_it's a beautiful night.
And yet, I'm still here. Sit upon this chair, alone.
In front of my computer, alone.
It's 3.20 in the morning. Better to do my prayers....
_after 13 minutes....
Now, I'm feeling better. A little bit, if not much.
"A clear mind can create a path for an idea to take form."
Just some saying from an unidentified persona.
Now, let me tell you a story.
A story that is so true, you'll find it is hard to believe it.
(it's in Malay, sorry for that...)
*****************
Dulu, hidup seorang budak. Apa kata kita namakan dia, HISYAM. Nur Hisyam.
Nah! Bila dikatakan oleh semua tentang Hisyam ini, semuanya elok-elok belaka.
Bijak.
Baik hatinya.
Rajin berusaha.
Dan agak elok rupanya.
Tapi.
Takdir menentukan bahawa hidupnya terlalu rendah tahapnya jika dibandingkan dengan rakan-rakannya yang lain. Terlalu kosong. Sehingga bukan jarang dia memikirkan bahawa, "alangkah eloknya aku menjadi seperti yang lain.". Ternyata, permintaan yang jauh dari realiti.
Lantas, bermula pula kisah hidup Hisyam di alam persekolahan menengah.
TINGKATAN 1
Kakinya mula melangkah masuk ke dalam pagar. Jalan di hadapan yang membukit terasa sukar hendak didaki. Fuh! Legaan nafas akhirnya terkeluar dari dada sesaknya.
"Haih, berapa kali dah la aku menapak bukit ni."
(sekarang, bayangkan Hisyam sedang melangkah laju ke arah kelas)
"Assalamualaikum," sapa Hisyam perlahan ke arah raka-rakan di dalam kelas, walaupun dia tahu tiada siapa yang mengendahkannya. Kalau tiada rasa marah, tapi sekelumit kecewa masih bertapak di hati.
"Waalaikumussalam."
Laju kepala Hisyam menoleh ke arah suara lembut tadi. Seorang perempuan. Terasa ceria sedikit hati Hisyam bila mendengar salamnya disambut jelas. Ingin sahaja dia mengucapkan, "Terima kasih!" kepada perempuan tadi. Tapi, apakan daya. Rasa malunya masih menguasai hati dan iman dan terus membuatkan dia melangkah ke arah tempat duduknya.
Lewat melabuhkan punggung, terus sahaj dia membuka zip begnya dan menyelongkar isi begnya itu. "Bersepahnya lah hai beg aku ni," mulut menutur seorang diri. Tapi mana pulak kerja rumah Matematik semalam?
"Wei, Syam. Kau dah siap ke kerja semalam?"
Hah?
"Kerja semalam. Kau dah siap belum?" ulang Nabil dengan suara yang agak tegas. Dan selalunya pertanyaan itu akan disusuli dengan permintaan, "Nak pinjam, boleh?".
Laju saja Hisyam menggeleng. "Tak jumpa kot buku aku ni". Tangan masih menggagau dalam beg. "Entah mana pulak aku letak. Tertinggal ke?"
"Alamak! Biar betul kau?! Aku dah la baru siap separuh ni!"
"Rileks lah," pujuk Hisyam. Padahal peluh dingin dah mula menitik dari belakang badan yang dibaluti uniform putih sekolah. Dengan mata yang mengintai untuk melihat kehadiran cikgu, Hisyam masih terus mencari bukunya.
"BANGUN SEMUA!!"
Serentak bunyi bising kerusi tergeser dengan lantai dan salam berbunyi. "Assalamualaikum, cikgu!" hampir serentak murid kelas 1 Tarmidzie itu memberi salam.
"Waalaikumussalam, semua. Duduk." arah Cikgu Hisyam. Kebetulan pula nama mereka sama walaupun tidak pernah berjumpa sebelum ini.
"Baik, mana kerja rumah yang saya bagi semalam? Hantar ke depan sekarang. Saya nak periksa."
Alamak! Mana pulak la buku ni?!
Alamak! Mana pulak la buku ni?!
Kala itu, angin yang berdesir perlahan pun didengar sangat membingit di cuping telinga. Terasa seperti bilah-bilah kipas di sebelah telinga akan memutuskan gegendang telinganya dari kokleanya. Dan terus memancut darah dari telinganya samapi kecut sebelah kepala!
"Assalamualaikum, cikgu."
Tiba-tiba, bayangan kepalanya yang sudah hampir kering kerana kehilangan darah itu lenyap dari benak fikiran. Automatik matanya terpaku ke arah suara tadi. PENGETUA.
"Tuan Pengetua." Cikgu Hisyam terus menyambut Pengetua di pintu kelas. Hisyam terasa lega sedikit. "Harap-haraplah Pengetua panggil cikgu pergi mesyuarat ke, apa ke..."
Tapi, mata dia terpandang seorang budak di sebelah pengetua.
Budak baru. Lelaki.
Dan kisah selepas ini berkisar tentang budak lelaki tersebut di alam persekolahannya.......
************
Kisah seorang budak yang pelik. Hari pertama sudah disuruh oleh cikgu untuk menyelesaikan masalah Matematik di hadapan kelas. Dan kurang dari satu minit dia menyelesaikannya. Tanpa kalkulator.
Semua terkesima.
Dan mungkin kisah seorang budak yang di mana kelas Sainsnya merupakan taman permainan baginya. Tidak pernah menumpukan perhatian. Tetapi masih mampu mengekalkan gred 'A' di dalam peperiksaan, walaupun tidak mampu mendapat nombor 1 di dalam kelas.
Kisah seorang yang di mana kerjanya tiap-tiap hari bercakap sendirian dengan meja. Dan papan putih. Sehinggakan rakan sekelasnya akan melihat papan putih itu penuh dengan idea A-Level pada keesokan harinya.
Namun, ia masih kisah seorang pelajar di mana dia masih belum menguasai pelajaran sukatan Al-Azhar yang menggunakan Bahasa Arab sepenuhnya.
Masih kisah seorang pelajar yang mana dirinya hampir tidak dipedulikan di sekolah, melainkan rakan-rakan terdekatnya.
Masih seorang pelajar yang biasa.
Atau, mungkin tidak.
************
_it's 4.13 in the morning.
And I'm still not sleeping.
Got my head even heavier over time, as no one can scold me from my back.
It's quite good, or maybe....BAD.
Just having some typing session, surrounded with Yuna's voice.
"I can't believe we almost got famous for nothing, baby~"
Yeah, somtimes it goes that way....
_still have something to do.
No comments:
Post a Comment