Apr 13, 2015

I Love You (?)



Kau tahu cinta? Siapa sebenarnya yang tahu cinta?
Tapi, aku terasa yang aku dah jatuh cinta.

Walau cinta bukan hanya yang manis-manis saja. Pahit, masam, masin, tawar. Semua yang merencah dan memual perut dan lidah. Sedangkan, seringkali kita terasa yang cinta itu manis.

Tak sedar, terlalu banyak benda punya sisi gelapnya.
Ataupun, sisi tersembunyi.....



Dan sekarang, aku jatuh cinta dengan cerita. DAISUKI: The Untold Story 2015, menceritakan seerah nabi yang aku rasa memang dah tepu dan muak disuap-suap saban Maulid Nabi, dari perspektif baru. Semacam dibedah mata dan diganti dengan bebola baru.

Modul-modul dan perkongsian ilmiah mungkin tak berapa sesuai dikongsi dengan tulisan yang ringan sebegini, jadi aku cuma kongsi beberapa detik ilmu dan sahabat bersama.


Definisikan pertukaran spring & summer.



"Dunia tak pernah menjemput pengubahnya dengan permaidani merah"




Ahli-ahli parlimen hutan baru mula duduk untuk berbincang.



Hangat badan kerana api, hangat jiwa kerana Nabi






Cepat sikit tukar cincin tunang tu, kawan.




Geng "Syurga di Bawah Telapak Kaki Ibu"





Sekarang, aku terasa selalu terasa dunia sekeliling dengan tangan baru. Malah, bila tengok filem baru pun, aku cuba 'selak' di sebalik layar. Mungkin, sebab Ustaz Ridhauddin memberikan contoh seerah politik dan peperangan Nabi dengan filem Red Cliff.





Dan akhirnya, aku merasakan untuk teruskan tradisi 'berjalan lepas berjalan'.
Ilmu, kemudian pengalaman~~

2 comments:

  1. Mujjib, kalau ade mase free share la pengisian ust mase daisuki. Aku tahu mase dah plan jalan2 tmpt lain. Thanks !

    ReplyDelete