Dec 16, 2014

Hujung Tahun Dah (?)

Salamun 'alaik!

Dan selamatlah kita dalam bercuti akhir tahun untuk 2014. Harapnya, adalah kita ni lebih baik dari semalam hatta seberat semut, selebar jerami sekalipun. Gua harap, gua pun sama.



Hujung tahun?

Kalau gua masih bermastautin dekat Malaysia, dah lama dah gua berjalan ke Penang dan Kuantan. Tapi apakan daya, gua sekarang jadi pendatang asing dengan izin untuk belajar (P.A.D.I.U.B) di UK. Dan perjalanan gua untuk hujung tahun ni, in sha Allah, berkisar di UK saja.

Tak larat nak jalan Eropah, duit dah kering~

Gua pun baru jejak kaki ke Southampton, dan tak tahu nak khabar apa pun. Pasal sekadar lawat rumah abang kepada Iman. Cukup sekadar menghiburkan hati dari gundah gulana fitnah dalam hati ni.

Dan, in sha Allah, gua nak menjejak ke Wales pastu terus 'terbang' (eheh) ke Dundee. Para sahabat gua kat sana dah lama rindu ni. Cuma tak tahu bila nak melawat sahabat yang hidup di bumi Leeds dengan Exeter tu. Sorry bhai~~

Dan gua pun tak nak cerita penghabisan duit gua di hujung tahun. Penantian yang lama T__T

Dah-dah.

Ekceli, gua nak bagi cadangan untuk kamu-kamu semua pasal aktiviti hujung tahun. Siapa-siapa yang nak buat umrah, jalan-jalan melancong, aktiviti dengan kumpulan, volunteer, dan seangkatan dengannya, gua ucapkan tahniah.

Cuma, nak tambah sikit. Boleh ke ni? Dua aktiviti je pun. Bantai jelah....


Omar Series



Bagi sesiapa yang gila nak buat marathon 'mata pacak depan skrin' hujung tahun ni, gua cadang gantikan larian Running Man anda dengan siri ni.


Walaupun ada penerimaan negatif dalam 'pengwajahan' atau perawakan para sahabat terdekat Rasulullah, gua masih berpendapat yang cerita ni lagi baik dilayan daripada drama Melayu yang terpacak dalam TV tu. Minta maaf Abang Hadi dan "Mr. Istikharah" anda ^__^

Sangat puas dari segi lakonan, bahasa (baku), set lakonan, prop.....macam-macam!



Memanah (Archery lah bak kata orang putih.....)

YES!!



Dan gua memang tak sabar-sabar nak buat benda alah ni bila balik Malaysia. Dan jugak nak bagitahu orang surau biar budak-budak tahfiz dekat surau tu tak bosan dengan badminton dan bola sepak saja.



Dan bukan ke memanah tu salah satu sunnah?

Apa? Tak ada duit nak beli alat memanah?
Apa? Tak ada duit nak memanah dekat MidValley?

Jangan risau, ini penyelesaiannya!!


Dan kalau nak lagi banyak, advance dan eyegasm....



Dan nak tahu tak wahai Aisyah Zafrah (macam dia boleh baca....), ada je Disney princess yang main anak panah ni? Cantik pun cantik~~


No comments:

Post a Comment