Sekolah Berasrama Khas Raudhah Sakeenah cawangan Selangor. Salah sebuah daripada cawangan Institut Pengajian Khas Raudhah Sakeenah (IPK Raudhah Sakeenah) di seluruh negara. Di mana pengambilan pelajar-pelajarnya bukan setakat berdasarkan markah mahupun skor tahunan. Malahan, lebih daripada itu. Lebih-lebih lagi, jika diletakkan kedudukan sekolah-sekolah IPK Raudhah Sakeenah, hampir keseluruhannya mendapat tempat yang terkebawah di antara sekolah-sekolah berasrama yang lain.
Lalu, apa yang menyebabkan cawangan Selangor IPK Raudhah Sakeenah ni mendapat tempat cerita hari ini?
Mari bercerita.......
*************
"Eh, rasanya betul la tandas kat sbelah tangga ni kan? Ke, kat bawah eyh? Hmmm....taklah, rasanya betul la kat sebelah tangga ni semalam aku pergi."
Haila, makin berserabut kepala seorang manusia bernama Asyraf tu. Rasanya kepala dia pun dah sakit sebab digaru-garu walaupun tak berasa gatal. Rektum dia pulak dah tak boleh menahan lama ni. Karang tak pasal-pasal tersembur jugak kat situ. Tapi malu habisan la dia nanti. Takpe takpe, baik aku pergi bawah kejap. Ada la tu agaknya tandas kat bawah tu.
Hah! Alhamdulillah....jumpa jugak aku dengan kau, ye tandas? Kalau tak, memang sakit la usus limpa aku bagai ni. Haish! Dah dah la tu berborak dengan tandas. Ni haa, baik aku berdating dulu dengan tandas.
************
Fuh! Selamat jugak petang ni. Perut pun dah selesa, kerja sekolah pun dah habis. Apa lagi, mainlah!! Mudah-mudahan gamaknya budak-budak tu turunlah petang ni. Dah dua hari tak turun, kalau hari ni tak turun jugak, dah masuk hari ketiga tu!
"Salamun Alaik!"
Badan Asyraf berpusing dengan kepala sekali. Dah terbiasa buat macam tu. Tapi siapa gamaknya yang bagi salam gitu?
"Waalaikumussalam. Ya, kenapa bang?" Hmm...bantai jela abang, nampak pun macam tua dari aku aje.
"Nak tanya, boleh tau dekat mana pejabat?" Lembut pulak suara dia ni, Kalau aku ni perempuan, boleh tergoda ni!
"Oh, pejabat. Abang pergi dekat halaman depan, kan? Kan ada tangga kat situ. Haa, pejabat duduknya sebelah tangga tu la, yang pintu kayu varnis tu."
"Owh, yeke? Terima kasih ye? Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
************
"Weyh, korang ada dengar tak pasal cerita budak baru masuk semalam?"
"Ha'ah la. Dengar cerita budak tu kumpulan Alpha, hensem jugak la kalau nak dibandingkan dengan kau! Hahaha!"
Kureng punya sahabat sejati! Takpe kau, neh sini!
"Woi, aku nak minta maaf dulu, boleh?"
"Apsal?"
Bukk!! Habis kepala Aieman kena hentam dengan Asyraf punya bantal.
"Ceh! Kau ni, nak hempuk aku dengan bantal pun, bagi la signal dulu." Aduh, nasib baik bantal! Kalau buku rujukan Kimia 500 muka surat tu, memang nahas kau la, Asyraf!
"Hahaha!! Tapi betul apa, aku kan lagi hensem dari budak baru tu."
"Yela, yela. Tapi kan..."
"Tapi apa?"
Aieman berfikir sambil tangan dibuat macam gaya detektif lama-lama gitu. Sibuk ibu jari dan telunjuknya menggosok-gosok dagu. Sambil mata terpejam, dia berfikir. Fikiran yang dirasakannya turut terbenak dalam minda kebanyakan pelajar di situ.
"Kau agak kan..." Aieman dah mula nak membuat agakan.
"Ehem..." Asyraf mengangguk sambil menanti ayat dari mulut Aieman.
