Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Aug 12, 2018

AngkutTek (Tech Haul) 2018 (~)

Assalamu'alaikum!

2018.

Untuk seseorang yang tak ambil endah sangat pasal barang-barang teknologi ni, aku dengan terkejutnya baru je habiskan RM400+ untuk barang-barang teknologi bagai ni. RM400+ tu bukannya sikit kalau kau, seorang student masih belum berkerjaya (mudah-mudahan cepat). Sampaikan, entah berapa kali aku ulang-alik, masuk-keluar LowYat Plaza tu.

Buat perabis duit beli tiket MRT.

Lastly, beli setakat pen stylus, USB drive dengan mouse baru. Alhamdulillah, sebab mouse sekarang ni memang dah nak rosak dah pun. Kalau nak sentuh mouse tu buat kerja dalam SketchUp takpun AutoCAD memang buat sakit hati je.

1. Armaggeddon NRO-5 Starship III

sumber: Google

Mouse yang paling best setakat yang aku guna selama ni. Dengan 9 butang makro, weight management, RGB lighting (macam aku kisah), Terasa antara benda yang paling bebrbaloi aku beli dalam list barang ni. ANTARA.


2. Stylus Pen Murah

sumber: Google

Stylus pen murah. Setakat nak cuba-cuba je. Ok, walaupun screen protector dah retak sikit.


3. SanDisk USB Drive

sumber: Google

USB yang memang aku nak beli dari dulu: USB-microUSB pendrive. Senang sikit nak transfer data dari telefon masuk dalam laptop. Masalahnya, kecik sangat. Senang hilang.


Balik rumah, dengan malangnya aku dah terjebak dengan dunia online shopping.

Lazada.

Haila.....dan berhabis lagi la lagi duit dalam bank tu. Takpe, apa guna duit kalau tak dibelanjakan, ye tak? Tapi lagi bagus la belanja duit dunia untuk akhirat. Qurban, anyone?


4. Armaggeddon Nuke 9 Headset

sumber: Google

Dari dekat LowYat lagi memang aku dah main mata dengan benda alah ni. Tapi disebabkan tak ada keperluan  yang menderu, maka aku pun berlalu.

Last-last, beli jugak dekat Lazada. Terbeli v2018 pulak tu. Dia ada in-line volume controller , makanya kabel tu terasa berat. v2017 punya volume controller dekat earcup belah kiri. Simple. Subtle. Harap-harap diorang bagi tukar.


5. Nintendo Switch
sumber: Google


NOPE!

5. iPEGA PG-9087

sumber: Google

Banyak duit kau nak beli Switch! Kurang-kurang, dengan iPEGA ni boleh la aku main emulator game dengan tenangnya. The best thing I've bought in this list!

Oh, dan aku mula main game emulator~~

Jul 7, 2018

Satu Idea Pendek: Akame Ga Kill! (~)



Akame Ga Kill!

Kalau kau campurkan hitam dengan putih, benar dengan batil, maka terhasillah cerita ni.

Dua pihak yang berbeza, dengan tugas yang sama. Malah, nak dikatakan penonton boleh kenal mana satu protagonis, mana satu antagonis hanyalah disebabkan 'budi pekerti' pengarah untuk memulakan cerita dengan berpihak kepada satu kelompok.

Dan hadirnya 'tangan ghaib' yang obvious gila jahatnya.
\
Prolog: Setahun kut~

Jan 29, 2017

Review: Desolasi (~)

Assalamualaikum, spoiler.



Kalaupun filem ni keluar tahun lepas (la sangat), dan aku dah tengok cerita ni sebanyak dua kali (agak malu sebab bukan di wayang), baru sekarang aku nak cerita.

Dari segi plot, mungkin agak pening dengan timeline cerita ni. Dari flashback, penceritaan semula dengan resolusi cerita yang mungkin agak teater dan tergesa-gesa?

Aku lebih teruja dengan konsep filem yang menggunakan keadaan medikal pesakit (Aiman) sebagai kenderaaan untuk menceritakan konsep iman dan redha dalam hidup, mungkin.




