Dec 1, 2013

Cuti: Kedah² (~)

Salamun 'alaik!!

Dan selamat bercuti gua ucapkan kepada semua budak-budak sekolah seluruh Malaysia (mungkin tak semua?) termasuklah tubuh badan gua sendiri. Huehuehue~~



Dan juga seperti biasa, musim cuti adalah musim gua berjalan ke Pulau Pinang beserta Kedah. Apa kisah pulak ramai bebenau lecturer gua yang main kahwin nikah sem ni. Yang dekat Pendang, gua ada hal. Terlepas. Yang dekat Pahang, memang tak la gua nak pergi. Tak tahu tempat. Yang dekat Sungai Petani? Alhamdulillah, sempat jugak. Siap berjalan ke Jitra la jugak~

Ambik jela gambar-gambar sekalian. Eh, jangan ambik. Tengok je. Faham? Tengok sahaja. Untuk tontonana sahaja~~












Gua nak letak lagi satu gambar sebenarnya. Tapi takut jadi kontroversi pulak pasal ada seorang wanita (cewah!) Nanti ada orang marah, memang tak tenang gua nak belajar sem depan. ^_^''









Malam? Gua melepak rumah Shafiq. Hahaha! First timer kut sleepover rumah kawan. Kitorang pun meronda ler ke pulau dengan satu tujuan. Pasembur~~





Si budak kecil Aisyah Zafrah. Puas sudah bermain 4 hari dengan beliau...hahaha! Budak dah nak capai umur 2 tahun, biasalah kalau nakalnya macam orang merusuh ke, orang buat demonstrasi ke, ahli parlimen ke......eh?

Apa-apa pun, malam ni gua nak layan Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang! (UMTAD!) Nak ajak mak buyung, esok dia dah pergi kerja. Kesian~~


p/s: malam nanti, in sha Allah, gua tulis serius sikit....

Oct 24, 2013

Interfaith (?)


Interfaith dialogue.

Walaupun gua rasa lagi proper guna tajuk lain sebab kedua-dua panelis adalah Muslim. Tapi, masih ada la konsep perbandingan idea dan konsep terhadap agama. Bila Brother Lim Jooi Soon banyak bagi pandangan kebanyakan non-Muslim and Brother Firdaus bagi penjelasan dari perspektif Islam.

Islamofobia.
Kenapa diorang fobia? Kita ni hantu ke? Diorang fobia ke Islam? Atau diorang fobia ke Muslim?

Diskriminasi.
Islam agama diskriminasi? Agama lain tak layak ada? Takkan nak bersikap "Kau tak suka boleh keluar dari negara ni!" ? Islam agama pembuli?

Pluralisme.
Islam agama pluralisme (?) Betul ke semua agama tu sama, bak kata Islam? Atau Islam pakai definisi Oxford?

Outer-view.
Betul ke Islam ni agama mudah? Mudah tang mana? Ke non-Muslim tengok Islam 'agama pantang-larang'?

Nak jawapan, sila tanya ustaz/ustazah/alim ulama'.

Memang best la pergi hari tu. walaupun gua dah burn hari Isnin dengan tengok Insidious 2. Padahal, hari Isnin tu la ada talk dekat 3S ATAU kuliah fiqh jenayah. T__T

Tak rugi RM4. ^_^



Cuti seminggu tak bermakna kalau kena belajar + projek~~