Dec 29, 2012

Tiba-tiba (!)


Klik untuk tumbesaran

SutGergajiRantai (~)



Minta maaf. Cuti banyak digunakan dengan baca benda alah ni.

Plus XHTML
Plus CSS
Plus keyboard learning
Plus story-writing
Plus comics
Plus economic learning
Plus ..........?

Whatever. Gua tak banyak benda nak dibuat. Mesti korang dah ada syarikat sendiri kan? Gua cuma kuli....hehehe~~

Dec 20, 2012

Serigala Jahat Besar (!)



Salamun 'alaik!

Kenapa? Tak percaya gambar di atas?
Dah betul la tu kalau korang dah pergi Pesta Serigala Jahat Besar a.k.a Big Bad Wolf a.k.a BBW. Bukan setakat jual buku, tapi jual buku dengan harga yang sangatlah pemurah. Gua pun tak sure macam mana boleh jual buku semurah tu. Dah terdesak ke diorang ni? Eh?

Takkanlah......kut? Walaupun agak terkinja-kinja tengok buku banyak tu sampai nak borong naik kereta, tapi masih tidak memuaskan hati.

Kenapa?

Sebab yang banyak pun buku English-languaged (betul ke ayat ni?), takpun mixed Russia dan French. Yang berbahasa Melayu cuma dua meja besar je (?!) Berbanding dah nak dekat lebih 100 meja jugak la dekat situ.

Dan lagi sedih bila buku-buku kat situ banyak yang jadi santapan otak untuk dunia saja. Santapan rohaninya tersanagtlah kurang kalau tak ada pun. Bible? Ya, memang banyak. Bahagian 'Faith & Religion' pun banyak cerita pasal falsafah berbanding agama.

Jadi sangat berkuranglah buku yang gua dapat borong kali ni. Cuma 4 buku saja dengan harga RM33.00. Okay la tu kan?

T__T

Happily Never After. Imaginasi seorang budak lelaki yang ditafsir dalam bentuk komik sebagai lelaki dewasa. Fairy tales dari Barat yang diolah semula cerita ending-nya. Spoiler: Rapunzel tercabut kepala.





Macam biasalah, gua cuba mengoleksikan buku-buku pakcik Kiyosaki. Kalau harga asal dia boleh cecah lebih RM40.00, hari ni gua beli dengan harga RM8.00 je. Get ready, otak!






Penulis dia cakap, buku ni bukan ensiklopedia hantu-hantu di sekeliling Nusantara. Tapi boleh jugak dibuat hujah sebab banyak bongkar rahsia. Rahsia yang orang Melayu banyak kaitkan kemalangan dengan hantu. Fakta: Hantu Kopek tu bini Hantu Kangkang. Eh?



Top 10 Of Everything. Well, that explains everything. Serius, gambar dia best.....hehehe





Haaa.....buku ni bukan gua beli kat BBW. Ainsha dengan paksarela nya memulangkan buku gua ni. Alhamdulillah, condition dia excellent. Dah tu gua nak bagi hadiah dari Sabah pun tak hendak. Padahal permintaan tu. Taknak sudah, baik gua jual balik.

Ada sesapa nak?





p.s: buku Architecture & Design xnak beli.....berat~~
p.s.s: best buat prank konon gua dah berpunya.....berapa ramai dah kantoi~~