Dari segi visual, mungkin CGI filem ni Nampak agak merepek dan tak berapa polished. Lagi-lagi dalam babak Taman Kayangan (nama sendiri). Tapi, bagi aku ini mungkin salah satu cara untuk pengarah membezakan kepada penonton dengan jelas yang mana satu realiti, mana satu imaginasi.

Semacam minda yang tak berapa teliti dalam bayangkan sesuatu, macam tu jugak betapa tak ‘real’nya taman kayangan tu. Berbeza dengan filem Inception yang mana konsep utama adalah untuk kaburkan borderline antara mimpi dengan realiti.


Satu lagi filem yang berkualiti, bukan filem klise mahupun parodi kepada parodi.~~

Dec 31, 2016

Review: Moana (~)



Moana (2016): Satu filem Disney baharu yang mencetuskan kontroversi dalam kalangan masyarakat Melayu Islam di Malaysia dengan teori-teori Dajjal kita.

Eh?

Tak nak cakap pasal tu. Cerita tu dah pun dijawab. Aku menaip kat sini sebab nak cerita apa yang best pasal filem ni. Dan jangan risau, spoiler akan diletakkan sedikit yang mungkin. Mungkin.


Ini Maui. Bukan Mawi World.


Sebagai permulaan, aku agak teruja dengan cerita Disney yang kembali beralih dari dunia Eropah ke arah yang lebih menyeluruh. Lepas seberapa banyak cerita fairy tale yang selalu difilemkan secara dark, akhirnya kita dapat balik cerita Disney's Princess yang dapat balik sentuhan klasik cerita Disney sambil berjalan ke depan dengan teknik dan approach yang moden. Macam Frozen?

Dan aku kagum macam mana Dwayne 'The Rock' Johnson boleh bawak suara Maui (asalan nama pulau kedua terbesar dalam kepulauan Hawaii) dengan hebat. Siapa sangka dia boleh menyanyi dan tak hanya tahu memasak?

What The Rock is cooking wey?




Moana, watak utama (ofkos....) punya sifat-sifat tipikal puteri Disney alaf baru. Punya tanggungjawab besar, punya impian besar, agak keras kepala (ke bercita-cita?). Malahan sifat dia ni lebih menyerlahkan watak Maui.

Secara jujur, aku lebih merasakan Maui adalah watak utama dan Moana adalah penggeraknya sebagai pencerita dan penolak plot ke hadapan.

Dan cubalah tahan rasa meremang bulu roma waktu sing along masa klimaks.Perghh!~~


Dec 2, 2016

Bunuh Cikgu Anda (?)

Macam mana nak 'bunuh' cikgu korang?

Pisau?
Pistol?
Panah?
Racun?
Jatuh dari bangunan?
Langgar lari?
.
.
.
.
.
.
.

Tembak guna pistol getah?




Ansatsu Kyoushitsu

Antara anime paling best yang aku pernah tengok. Untuk siri yang bertahan selama 22 episod untuk 1 musim, sangat mencucuk kepala minda aku.

Dan kalau korang ingat cerita ni pasal macam mana satu kelas diarahkan untuk selamatkan dunia dengan bunuh seekor(?) alien, boleh beringat lagi kut.

Dan kalau korang adalah cikgu atau bakal cikgu dan korang tak berminat untuk teruskan untuk terus tengok cerita ni.......walaupun korang mengaku kipas-susah-mati anime/manga, sungguh tak paham aku.

Takpe-takpe, lagipun itu kan salah satu pandangan ideal korang macam mana nak mengajar dan diajar~~


Disclaimer: Ini BUKAN satu ajakan untuk bunuh cikgu anda. Sayangilah guru kita, mereka juga masih belajar.

Aug 22, 2016

Review: The Man Who Knew Infinity (~)



Assalamualaikum.

The Man Who Knew Infinity. Terpandang satu cerita dalam group di Facebook. Senang saja untuk aku terpikat dengan perkataan 'infinity' tersebut.

Walaupun tak ada la bercerita tentang teori yang berat semacam The Imitation Game mahupun The Big Bang (Exxxtra PG rated) tapi masih menceritakan tentang kisah hidup seorang S. Ramanujan.

