Dec 27, 2011

Bulan Purnama Wajahmu (~)



"Hati ini mula berdebar kencang
Peluh dingin mula mengalir berkeringat

Ah.

Inikah yang dinamakan fitrah cinta?
Membuatkan imanku tergugah seketika
ketika memandang wajah redupmu, mata galakmu yang mampu
membuatkan bulan tertunduk malu,
yang menjadikan bintang-bintang menari di kulit langit.

Mawar merah itu berembun di kelopaknya
Terbias warna merahnya ke sekeliling
Ternyata kamu seperti mawar merah itu, cantik.
Namun berbisa.
Persiapan rapi perlu tersedia,
untuk menyunting si mawar berbunga.

Aah! Sudah berkali!

Sudah berkali-kali hati berteriak, "Tidak!"
kerana tidak mahu cinta itu menyaingi cinta pada-Nya,
Rasul-Nya
Ibu bapanya.
Kerna oranng kata, cinta seperti itu merupakan zina,
zina hati yang berbisa.

Tetapi,
bukan cinta yang harus diletakkan di kandang mahkamah
Kerana cinta itu suci,
tulus lagi murni.
Hanya kerna tangan durjana manusia,
Cinta dipersalahkan atas semua noda?

***************


Mood : Agak mengantuk
Music : Khalifah - Ni Hao Ma

_bingitpunyalagu

Puisi. Puisi lagi. kejap. Puisi lagi? Hahahaha!! Cool-chill-relax la bhai...baru habis baca Kidung Selawat Zaki & Zulfa laa. Terasa dengan dia punya gaya bahasa, jadi aq pun cubala ambik sikit ayat dia. Cerita cinta bukan sekadar cinta. Cerita resah seorang putera kiai dalam mempertahankan maruah pesantren dan dirinya sekali.

Tengok? Terasa pulak Indo nya....dah, dah. Baik aq layan cerita.

Kejap. Ada cerita ke dalam kupu-kupu malam ni?

_sinarpurnamawajahmu

No comments:

Post a Comment