May 3, 2012

Buku Cerita....(?)



Puncak Mutiara Cafe, Kg. Pelet.

Memang aq tak sangka yang ada pulak cafe/restoran/epic dinner site kat tengah-tengah bukit ni. Epic tak epic, siap ada kolam ikan lagi, tempat makan ber-dingin hawa (cikgu, betul ke?), waiter dia siap pakai walkie-talkie lagi tu. Makan pun boleh duduk dalam wakaf. Nak ambik seating bersila pun boleh.

Bukan kolam ikan je, ada pulak ladang rusa(?), reban ayam, arnab dan macam-macam lagi lah. Sampai aq tertanya, "sedih tak binatang ni tengok sedara die sendiri kena makan depan mata?". Ceh!

Dan sungguh, aq agak terkesima tengok menu dia. Setakat ni lah, buku menu yang paling tebal pernah aq jumpa! Siap cakap kat abang waiter tu sekali, "ni menu ke buku cerita ni, bang?"

|
|
|
|
|
|
|
\/



*buku menu a.k.a buku cerita*

No comments:

Post a Comment