Genuis secara tak sedar. Dengan latar masa cerita sekitar tahun 1914, yang menceritakan skeptikalnya rakyat British dengan orang India waktu sebegitu walaupun masih boleh menerima sekadar yang perlu.

Dan cerita ni bukan hanya menceritakan jalan hidup seorang genius yang nak membuktikan ke'genius'an beliau, malahan kerja-kerja akademia mereka tak buatkan aku excited girl-fanning.

Ada benda yang tak berapa kena dengan cerita ni. Bukan benda yang buruk.

It's just, something uneasy?

Jul 31, 2016

Sherlcok Holmes x Mr Robot (~)

Tak, tak. Ni bukan fan fiction dua cerita tu.




Aku baru je habis baca Amalgam comics (gambar). Cuma gabungan DC comics dengan Marvel comics. Tak terdaya kalau aku nak baca semua amalgamasi diorang.




Dan aku baru nak mulakan tontonan siri Mr. Robot. (gambar). Siri menceritakan seorang pekerja cyber security pada waktu siang dan menjadi hackers semulajadi pada waktu malam. Agak melawan fitrah pekerjaan siang dia sendiri.

Aku pernah menjadi seorang pseudo-geek dalam dunia hacking-menghacking. Pernah berangan-angan untuk menggunakan Linux OS, TOR.

Tapi, Mr Robot menceritakan profile tunnelling leakage (terma hentam keromo) sebagai cubaan menumpaskan penguasaan ekonomi yang lebih besar. Pencarian makumat melalui laman media sosial dan emel hanya step kedua dalam menggunakan informasi tersebut untuk menggunakan manusia-manusia tersebut kepada tangan-tangan yang lebih besar.

Eksploitasi maklumat semacam ni, aku dah perhatikan lama dalam siri Sherlock Holmes yang terbaru (bukan siri filem). Maklumat-maklumat yang dibogelkan oleh indidvidu tertentu tanpa sedar boleh menceritakan seluruh kisah hidup.

Terfikir jugak, ada ke manusia yang terlalu deep in dengan watak-watak fiksyen sebegini untuk dimasukkan dalam personaliti diorang?

May 8, 2016

Review: Dead Poets Society (~)



Peh, memang aku tak terjangka sebegini hebat filem ni dalam situasi sekarang. Mungkin sangat evergreen sehijau-hijaunya dalam generasi sekarang.

Ditambah pulak sebelum aku tonton cerita ni, aku tengah baca Weapon of Mass Instruction, hasil cadangan Ustaz Hasrizal.



Bagaimana seorang guru, kuasanya kecil tapi impaknya besar dalam kelas beliau. Murid-murid yang mula meneroka dunia sesuai dengan usia mereka. Dan pihak atasan (mungkin juga bawahan) yang menjadi boneka untuk membonekakan orang lain.

Aku faham. Mereka sudah terikat. Tetapi itulah hidup, meloloskan diri dari ikatan dunia untuk mengikat sendiri pendirian kita. (kata dulang paku serpih T_T)

Setting waktu yang terdahulu tak bermakna filem ini sudah tak relevan. Malahan, mungkin lebih sesuai pada zaman sekarang walaupun cabarannya lebih moden dan elaborate. Character development pula masih biasa-biasa, kerana tumpuan lebih ditumpukan pada kumpulan manusia secara menyeluruh.

Dan sungguh, kalau aku punya kuasa dalam mencadangkan aktiviti perfileman dalam institusi pendidikan, filem ini merupakan filem WAJIB! (huruf besar dengan tanda seru!) untuk tontonan para guru serta orang atasan, murid-murid, dan ibu bapa.

Masih menunggu masa kembali ke rumah untuk ini.~

Dec 19, 2015

Review: Sotong (?)



Apa agaknya perasaan kita kalau murid-murid sekolah diajar oleh seekor sotong?

Makhluk asing?
Hampir tak terkalah (invincible)?
Baru musnahkan......

Aku cuma tengok versi live action waktu dalam flight hari tu. Anime tak tengok. Manga apatah lagi.

Konsep, memang boleh tarik ibu jari naik ke atas. Cuma, plot live action agak mudah untuk diagak jalan ceritanya. Semacam Ultraman?