"Kenapa si Hatim tu dapat masuk team Alpha eyh? Kau pun tahu kan, bukan senang nak masuk kumpulan tu. Aku ni pun, yang gila kentang belajar dua tahun kat sini. Tak pernah-pernah lagi cikgu 'halau' aku pergi join Alpha." Mula dah Aieman menaburkan ayat. "Tapi, Hatim tu senang-senang je dapat masuk. Tak sampai seminggu pulak tu!"
"Wey, kau jangan main-main dengan Hatim tu!"
"Apsal pulak?" Pelik pulak aku tengok Asyraf ni.
"Ni, aku nak bagitau kat kau. Tapi kau jangan bagitau siapa-siapa pun, tau?"
"Yela, kau ni pun, banyak sangat songehnya." Nak berahsia pulak la dia ni.
"Gini ceritanya...."
************
Dewan ujian kemasukan petang tu sunyi sepi. Cuma kedengaran bunyi pensil menggarit jawapan di atas kertas. Cikgu Hamdan yang menjaga pun cuma duduk di meja hadapan. Angin sepoi-sepoi bahasa kat luar pun tak mengganggu pelajar mahupun cikgunya.
Tiba-tiba, satu tangan di antara tiga pelajar yang tengah mengambil ujian kemasukan tu naik, menuju ke langit. Dilambai-lambainya agar menarik perhatian Cikgu Hamdan. Dan nasib baik, Cikgu Hamdan cepat sedar dan terus berjalan ke arah pelajar tadi.
"Ya, kenapa? Ada apa-apa masalah?" Tanya ramah Cikgu Hamdan.
"Err...tak ada cikgu. Tapi...." Pelajar tu terus berkata-kata kepada Cikgu Hamdan.
"Hmm...baik. Awak habiskan ujian ni dulu. Nanti saya rujuk pada cikgu-cikgu lain." Terang Cikgu Hamdan sambil mengangguk-anggukkan kepala tanda faham dengan kehendak pelajar tadi.
************
"Kau gila? Dia pergi betulkan soalan masa ujian kemasukan semalam la!"
Tergamam Aieman dengar. Biar betul budak Hatim tu! Padahal ujian tu cikgu paling top kot yang buat soalan dia. Boleh lagi dia betulkan?!
"Eh, kau biar benar. Cikgu Faizah kan yang buat soalan dia. Takkan boleh salah pulak." Tak percaya lagi rupanya Aieman ni.
Ya Allah, tak percaya lagi rupanya kawan aku ni! "Betul la. Cikgu Hamdan yang khabar kat aku lepas Isya' malam tadi."
Subhanallah! "Pergh, padan la dia boleh masuk Alpha! Kau agak markah ujian dia berapa eyh?"
Mata Asyraf memandang ke siling bilik, macam siling tu boleh bagi dia jawapan pulak kepada soalan tadi. Terpusing-pusing anak mata dia mengingat jawapan.
"Hah! Baru aku ingat. Seingat aku, Cikgu Hamdan khabar, markah dia 105!"
"105!?" Buntang mata Aieman memikirkan markah Hatim.
"Yela, 105. Sebab dia betulkan soalan ujian tu. Cikgu Faizah pun tak kisah sebab dia yang bagi markah tu."
"Kau biar betul...takkan sampai off chart markah dia. 105 kot!" Aieman masih antara garisan percaya atau tak.
""Iyala. Kau nak percaya, tak nak percaya, ikut suka hati kau lah. Aku nak tidur. Selamat malam, Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." 105.....
************
Sungguh satu sekolah tak percaya bila dapat tahu berita yang Hatim kena tangkap masa fly dengan Amin malam tadi. Padahal satu sekolah tahu yang Hatim tu baik. Dan satu sekolah memang membuat andaian bahawa Amin la yang hasut Hatim untuk ikut dia pergi kedai mamak malam tadi. Dan sungguh, Amin mengaku.
Masa ditangkap semalam, memang dalam hati Hatim menyesal tak sudah. malu nak mengangkat muka untuk lihat orang sekeliling. Desis-desis bisikan orang makin kuat mendengar. Tapi, tiba-tiba ada satu ketika desis-desis itu macam kehilangan sebentar. Lantas, Hatim mengangkat muka untuk melihat suasana sekeliling.
