May 30, 2012

Duit Syiling Pandu Puteri (!)





Salamun Alaikum!!

Amacam, best hidup hari ni? Hidup gua hari ni biasa-biasa tapi luar biasa mbah. Sebab 29 Mei 2012 semalam, Bank Negara Malaysia ada keluarkan Syiling Peringatan Ulang Tahun Ke-100 Persatuan Pandu Puteri & Pengakap Puteri Sedunia. Jadi dengan semangatnya, gua pun mula pergi ke Bank Negara pukul 10 pagi tadi. Tergendala sikit sebab hujan dan tidak membawa payung.

Sampai saja, tengok ada la beberapa orang berkumpul kat luar kan. Nak beli kut. Gua ingat ada lagi.....tapi ada pulak kertas terpampang kat kaca pintu tu:

"SET OF 2 OUT OF STOCK"

Penat woi kalau gua merancang nak beli Set of 2 tu kan? Nasib merancang nak beli Nordic Gold saja. Murah sikit. Ni ada sikit maklumat pasal cara jualan duit syiling demikian.

**************


Duit syiling peringatan ini sah diperlakukan dan spesifikasinya adalah seperti yang berikut:
  1. Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)
    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan dijual pada harga RM150 sekeping. Hanya sebanyak 600 keping sahaja ditempa.
     
  2. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic
    Nilai muka duit syiling emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya ialah RM10 sekeping. Sebanyak 15,000 keping sahaja ditempa.
Duit syiling peringatan ini juga boleh didapati dalam set 2 dalam 1. Set 2 dalam 1 ini mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada harga RM200 setiap satu dan hanya terdapat 500 set sahaja. Butiran terperinci mengenai duit syiling ini terdapat dalam Lampiran I.
Reka Bentuk Duit Syiling

Keterangan mengenai reka bentuk duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:
  1. Bahagian Hadapan Duit Syiling

    Logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia tertera di tengah duit syiling ini dan perkataan Ulang Tahun Ke-100 pada bahagian atasnya sebagai menandakan sambutan ulang tahun pergerakan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri antarabangsa yang keseratus, yang diadakan selama tiga tahun, dari tahun 2010 hingga 2012. Pada bahagian bawah duit syiling pula tertera perkataan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.
     
  2. Bahagian Belakang Duit Syiling
    Pada bahagian tengah duit syiling dipaparkan logo Persatuan Pandu Puteri Malaysia sebagai menggambarkan penglibatan Malaysia dalam Persatuan Sedunia ini. Perkataan Bank Negara Malaysia, iaitu pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini, dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling tertera pada bahagian bawahnya.
Reka bentuk lengkap duit syiling peringatan ini terdapat dalam Lampiran II.
Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual pada 30 Mei 2012 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK), Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, dan pejabat wilayah dan cawangan Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.


********
Amacam, best tak? Kalau hari ni pun gua rasa dah habis dah. Apa taknya, sekali diorang beli tadi, borong 10-20 Nordic Gold, 2-3 Silver. Macam mana la tak habisnya. Nasib ada maksimum pembelian.
Kalau korang nak beli yang Nordic Gold, gua ada lagi 2 keping.
Harga : RM 15 (tak termasuk pos)
Kalau nak tahu, boleh message sini : Mujjib Wing

*psstt....kira okay la harga ni. Kalau gua usya tadi, ada orang jual 4 keping, RM100......amacam? Hahaha!!

p.s: teringin nak pergi Muzium Matawang.....kut-kut boleh tambah lagi ke~~

No comments:

Post a Comment