Apa-apa pun, NAH. Boleh tengok.

Oct 10, 2015

Early Edition Versi Realiti (~)





What would you do if you have 24 hours to change the future, EVERYDAY? Watch here.


***********


Salamun 'alaik!

Untuk beberapa sebab yang terlalu banyak, aku nampak dua perkara di atas punya banyak persamaan. Walaupun satunya adalah realiti, yang lagi satu adalah fiksyen.

Dan mungkin fiksyen yang lebih dekat dengan realiti~~

Oct 3, 2015

Review: Alangkah Lucunya (Negeri Ini)~



Dapatan lepas berjalan-jalan di Bandung.
Tambahan teringat bacaan Novelog: Jom Drop? oleh Nazirul Haziq.

Ternyata buat aku kuat tertanya, apa sebenarnya realiti masyarakat kita?
Dan ternyata, walau mungkin nampak sedikit artifisial (aku tak pernah jejak dunia ni......sue me), filem ni buatkan aku terpikir.

Mana dia masyarakat yang sayangkan manusia?
Mana dia ahli pemikir yang kuat berkata?
Mana dia pelajar/aktivis yang kuat bicara?
Mana dia seorang muslim?
Yang sepatutnya menyayangi saudaranya seperti menyayangi dirinya sendiri.

Jangan sentap. Tu semua untuk aku.




Yang dinyatakan dalam filem ni, seorang aktivis mungkin tak nampak jalan kerjanya sebagai suatu yang 'bersih'. Dipaparkan dengan watak-watak 'Islamis' (mungkin kerana faktor budaya) yang menganggap haram itu mutlak tanpa usaha untuk mengubah. Manakala, watak so-called Islam Liberal itulah yang usaha kuat tanpa pikirkan nasib sendiri. Mereka buyfish

Tak paham takpe.

Bukan niat aku nak naikkan konsep Islam Liberal (tak tahu perlu ada ke definisi macam tu). Dan bukan jugak nak rendah-rendahkan peribadi seorang muslim. I know nothing.

Cuma mungkin kita kena revise apa yang patut kita buat.


أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلا تَعْقِلُونَ

"Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, Padahal kamu membaca Al kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu berpikir?" (QS. Al-Baqarah: 44)

Sep 28, 2015

Review: Nota (~)



NOTA (2015), aku berminat nak tengok filem ni lepas tengok review dalam satu blog filem, ORANG PERLIS MENULIS

Satu filem psikologikal thriller hasil tangan dari seorang Jepang, yang bagi aku, suspense build up yang menjolok-jolok dada samada tenang dengan jalan cerita ataupun melompat tinggi.

Kalau tak dibaca sinopsis, memang akan terasa cuaknya jugak. Manakan tak, siapa watak neutral, siapa yang jahat, siapa mangsa pun asyik tertukar-tukar.

Lagi satu, sinematografi yang memang aku suka. Nampak sangat bukan style filem sebahagian besar Malaysia sekarang (sebahagian ya....), dan entah, memang nampak teknik 'ketimuran'.

Jangan risau, ni bukan review amatur. Apatah lagi profesional.~~

Apr 2, 2015

Bawang Dari Langit (~)

Nak tahu, dunia ni macam bawang.

Ala, bawang yang kalau kita potong-potong tu boleh bikin nangis macam tengok drama Melayu. Pasal jalan cerita hampeh.

Sori-sori. Eh, maaf.

Hari ni, aku (ya, bukan gua dah) nak bagitau yang aku dah tengok Terbaik Dari Langit!



Setelah berbulan-bulan aku menunggu (disebabkan di UK), akhirnya aku dah dapat jalan macam mana nak tengok atau download cerita Melayu. Takpun Cina. Pasal cerita Tamil senang cari.

Cuma The Journey masih tak mendapat.

Apa-apapun, TDL memang dapat capai hebahan tajuk diorang woo. Memang terbaik! Aku tengok pun boleh tergamam, dan filem ni termasuk antara filem yang aku tak boleh tengok dekat wayang.

Pasal orang lain boleh marah aku banyak ulas. Spoiler.

