Nov 11, 2016

KS vs Pangkor (!)



Salamun 'alaik!

Sepurnama yang lepas, KosmikStudio (KS) telah memulakan perancangan untuk meluaskan jajahan mereka selepas berlakunya perjanjian damai di Janda Baik 2 musim (6 bulan) sebelumnya. Namun, pergerakan KS kali ini telah dirancang dengan lebih ganas dan agresif.

Maka, berlakulah segala persiapan senjata dan kawasan perlindungan 2 minggu sebelum penjajahan dilakukan. Berhempas pulas rejimen-rejimen KS mengerahkan keringat sehingga lencun segala baju mereka dengan peluh adrenalin dan air mata mengantuk mereka.






Malah, sebelum mereka sampai ke Pangkor, masih berupaya untuk menakluk Teluk Batik terlebih dahulu untuk dijadikan pangkalan selama 3 hari. Maka, tersebar luaslah segala binaan-binaan dan senjata mereka sepanjang persisiran pantai tersebut.

Belum nak cerita dengan kehadiran tentera asing di kawasan sebelah.


Perwira muda (tolak 2 orang)





Persiapan Rejimen Tenggiling





Walaupun berlaku sedikit pergelutan dengan tentera tempatan, KS masih mampu bertahan untuk meneruskan pergerakan mereka ke Pangkor.

Namun, ternyata Pangkor hanyalah sebuah tanah yang masih belum mampu untuk KS mengaut segala isi emas yang ada di sana. Penduduk-penduduk di sana juga lembut lidah dalam berurusan dengan KS sehinggakan KS hanya mampu mengambil segala ilmu pengetahuan kawasan tempatan untuk merancang ekspedisi jajahan seterusnya.

Malah, desas-deusus berbisik bahawa KS harus bergerak secara bersendirian untuk merancang perjalanan mereka.



KS masih muda.
Pergerakan mereka walaupun bertatih, tetapi gagah. Jangan pula digunturkan semangat mereka, tapi siramkan dengan kata-kata dan tunjuk ajar.
Masih ramai yang merangkak hendak berjalan, jangan pula terus diasak berlari ke hujung dunia.



Life is a race, but only with yourself~~

1 comment:

  1. Casino Site Review + Latest Welcome Bonuses
    Our unbiased Casino Site luckyclub review is written by Lucky Club team of experts. Read the site's usability, safety, reputation, and much more here. Rating: 7.8/10 · ‎Review by Lucky Club staffIs Lucky Club safe?Is Lucky Club safe?

    ReplyDelete