"Kalkulator? Aku lebih percayakan otak aku daripada permainan kanak-kanak itu."
- Mat, Misi 10A PLUS
Untuk mencabarkan lagi minggu itu, aq dengan rela hatinya menurut kaki melangkah pergi Seberang Perai. Nak lawat bakal anak saudara dalam perut kakak aq tuh! Haha!!
Dan bila sedang aq tengah ber'syok-syok' di sana, masuk pulak satu mesej ajak aq jadi tour guide pergi PBAKL kat PWTC nun. Minta maaf la Ainsha, aq bukan Flash mahupun Jumper yang boleh ke sana ke mari sesuka hati, ye? Tapi sungguh laa, idea nak jalan-jalan terbantut sekali bila akak aq kena masuk wad pulak. Gara-gara anak dia yang malas nak gerak la ni! Kuseng.
Jadi, bersambunglah cuti aq sampai hari Rabu. Dan hari Khamis dah merancang ke PWTC berseorangan. Memang kaki jeli la aq jadinya~ Cuma sempat membeli 101 Things I Learn In Architecture School dengan Nota Hati Seorang Lelaki je. Agak terkilan jugak la bila mencari Sunan Musafir tapi tak ketemu. T__T
Tak mengapalah. Asalkan Jumaat, Sabtu dan Ahad ni ada SUPERMOON!!!
*Supermoon. Fenomena bila bulan kelihatan terbesar sebab kedudukan terhampir dengan Bumi*
Tak apa. Khamis tak jumpa, Sabtu ada lagi!! Sanggup pulak aq datang pagi Sabtu tu bila Kelab RAM bagitau yang Sabtu tu pelancaran Sunan Musafir dan jugak hari penghabisan stok Sunan Musafir edisi hard cover. Mau aq tak nak datang (?) Dan sungguh laa, datang-datang je tengok dah ramai yang beratur. Aq tanya la abang Kelab RAM kat situ, "Bang, yang beratur ni nak beli Sunan Musafir ke?". "Ha'ah, kena bayar dulu". Dan penat jugak aq menunggu 1 jam untuk membeli + 1 jam beratur untuk autograf. Nasib ada beli Misi 10A PLUS dulu tadi.
*Inilah abang RAM kita. Macho tak? Boleh mintak jadi bini no-2...kui3*
Oh ya, had sorang cuma boleh beli 2 buah je. So, terpaksa la membantu damsell in distress kat belakang aq sebab dia nak beli 3 buku untuk kawan dia nun kat Sabah tu.
Dan balik rumah, terus bersiap pergi kenduri abang Fuad. Apekah??
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/
*Hensem tak? Korang kenal ke Fuad mana ni?*
Kepenatan. Ahad ada kerja lagi, Isnin ada test JPJ motor. And nice having chat sampai aq kena pos selipar kat orang, ceh. Sunan Musafir tu pun jadi mangsa....~
*stylo-ish tak Sunan Musafir?*
p.s : Matriks, UIA ataupun INTEC?
No comments:
Post a Comment