Oct 7, 2014

Culture-Sick (~)

Assalamu'alaikum!




Akhirnya, gua dapat jugak merasa homesick sehomesick-homesicknya kali ni. Lepas berjauh pergi ke Kuantan dan Shah Alam, tercampak jugak gua ke tempat yang feymes dengan ungkapan 'Ulu Kelang'.

Gua bukan nak cakap yang gua tak expect untuk sambung ke sini, tapi kadang-kadang terperangkap jugak dengan permainan 'What If' anjuran syaitan. Astaghfirullahal 'azim.

Terpikir, macam mana kalau dulu gua tak keluar dari UIA. Yang memang gua rasa sangat best untuk jadi suasana belajar. Bagi gua lah. Sebab persekitaran Islamik tu di sekitar.

Terpikir, macam mana kalau dulu gua sambung pergi UiTM. Yang memang gua rasa masih tak hilang rasa Malaysianya tu. Masih senang nak cari kuliah-kuliah lepas maghrib dekat surau-masjid.

Terpikir, macam mana kalau gua tak sambung belajar. Terus belajar bisnes (berangan), takpun kerja dengan sapa-sapa. Sebab terasa dah hilang minat nak belajar.

Tapi ada terpikir yang hilang minat selama sebulan sedangkan minat tu gua dah siram selama 12 tahun, takkan nak buang gitu aje. Semacam permainan 'Terpikir' tu la.




Di sinilah gua dengan 'paksa-rela' kena duduk selama 3 tahun (in sha Allah). Bangunan trademark Portsmouth, satu-satunya bandar UK yang terapung di atas pulau. Gua tau pun sebab assignment.





Piri-piri. Makan luar kali kedua gua dekat sini. Owner dia Muslim, bagus jugak kalau tetiba gua terasa nak sedekah duit dekat dia hujung-hujung minggu ke apa. Tapi, sekarang ni tak la. Jadi pengais makanan sikit.




Yang hensem ni nama dia Bro Fauzi. Presiden Malaysian Society dekat sini dan yang tolong gua dan seangkatan dengannya untuk target markas kitorang dengan selesanya (walau mahal).





Commercial Road. Tempat kalau nak shopping, sinilah dia.....kut? Sangat bersyukur la gua tempat ni lebih kurang 5 minit je jalan kaki. Kalau nak pergi TESCO lah. Nak berjalan ke ASDA, lagi berbaloi nak teksi kut. Yang bawah tu pulak, kedai aiskrim. Gelato pekebenda ntah nama dia. Gua makan sebulan sekali je kut. Sama jugak, owner dia Muslim.




Walaupun kepala hotak gua dah tengah penuh dengan assignment, plan bagai, gua gagahkan jugak melangkah ke rumah Kak Bella....betul ke nama? Gua bukan senang nak ingat nama perempuan ni bagai. Tengok jam kat atas tu? Pukul 10 malam sudaaa.....ingatkan balik bilik nak buat kerja, alih-alih tengok Youtube terus tidur. Haila~




Yes! Masuk-masuk minggu lepas terus kena pergi site. Dah ada projek pulak. Minggu ni dah kena critt. Nasib gua baik minggu ni je kut sebab PakCik Menteth faham gua lambat masuk seminggu.




Dan, tempat makan favourite gua setakat ni. ULTIMATE TASTE. Muslim, Alhamdulillah. Dia punya Day Meal Deal memang best, £3.50 untuk burger, kentang goreng dengan air tin. Kalau malam, mahal sikit la, ye tak? Tapi, bak kata gua tadi, setakat ni jadi pengais makanan.


Gua dah takde benda dah nak tulis. Sebab tak tau nak tulis benda apa yang bagus. Kan,


مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْراً أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ رَوَاهُ البُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ


Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
(Maksud Hadis)



p.s: no UK hanya call dan message, harap maklum...