Perempuan tu.
Perempuan berjubah dan bertudung labuh merah pucat memandang Hatim, seolah tak percaya. Hatim terus terpaku memandang wajah jernih perempuan tu, walaupun hatinya sudah cukup malu untuk menunjukkan muka kepada perempuan tersebut. Terasa dirinya berasa hina jika dibandingkan dengan perempuan itu.
Aisyah.
Perempuan yang menambat hatinya sejak mula masuk ke sekolah itu. Perempuan yang mencuri hatinya dengan tundukan pandangan yang sentiasa dijaga. Perempuan yang perbualannya dengan pelajar perempuan lain begitu mesra, tetapi masih tegas jika berbicara denga pelajar lelaki. Itu pun, jikan betul-betul berkehendak.
Tetapi, kini Hatim cuma menunduk malu. Tak sanggup untuk memikirkan reaksi Aisyah terhadapnya nanti.
************
"Asyraf..."
"Yup. Awatnya?"
"Aku.....aku nak berubah." Perlahan suara Hatim.
Haila kawan aku sorang ni. "Kan kau dah mula berubah tu? sikit-sikit, lama-lama jadi bukit, bro." Sejak kantoi fly hari tu, memang dia dah serik lagi dah. Taubat!
"Tapi, aku betul-betul nak berubah ni. Nak taubat habis."
Asyraf dapat mengagak apa yang ada dalam kepala Hatim masa ni. Hatim ni tegas pendiriannya. Tapi, kalau dah tiba-tiba nak mengaku depan aku nak berubah mendadak, aku tahu dah apa dia tengah fikir ni.
"Okay, okay. Kau nak berubah. Aku boleh tolong kau..." Riak muka Hatim dah berubah ceria.
"TAPI, dengan syarat, aku nak kau betulkan niat kau dulu."
"Niat?"
"Maaf la kalau aku tersilap. Tapi aku taknak kau berubah sebab Aisyah saja. Sebab berubah dengan cara tu takkan kekal. Straight the niyyah just to Allah." Terang Asyraf.
Tergamam Hatim. Macam mana pulak dia boleh agak hati aku ni? Kau ada telepati ke, Asyraf? "Err....macam mana..." Tergaru-garu belakang kepala dia, malu dengan hasrat dia sendiri.
"Bro, benda apa lagi dalam dunia ni yang boleh ubah lelaki straight 540 degrees? Sorry la, pinjam nukilan Hlovate kejap."
Terdiam Hatim mendengar penjelasan Asyraf tu. Hati masih berbolak-balik, rasa bersalah memikirkan niatnya yang tidak berapa ikhlas baru sekejap tadi. Tertunduk memandang lantai. Hatim diam. Dan diamnya lama.
Kepala diangkat, mata memandang terus ke anak mata Asyraf sambil berkata...
"In Sha Allah, bro. Tolong aku, deh?" Sambil tersenyum dia menuturkan, seikhlas mugkin.
"Now that's my bro! Come here you!" Jerit gembira Asyraf sambil berpaut kepala Hatim. Disekehnya kepala kawan barunya tu berkali-kali.
"Woi! Apa ni, sakitlah wei!"
"Hahahaha!! Padan muka kau!" Gelak gembira Asyraf. Sedangkan hatinya mengucapkan 'Alhamdulillah' berulang kali atas kesedaran kawannya itu.
************
Nah, itu dia salah satu kisah daripada Sekolah Berasrama Khas Raudhah Sakeenah cawangan Selangor. Sekolah yang menempatkan pelajar istimewa di dalam bidang masing-masing. Malah, bilangan pelajar mereka tidak sampai 300 orang pun. Hasil didikan di sekolah tersebut, ramai lepasan sekolah itu bekerja di belakang tabir dalam menjayakan syarikat-syarikat terkemuka di seluruh dunia
=============================================
Nak cakap apa lagi? Idea datang dalam mimpi, watak pun sama. Cuma latar belakang sekolah tu aq ambik dari sekolah rendah lama aq. Nampak gambar sekolah kat atas tu? Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuala Lumpur (SRIAAKL). Tapi lepas diubahsuai la.
No comments:
Post a Comment