Oct 28, 2009

Sekadar Berkata..

"Perjalanan beribu batu bermula
dengan langkah pertama.."
.......
"Hidup seperti roda,sekejap di atas,sekejap di bawah,
tapi jika kita berhenti hidup sebelum masanya,
kita akan sentiasa berada di bawah"
.......
"Sesiapa yang suka diluaskan rezekinya dan dipanjangkan
umurnya,maka hendaklah dia menghulurkan dan mengeratkan
tali silaturahim.."
.......
"Belajarlah sesuatu yang baru setiap hari.
Bukalah minda sepanjang masa."
.......
"Manusia yang berakal ialah manusia yang
suka menerima dan meminta nasihat."
.......
"Daya usaha adalah kunci untuk insan mencari kemajuan
dan kekayaan,dengan syarat ada keinginan dan tujuan
yang tidak dapat ditawar-tawar lagi."
.......
"Insan yang kuat bukanlah orang yang memenangi
sesuatu perlawanan,insan yang kuat adalah orang yang
dapat menahan nafsu dan amarahnya."
.......
"Tiada sempurna iman seseorang kamu sebelum dia
mencintai saudaranya,sebagaimana dia mencintai
dirinya sendiri."
.......
"Milikilah jiwa yang tabah,sabar dengan
menggunakan akal yang sihat."
.......
"Nabi s.a.w bersabda:Barangsiapa yang menempuh jalan
untuk mencari ilmu,maka Allah akan mempermudahkan
baginya jalan ke syurga."
.......
"Carilah seribu sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat
belum banyak.Jauhilah seorang musuh kerana musuh
yang seorang itu sudah lebih daripada banyak."
.......
"Didiklah anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang
kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan
zaman engkau."

No comments:

Post a Comment