Dec 20, 2012

Serigala Jahat Besar (!)



Salamun 'alaik!

Kenapa? Tak percaya gambar di atas?
Dah betul la tu kalau korang dah pergi Pesta Serigala Jahat Besar a.k.a Big Bad Wolf a.k.a BBW. Bukan setakat jual buku, tapi jual buku dengan harga yang sangatlah pemurah. Gua pun tak sure macam mana boleh jual buku semurah tu. Dah terdesak ke diorang ni? Eh?

Takkanlah......kut? Walaupun agak terkinja-kinja tengok buku banyak tu sampai nak borong naik kereta, tapi masih tidak memuaskan hati.

Kenapa?

Sebab yang banyak pun buku English-languaged (betul ke ayat ni?), takpun mixed Russia dan French. Yang berbahasa Melayu cuma dua meja besar je (?!) Berbanding dah nak dekat lebih 100 meja jugak la dekat situ.

Dan lagi sedih bila buku-buku kat situ banyak yang jadi santapan otak untuk dunia saja. Santapan rohaninya tersanagtlah kurang kalau tak ada pun. Bible? Ya, memang banyak. Bahagian 'Faith & Religion' pun banyak cerita pasal falsafah berbanding agama.

Jadi sangat berkuranglah buku yang gua dapat borong kali ni. Cuma 4 buku saja dengan harga RM33.00. Okay la tu kan?

T__T

Happily Never After. Imaginasi seorang budak lelaki yang ditafsir dalam bentuk komik sebagai lelaki dewasa. Fairy tales dari Barat yang diolah semula cerita ending-nya. Spoiler: Rapunzel tercabut kepala.





Macam biasalah, gua cuba mengoleksikan buku-buku pakcik Kiyosaki. Kalau harga asal dia boleh cecah lebih RM40.00, hari ni gua beli dengan harga RM8.00 je. Get ready, otak!






Penulis dia cakap, buku ni bukan ensiklopedia hantu-hantu di sekeliling Nusantara. Tapi boleh jugak dibuat hujah sebab banyak bongkar rahsia. Rahsia yang orang Melayu banyak kaitkan kemalangan dengan hantu. Fakta: Hantu Kopek tu bini Hantu Kangkang. Eh?



Top 10 Of Everything. Well, that explains everything. Serius, gambar dia best.....hehehe





Haaa.....buku ni bukan gua beli kat BBW. Ainsha dengan paksarela nya memulangkan buku gua ni. Alhamdulillah, condition dia excellent. Dah tu gua nak bagi hadiah dari Sabah pun tak hendak. Padahal permintaan tu. Taknak sudah, baik gua jual balik.

Ada sesapa nak?





p.s: buku Architecture & Design xnak beli.....berat~~
p.s.s: best buat prank konon gua dah berpunya.....berapa ramai dah kantoi~~

16 comments:

  1. Prank nak putus friendship, camtu? pasal tak straight forwad cakap je "Aku dah tak nak kawan ko", tak perlu ah bodoh je main sampai bab kahwin. Tak kelakar langsung! Bab begurau ada batas dan ko dah melampau. Terima Kasih!

    ReplyDelete
  2. alerr....sejak bilo lak sampai nak putus friendship oi~ Macam ko xkenal aq je kan? Haila~ Minta maaf sangatla kalo terasa....

    Anyway, nak x keychain tu? Hahaha!!!

    ReplyDelete
  3. Taip senang ah! Sekarang dah pandai menipu kan, memang aku tak kenal dah. Gelak ah. Gelak. Seronok buat sembap mata orang. Tak guna punye olang woi. Bagi sunan balik!

    ReplyDelete
  4. Laaa....nangis eh? Hehehe~~apa la sangat, tak berbaloi ko menangis sebab aq~

    Dan apa kaitan sunan tu pulak?! Buku aq la woi. Tu la, aq nk bagi keychain ndak mahu~

    ReplyDelete
  5. Lah, perasan! gua nangis sebab diperbodohkan untuk pulang sunan tu. Eee, bukan tak mau keychain, dah kata nak KAHWIN sangat, bakpe aku bodo pi simpan. Nahas ko nanti!

    ReplyDelete
  6. Ahahaha!! Rugi....kalo nak, mai datang rumah.~~

    ReplyDelete
  7. Balik-balik aku gi sana. Eh, ko mai sini. Nak beri bior ikhlas. Ada jugak hamba Allah patah tangan ni.

    ReplyDelete
  8. Hahaha!! Sape suruh balik awal. Esok aq nak gerak KLCC, mau ikut? Double date jom? Kihkihkih~~

    ReplyDelete
  9. kwanghajo, jemput kat pekeliling ah.

    ReplyDelete
  10. Ngarut, tak de maknanya. Gua dah nak stat keje. Keychain tu simpan dulu ah.

    ReplyDelete
  11. Hehehe....simpan lama2 nanti dikebas orang~

    ReplyDelete
  12. Hahaha!! Buang2 xmain la, baik jual ke....bg hadiah orang lain ke~

    ReplyDelete