan dia melangkah jua.
Tangismu tidak dia lupakan,
Bukan dia tega,
Bukan dia rela,
Tetapi dia terpaksa...
Izinkan dia pergi jua.
Di hatinya ada wahyu yang merayu,
Di situ tidak pernah ada tunggu,
...walau terjerat, walau terikat,
Dia mesti pergi jua.
Ah, genderang itu telah berbunyi,
Dia terpaksa pergi,
Jangan kautunggu lagi,
Mari pergi bersamanya,
Walau terpaksa...lelaki itu kan pergi jua!
**********
_Menahan pundi kencing.
Hahaha!! Best tak sajak/puisi/gurindam/pantun di atas? Maaf, maaf. Bukan aq yang reka, apatah lagi nak menyairkannya. Itu kalau nak tahu, adalah sajak yang aq sempat curi pinjam dari buku "Nota Hati Seorang Lelaki".
*nak beli, bajet takdak. Sebab...
Malam tadi baru borong 2komik + 1novel, tapi bukan buku sajak kat atas tu la. Sebab duit tak cukup lagi.
*komik ni....err
*komik ni....hmm
Dan novel terbaru air tangan Ramlee Awang Murshid!!
*belum baca lagi...ARGHH!!
Dan malangnya Kedai Buku Hasani di Carrefour Seberang Jaya semalam lebih mengocahkan nafsu aq untuk membazir di situ berbanding gedung MPH mahupun Popular di KL atau Selangor. Boleh bayangkan kalau korang tak pernah dengar kewujudan Shootz #3....
*ok, ni komik #1 dia...
...tiba-tiba korang dah ternampak benda ni!!
*yup, #4....
Dalam hati cuma berbisik, "Nasib bak aq tak duduk kat sini, kalau tak memang papa kedana aq!"
_Alhamdulillah, duit masih di dalam poket...
No comments:
Post a Comment