Nov 10, 2012

Hidup Korang Macam Novel (?)



Salamun 'alaik!!

Hehehe.....novel.....
Mesti pernah baca novel kan? Tak tahulah gua kalau korang tak baca novel sebab asyik dengan Facebook, Twitter mahupun MFace ataupun sibuk dengan al-Qur'an (terasa gua di situ....). Mungkin itu jugak petanda yang korang ni dah termasuk dalam kaum yang baca 2 buku aje setahun. Bahaya woi!

Gua tak tahulah novel apa yang korang selalu baca. Harry Potter ke, Twilight ke, Laksamana Sunan ke, Dear Yayah series ke...... Eh, bukan komik ke tu?

Tapi yang selalu gua perhatikan kat kedai buku, novel Melayu ni banyak sangat la putar-belit-sembelit pasal cerita CINTA. Sampai gua pun dah nak muak dah pandang tajuk novel yang sama setiap kali pergi bookstore. Tak salah ye, baca novel CINTA, tapi genre lain tu agak S.U.S.A.H nak cari. AGAK SUSAH.

Setakat ni, novel pertama yang main attention dia bukan pasal cinta pernah gua baca tu karya Ramlee Awang Mursyid. Korang dah baca? Boleh tahan kan? Belum baca? Boleh je cuba-try-test. Tambah pulak dengan tulisan top-mengetop Hlovate. Even the stories play among love subject, dia tak jadikan LOVE tu sebagai taju utama la yang gua rasa. Dan sekarang, gua dah tangkap cintan dengan publisher Fixi.




Sungguh nak mengorek poket gua jadi lagi berlubang dengan "Novel Sepatah" diorang.


Hmmmm.....
Baca novel tu satu hal. Nak jadikan hidup tu macam novel yang dibaca, satu hal lagi. Ada ke patut??

Gua tak kisah la kalau hidup korang tu penuh episod kena kahwin paksa, drama perempuan baik dituduh menjalang laki lain, cerita playbuaya dapat bini solehah. That's your life, and I can't stop it.

Tapi, perlu laaaaaa kalau korang nak canang satu dunia pasal cerita korang tu. Siap nak babitkan orang lain pulak dalam drama-tak-seberapa korang tu. Cerita baik nak dikongsi nak disebar tak apa. Ini cerita yang boleh tambah saham DOSA je. Baik simpan dalam diari la, buat pekasam, lepas tu hantar kat publisher novel. Dengan syarat tukar nama watak la ye? Hehehe....

Ada pulak kes yang nak sangat hidup dia jadi macam dalam novel yang dia baca. Macam gua taip tadi, berharap yang baik tu tak apa la. Tapi dok berharap sangat sampai jadikan novel tu macam kitab ramalan pulak. Allahurabbi~~

Tak perlu la sampai cenggitu. Kalau ada masalah, cuba la settlekan. Nak kongsi masalah dengan orang lain pun tak apa. Tak dapat selesai, boleh je rasa ringan sikit. Tak payahlah sampai nak berdrama....hahaha!!


*gua dah sangkut dengan Rusydee Artz*


Apa-apa pun, live your life to live in the Afterlife. That's all~~

Jap, agak-agak korang gua boleh jadi gambar abang macho mana ni? =.=''




p.s: wifi INTEC sangat berguna sekarang....
p.s.s: hujung tahun ni in sha Allah, full dengan dating....hehehe

5 comments:

  1. nk baca novel sepatah tu! tp x beli lg.hoho.
    anda yg pakai spec tu la.haha

    ReplyDelete
  2. akk ckp hang yg pakai spec tu sbb dia pakai spec.bkn personaliti dia.
    hang bleh jd yg 1st pic tu,insyaAllah :)

    ReplyDelete
  3. nak baca novel sepatah tu, pi la beli sendiri....haila~~

    In sha Allah....sbb pakai spec je kan? Xnak r jd cam tu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari tu nk beli tp duit x cukup.hoho

      insyaAllah :)

      Delete
    2. xcukup duit, gi la cukupkan sana~~ish3.....

      Delete