Aug 11, 2014

BTN = Brainwash The Nerve (~)

Salamun 'alaik!!

Yaahh!!! Akhirnya, dapat jugak gua bercengkerama dengan lappy ni. Padahal takda benda pun nak buat. Kena jugak fill in minggu ni dengan benda lain. Result exam lagi.....erk?

Minggu lepas, demi persediaan untuk gua jadi 'burung' sementara, maka gua pun pergilah ber-BTN di Kem Tanjung Rhu, Sepang, Selangor. Tempat yang gua rasa agak dekat dan konfem punya lagi dekat dari kem kat Kuala Kangsar sana.



Kem selama 5 hari 4 malam dengan peserta yang semuanya dari INTEC (gua still awkward) seramai 148 orang telah kitorang duduki.

Macam biasa, BTN. Impression= BRAINWASH. Tapi, bab impression tu gua tolak bawah nanti. Sekarang nak cerita pasal teknikal.

Kem kat sini, kitorang dapat cerita antara kem yang paling lepak sekali. Kira macam, gua agak eksaited tak payah nak penat-penat asyik dengan kemeja putih melepak. Kem dia pun kira agak okay jugak la kemudahan, tak macam rumah dan tak macam kem PLKN jugak. Kira sedang-sedang ler. Cuma, agak barren sikit kut sebab gua tak nampak banyak pokok nak buat teduh. Dewan dia pun kira grand jugak, dah macam dewan kuliah. Dengar cerita kem lain, dewan tak macam dewan pun.

Aktiviti?
Boleh tahan.....jurulatih memang best la, walaupun gua agak seremm dengan Pak Brahim. Program Wacana Minda pun kira stylo jugak. Macam banyak bagi benda baru la dekat gua.....50% ada kut?

PKPK dengan Fasi?
Pun okay jugak. Lebih senang nak kongsi idea dengan pendapat dalam kumpulan yang kecik sikit. Kalau 148 orang nak bercakap dalam dewan tu, kira macam gua dah ada kat pasar malam la gamaknya. Cuma, sebab fasi gua ni cikgu, jadi terasa seperti ada dalam kelas sekolah la jugak.....

Sekarang gua nak cerita bab bukan teknikal ni.
Memang la BTN ni dibuat nak bagi semangat jati diri dan negara tu sekukuh Ironman kalau nak keluar negara. Tapi, disebabkan batch kali ni 100% Melayu (dengan sikit la yang 'tak nampak' Melayu tu), maka dengan bebasnya ditusuk-tusuk kepala kitorang dengan modul hebat diorang.

Gua tak kisah sangat kalau nak naikkan bangsa Melayu sendiri. Gua tersangat-sangat setuju nak naikkan nama Melayu balik jadi kuasa besar dalam dunia. Tapi, kalau setakat tinggikan nama Melayu dengan rendah-hancur-tekan bangsa lain tu, gua memang tak setuju.

Jangan nak salahkan semua, dan Alhamdulillah gua dah setkan kepala hotak ni biar jadi neutral sepanjang kem. Nak terima 100% tak, nak tolak semua pun tak. Bagi gua, idea perlu diterima dan ditapis. Bukan terima semua, bukan tapis semua.

Padahal banyak je benda yang betul dalam kem ni. Lagi-lagi gua terkesan jugak jantung gua bila dengar puisi Anak Helang masa malam terakhir hari tu. Cuma kena jaga-jaga la, sebab benda ni macam aiskrim. Dia jilat sikit-sikit, tak sedar pun dah habis. Sama la jugak macam Facebook....hmmm...

Dan bagus jugak dapat fasi cikgu ni, tak banyak ikut emosi sangat. Kiranya, ke arah menyokong kerajaan dengan kuat tu ada. Cuma tak terasa gua ni dipaksa-paksa untuk menerima.

Konklusi gua, BTN=BRAINWASH. Tapi brainwash yang macam mana, korang la yang decide sendiri.

Dah, cukup kut. Tengok gambar pulak......


(ni namanya kuih pau landak)


(ustaz yang buat kuliah macam drama bersiri)


(lagu persembahan kumpulan)


(kumpulan gua....)


(waktu nak balik dah kut)




Lepas ni, sambung cerita kahwin. Eh?~~

2 comments:

  1. KEM BTN memang camtu..dulu aku perna pergi kat Perlis.Memang kalau peserta semua melayu, dia tekankan sikit semngat kemelayuan tu (walhal aku kacukan).
    Dia lebih provok semangat kemelayuan berbanding semnagat kebangsaan.Pro kerajaan tu haruslah..btn kut.. gud luck ye..dh nak fly dah.. May Allah ease everything..

    ReplyDelete
  2. Yeah....benda ni kita yang kena kawal diri sendiri. Anyway, thanks~~

    ReplyDelete