Dec 26, 2014

Dajjal Ada Di Mana-mana (?)

Salamun 'alaik!

Dan selamat musim sejuk! Gua harap musim sejuk di hemisfera utara, musim panas hemisfera selatan dan khatulistiwa Malaysia membawa semangat baru untuk semua.

Hari ni gua tak mau nak cerita banyak, cuma nak tanya satu benda.....

Adakah kita ni agen Illuminati?


*teneneeeneett......(runut bunyi The Arrival)*


Tahukah anda Dajjal ada di mana-mana? Adakah kalian semua sedar yang hidup kita ni semua dikelilingi oleh agenda-agenda Dajjal?






Dan tahukah kalian bahawa Allah itu Maha Pemilik Kuasa?

Hahaha! Dan itu yang gua dah dapat masa menghadiri Rehlah Insaniah Seluruh England (RISE) 2014. Kemasukan kami semua ke 'gua al-Kahfi' sendiri banyak kasi bantuan dengan letak cermin mata baharu, macam mana nak tengok realiti dunia sebenar.




Walaupun banyak lagi perhimpunan lain semacam PUISI, PMS dan sebagainya, gua dah ditakdirkan untuk mendalami lagi kisah kronologi akhir zaman yang pada pandangan asal gua, dah cukup ilmu di dada.

Tapi, 4 hari 3 malam duduk dalam gua Wales buatkan gua terasa macam budak tadika yang merasakan dia dah faham macam mana nak buat Kalkulus tahap 3.

Dan nak ceritakan dekat sini memang tak dapatlah. 4 hari 3 malam kut! Tahniah dan jutaan terima kasih kepada Ustaz Syaari Abd Rahman atas sikap sporting Ustaz yang layan perangai dan soalan luar alam para peserta. Pun nak cakap terima kasih bebanyak kepada AJK dan para fasilitator yang gua tau memang korang semua tak cukup tidur.






Pembantaian kaw-kaw bagi manusia yang hanya sibuk mencari dan membongkar rahsia-rahsia akhir zaman, Dajjal, teori konspirasi, Secret Society, dan yang seangkatan dengannya TANPA melakukan persediaan.

Walaupun MAUT mungkin menanti pada esok hari.

Gua cuma boleh bagi file untuk korang baca. Tapi, sangat memerlukan kajian yang lebih mendalam.

Akhir kata, doa dan usaha untuk rakyat Malaysia khususnya yang tengah bertungkus-lumus mengahdapi ujian banjir kilat. Gua agak terkejut bila keluar je dari 'gua al-Kahfi' Wales, bertimbun cerita pasal banjir daripada Kelantan sampailah ke KL.

Dan umumnya kepada saudara Muslimin seluruh dunia yang menghadapi ujian dan jihad masing-masing.

Allahu musta'an~



p.s: sungguhlah hidup sebagai ghuraba'....

1 comment: