Apr 25, 2012

Lesbian, Gay, Biseksual Dan Transgender (LGBT) (?!)

 Lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Korang rasa macam mana kalau tiba-tiba golongan jadi salah satu kategori 'jantina' dalam borang-borang yang bakal korang isi?

Gua tahu. Agak meremang, kan? Dah tu, sibuk pulak diorang nak memperjuangkan 'hak' diorang kat Malaysia ni. HAK? Bak kata mereka,

"Hak asasi golongan mereka untuk mendapat kehidupan normal seperti orang lain."

Sebab tu la hari Jumaat nanti, pihak LGBT ni akan adakan satu perhimpunan aman di hadapan Pejabat Majlis Peguam. Dengan harapan (yang gua harap tak menjadi) akan merealisasikan hak mereka itu.

Dah berhimpun, siap ada tema lagi tu!

KUALA LUMPUR – Satu perhimpunan aman yang menyokong hak asasi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) akan diadakan pada 27 April ini (Jumaat) tepat jam 2.30 petang.

Sumber terdekat mengesahkan perhimpunan aman tersebut akan diadakan di hadapan Pejabat Majlis Peguam dengan menegaskan tema utama perhimpunan itu adalah ‘LGBT Bukan Penjenayah’.

Misi utama perhimpunan itu diadakan adalah untuk menentang pihak-pihak yang cuba melarang golongan LGBT dalam memperjuangkan hak asasi golongan mereka untuk mendapat kehidupan normal seperti orang lain.

Himpunan aman itu juga adalah bagi menyahut saranan pernyataan umum tentang Hak-Hak Asasi Manusia yang merupakan deklarasi utama dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Difahamkan juga risalah mengenai perhimpunan aman itu juga sudah diedarkan kepada orang ramai di beberapa lokasi untuk menarik perhatian dan jumlah pengikut-pengikut yang menyokong LGBT.

Pihak yang menganjurkan himpunan aman untuk LGBT juga menyarankan agar orang ramai yang menyokong hak asasi manusia kepada golongan LGBT untuk turut serta bersama dalam himpunan tersebut.

LGBT juga akan menyertai demonstrasi Bersih 3.0 yang akan diadakan pada hari Sabtu ini, jam 8.00 pagi serentak di Dataran Merdeka. -sumber

LGBT ADALAH JENAYAH

Siapa kata LGBT ni bukan jenayah? Okay, gua rasa tak ada lah termaktub dalam undang-undang Negara (agaknya) yang LGBT ni jenayah. TAPI, kalau dah sang empunya diri tu beragama ISLAM, then it is a crime!

Kat situ, dah jadi jenayah agama. Sebab, Islam sangat melarang keras hubungan songsang. Dah termaktub pun dalam al-Quran. Dalam peristiwa kaum Nabi Luth. Korang semua pun tau kan?





HUBUNGAN SEJENIS LANGGAR FITRAH MANUSIA

Diorang kata, tuhan dah bagi diorang nafsu songsang. Jadi, patutnya kita sokong diorang. Bukan diorang nak nafsu macam tu. Tapi, tu adalah ujian yang tuhan bagi.

Siapa kata kita tak sokong? Cara nak sokong diorang adalah, kita kecam pertubuhan LGBT ni. Pada masa yang sama, kita tolong diorang berubah kembali ke pangkal jalan. Ke fitrah semulajadi manusia yang sebenarnya. Itulah sokongan yang sebenar-benarnya.

Bukan dengan cara sokong perjuangan diorang untuk bebas lakukan kegiatan LGBT kat Malaysia ni. Perkara ni hanya akan lebih merosakkan mereka. Dan jugak anak-anak kita pada masa depan kelak.

Sekarang mungkin kita luluskan pertubuhan LGBT ni. Masa depan nanti, diorang mintak kahwin sesama jantina pulak. Macam mana? Tak ke haru jadinya?



sumber: Jejaka Terhangat


p.s: Ada kaitankah dengan BERSIH 3.0?

No comments:

Post a Comment