Jul 8, 2012

In Dilemma Am I (?)


Right, right~~

Salamun alaikum!! *tetiba je*

Sori la, gua memang dah tak tahu nak taip apa. Sebab tiba-tiba post pendek di FB lebih menarik perhatian daripada post panjang di Blogger(?) Dan gua jugak tengah dilema ni~~

Bukan dilema memilih pasangan mahupun memilih basikal cabuk. Tapi dilema memilih seni. Yup, SENI. Seni mempertahankan diri. Dan oleh kerana (kantoi cikgu BM marah nanti) dekat CFS IIUM ni banyak pulak kelab seni-nya, menyebabkan hampir gua mabuk meminum Old Town White Coffee bercampur Sunquick Exotic. *harap tak buat jadi mabuk*

1. Karate-Do? Teringin nak sambung, tapi mungkin bukan suasana yang serupa Di MRSM Kuantan. Mungkin sebab peng'karate'nya yang terlalu ramai atau 'dojo futsal'nya terlalu terbuka kepada umum. Jadi, gua hanya melihat training dari jauh sahaja pada malam Khamis.

2. Capoeira? Nama yang memikat sukma. Seni menari dan mempertahankan diri dari Brazil yang teruja dengan muziknya tersendiri. Teringin sekali nak mengikuti, tapi hati semacam berkata, "tinggal saja dengan karate-do mu itu". Gi mana ni sih? Yuran penyertaan beserta keahlian pun dan RM 70. Jadi gua bermula secara picisan dengan menghendap pada malam Rabu.

3. Silat? Samada Silat cekak, Silat Ustaz Hanafi mahupun Silat Gayung, gua tak tahu nak komen apa. Warisan Melayu patut dipertahankan. Tapi mungkin boleh mintak Izat Basar mengajar sedikit di bilik...?

4. Taekwon-do? Mungkin sebab yang sama dengan Karate-do, tapi tambah dua sebab lagi. Yuran (ofkos-nya lah pun!) dan basic yang sangat berbeza daripada Karate-do.


Dan masih mencari atau tercari-cari masa yang sesuai untuk habiskan deadline gua. Dan juga dapat mula merasai kembali nikmat 'bulatan gembira' (bak kata Inche Gabbana) selepas hampir 6 tahun kehilangan~~

p.s: Sesame Street pernah ajar Capoeira?!?!

No comments:

Post a Comment