Apr 5, 2012

Cincin 'L' Itu (~)



Nampak gambar kat atas tu? Lawa tak cincin tu? Haa....jangan jelez ya. Cincin berharga tu. Sampai kalau aq tersalah letak sekali, boleh buat aq jadi macam kucing hilang anak cucu beliau! Dan kenapa semua orang yang tahu tentang kehilangan cincin ni nasihatkan aq untuk pakai senantiasa? Macam mana aq nak beristinja'?!

Tetapi malangnya, istimewanya cincin ni bukannya bermakna aq dapat dari seseorang. Nehi, nehi....ada aq sanggup terima cincin dari orang lain (baca : perempuan) kala waktu aq sendiri menghabiskan beras di rumah? Lagi bagus kalau aq dapat cincin macam tu, pergi gadai buat duit minyak cari kerja, bukan ke?


Memakai cincin merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. Ini kerana Rasulullah s.a.w sendiri pernah  memakai cincin. Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek :

“ Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)"(Hadith Riwayat Muslim) Begitu juga, nasihat Nabi Muhammad saw. Kepada Saidina Ali sesudah bernikah  dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad s.a.w. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari). Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”. 
(Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai)



Hadis kat atas dah baca? Tu maknanya maksimum cincin yang boleh dipakai seseorang adalah 4 buah biji (biji ke?) cincin. Dan toksah tanya la pasal hukum pakai cincin kat jari ibu. Memang dah banyak sangat ke cincin tu sampai nak pakai kat semua jari? Baik bagi kat anak kucing buat rantai...kih kih kih~

Dan cincin di atas tu cuma berharga RM 12 (agaknya...) yang dibeli di Comic Fiesta 2011 tahun lepas~~


p.s : Cincin L~~
p.s.s : Cuba menggoda abangku untuk pakai cincin NAVY dia pulak~~

No comments:

Post a Comment