Bagaimana mungkin sistem boilogikal aq sudah kembali pulih?
Sedangkan mungkin sambungan-sambungan di neuron sudah bercelaru, mungkin lebih teruk dari keadaan otak seorang autistik, savant atau mungkin seorang synaesthete. Bila panas, terasa sejuk. Bila sejuk bahang pulak badannya. Mungkin corpus callosum ku sudah semakin degil nak menerima arahan dari keadaan sekeliling. Kadangkala hemisfera kiri yang mendominasi.
Tapi, sering hemisfera kanan yang menjadi rajanya.
Nah, sering juga otot deltoid berasa sengal, sehingga kesengalannya berjangkit ke filamen-filamen di bahagian bisep ini. Memang tidak macho dan kacak sungguh untuk otot-oto sebegini berasa sakit. Sehinggakan untuk mengangkat satu bebanan pun sudah terasa malas, kerana hendak menanggung sakitnya.......
No comments:
Post a Comment