Jun 6, 2013

Selemah Superman (?)

Betul ke gua selemah Superman?
Yang kalah hanya pada seketul batu?

Kalau batu besar kontena, memang gua kalah =.=''



Walaupun sebenarnya, Superman pun senang kalah kalau dia ada dekat sistem solar yang 'pakai' bintang merah. Superman senang kalah dengan magic. Dan gua tak tahu lagi Superman boleh kalah sebab apa.

Okay, dah lari tajuk dah gua ni.

*************

بسم الله الرحمن الرحيم



  عن أبي هريرة: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: “المؤمن القوي خير وأحب الى الله من المؤمن الضعيف، وفي كل خير، احرص على ما ينفعك، واستعن بالله ولا تعجز، واذا اصابك شيء، فلا تقل: لو أني فعلت كذا، ولكن قل، قدر الله، وما شاء فعل، فإن لو تفتح عمل الشيطان”.




Maksudnya : Daripada Abi Hurairah r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya),“Orang mukmin yang kuat  (segalanya ) itu, lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada mukmin  yang lemah sedang setiap (mukmin) itu semuanya  baik. Utamakanlah (berusahalah) terhadap perkara yang menjamin kemanfaatanmu dan sentiasa bermohon pertolongan Allah tanpa rasa lemah semangat. Kiranya  kamu telah ditimpa  sesuatu (bencana dan ujian), maka janganlah berkata: kalau  aku lakukan ia akan jadi ‘demikian–demikian’ (berangan-angan) tetapi ini (apa yang berlaku) sudah ditakdirkan Allah s.w.t. Dia lakukan apa saja yang dikehendaki-Nya. Sebenarnya perkataan (kalau) itu, boleh mendorong kerja syaitan.” (Riwayat Muslim)”


**************

Gua memang tak pandai nak tafsir hadis pasal gua tak habis belajar lagi Bahasa Arab, Nahu, Shorof, Balaghah semua tu. Tapi, yang gua paham, memang mukmin yang kuat lebih baik dari mukmin yang lemah.

Tak semestinya kuat tubuh badan (ok jugak). Tapi, termasuk kuat agama, minda, akal, harta, kedudukan, emosi dan sebagainya. Blergh, panjang gua merapu.

Contoh?

Orang kuat boleh tolong angkat barang berat-berat, orang lemah MUNGKIN tak boleh
Orang kaya boleh bayar zakat dan cukai, orang miskin boleh terima.
Orang pandai boleh ajar orang, orang *kurang pandai* boleh belajar.
Orang tinggi ilmu agamanya boleh nikahkan orang, orang lain boleh dinikahkan.

Eh?

The point is, gua nak galakkan, bukan setakat orang Islam, tapi semua orang biar kita strive to be the best. Belajar banyak benda, buat banyak benda. Jangan jadi macam gua, duduk depan lappy je. Hmmm.

Esok dan 27 Rejab. Isra' Mikraj. Alhamdulillah. Cuma gua harap (gua la, kalau korang nak perasan pun boleh jugak) biar kita tak ambik peristiwa ni sebagai hari cuti umum 'Islam' dan sebagai hari untuk kita letak so-called Islamic posting on Facebook or Twitter or whatsoever. Dan keesokan harinya, kita post pulak benda mencarut, fitnah, lucah bagai. Ishishish....

Dan biarlah kita (especially gua) tak ambik kalender Hijri untuk tau bila puasa, bila raya, bila Maulid Nabi, bila Awal Muharram. Teringat tengok Islam KTP petang tadi.



Ok, gua terasa ni.....tapi tak cukup rasa lagi~


Extra:





p.s: still looking for heart-stopper cocktail recipe~~

2 comments:

  1. Kenapew tak selembik ironman je? Or Seteruk ironman?

    ReplyDelete
  2. Ironman tak best dia punya weakness~~

    ReplyDelete