Nov 15, 2014

Lari Dari "syurga" Ke "SYURGA" (~)



Manusia,
berlapik dada beralaskan hati,
bermatakan lidah membutakan hati.

Haha! Gua memang tak pandai nak bermadah kata. Minta maaf, minta maaf. Darah puisi memang kurang dalam salur arteri dan vena gua. Yang ada cuma darah teknikal dan logika, mungkin?

Padahal, emosi tu satu fitrah. Keperluan manusia. Sedangkan yang melangut di tepi jalan juga punya emosi, masakan kita yang mampu berdiri, menjalan hidup kendiri.

Cuma, malam ni gua terfikir pasal satu cerita. Cerita dari syurga ke SYURGA. Setiap dari kita punya cerita sebegini.....walaupun sedikit berbeza.

Dari lahir, kita dalam pangkuan keluarga.
Kemudian, ke alam kanak-kanak. Remaja. Dewasa. Usia senja.

Malah, ramai yang jalan hidupnya di dunia tak terlalu panjang. Susur keluar terlalu hampir.

Tapi, gua terfikir yang mungkin kisah hidup kita (tipikal seorang rakyat Malaysia berkemampuan) semacam siri-siri kecil daripada the Big Picture.




Gua rasakan bahawa kita asyik, selalu melalui siri-siri 'syurga kecil' yang memang bagi kita sangat memuaskan nafsu. Di tadikanya dengan banyak bermain. Sekolah rendah yang akrab persahabatan. Renjatan gelojak emosi dan nafsu sewaktu remaja. Kesibukan zaman kedewasaan. Kebosanan waktu tua.

Selalu gua pikir,
"kan bagus kalau aku stay UiTM dulu...."
"Hmm.....belajar UIA lagi syok agaknya"
"Ahh....."

BUT!

Permainan 'kalau' pasal benda yang sudah lalu itulah trick syaitan. Maka? Astaghfirullahal 'azhim.

Terasa mudah kalau gua berpegang pada.....




Tengok jugak ayat lepas tu.

"Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)."  (al-Insyirah 94:7-8)


Gua ada plan. Tapi selagi tak ditanya, gua cuma menunggu masa~~


*hanya tulisan sekadar luahan......

1 comment: