Feb 2, 2012

Senandung Malam (~)

1/2/12

Cantik tarikh tu kan?

Walaupun pada tarikh tu, matahari menyinar dengan lesunya.
Walaupun angin sang pawana bertiup hembus dengan sayunya.
Walaupun langit seakan mahu turut mengalirkan takungan air matanya.

Malam itu, bulan mengambang separuh, seperti kuyunya mata melihat si dia.
Langit terbentang luas, mahu melihatkan si dia kepada bintang-bintang bertaburan di angkasa.
Siapa yang menyambutnya?
Kelihatan ramai yang sedang menunggu di halaman rumah.
Menunggu dan terus menunggu....

Walaupun masing-masing sedar bahawa sudah ada yang datang menjemput si dia terlebih dahulu.
Ingat bila mana Malaikat Maut datang menjenguk 70 kali sehari?
Antara 70 itu, satu daripadanya merupakan masa untuk dia.
Memang ada di antara kita sedang meraikan kelahiran ahli baharu.
Tapi ada yang sudah bertemu dengan Sang Pencipta.

Ingat juga bila mana kata-kata seorang penulis,
"The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th?"

Alhamdulillah, si dia sempat berubah pada jam ke-10.









No comments:

Post a Comment