Dan apa yang aku boleh ulaskan, cerita ni macam bawang. Yang korang kena kupas, potong, menangis, goreng dengan tepung dan makan sambil tidur. Pasal filem di merupakan filem dalam filem.........dalam filem?

Apa-apapun, aku yang belum tengok Requiem For A Dream meng-agak cerita tu macam TDL ni kut....?

Nah, hadiah bawang~~


Nov 15, 2014

Wahai Lucy (~)

Salam 'alaik!!

Yes, akhirnya gua berjaya menonton Cerita LUCY!!




Gua memang tak paham kenapa semua orang nak komplen pasal dia punya ending. Well, not maybe everyone. But, lots of people told me that the ending is quite bad for the entire movie going on and on about.........true power?

Gua tak berapa nak setuju pasal konsep true power yang mungkin, bagi anggapan, gua yang ramai orang pikirkan. Kamonlah, mana tak true powernya kalau korang boleh kontrol masa dan ruang? Boleh kawal pemikiran seseorang? Boleh ubah setiap molekul dan jirim sesuka hati?

Konsep dia, memang gua boleh garap. Gua boleh capture (agaknya) apa yang pengarah atau penulis skrip dia nak buat. Mungkin jugak tak. Maklumlah, kalau nak ikut kata filem ni, minda seseorang tu hanya satu warisan DNA yang warisan turun temurun. Korang boleh refer konsep ni dalam game Assassin's Creed Series.

Yang gua rasa tak boleh nak kontrol macho adalah bila konsep so-called "true knowledge and power" tu diorang nak masukkan dalam badan seorang manusia. Dari situ, gua dah boleh agak yang badan manusia tu tak boleh nak kaut semua power dan kena main passing baton ke tempat lain.

Tu kut yang ramai orang tak puas hati. Tapi hati gua, puas. Mungkin 87% puas. Hehehe.

Dari segi filem, gua rasa memang cerita nak tak boleh nak dipanjangkan lagi sebagai sebuah filem. Mungkin sebuah siri? Tak tahu. Bagi gua, 1 jam 22 minit agak tak puas hati. Memandangkan yang gua faham apa yang nak disampaikan.
Thanks to DC Comics.

Dan.........CGI waktu MakCik Lucy ni rentas masa dan ruang SANGAT kelihatan. Walaupun, lebih daripada tahap Grandmaster kalau nak dibandingkan dengan CGI Mantera dulu. HAHAHA!!

Akhirnya, gua boleh simpulkan yang filem ni macam satu spin-off daripada filem Limitless dulu~~


*UK.....1.83 GB in mere minutes....

Aug 26, 2014

Review: God's Not Dead (~)



Salamun 'alaik!!

Yes! Harini, gua nak bagi review film. Yup, filem di atas yang bertajuk God's Not Dead.

Yela-yela, gua tau kalau tajuk pasal keTUHANAN, agama, akidah ni kena berhati-hati. Tapi pasal tu la gua memang gian nak tengok cerita ni. Spoiler alert, nak baca ni memang kena bukak skru-skru kepala korang dan jangan jadi rigid sangat sampai jadi ignorance. Dan spoiler alert, gua memang bagi spoiler cerita ni.

Mula-mula, gua nak cakap yang cerita ni memang tak nampak sangat watak utama, walaupun nampak hero dia adalah seorang budak kolej, Josh Wheaton dan villian dia adalah Professor Radisson. Padahal, konsep penceritaan watak dia semacam cerita S.E.P.I yang mana wataknya saling berkait tapi tak bertaut.

-Err??

Maksudnya, watak dalam ni berkait antara satu sama lain, cuma bukan secara langsung la. A berkait dengan B, B pulak bergaduh dengan D yang tolong C untuk bagi sokongan pada si A. Faham? 

-Ooo....

Apa-apa pun, fokus utama filem ni memang berkaitan philosophy, debat terhebat sepanjang zaman.
Agama VS Falsafah
Atheis VS Theis

Dan debat ni dipaparkan melalui cabaran yang Prof Radisson bagi kepada Josh pada kelas pertama Philosophy 150 yang mana Josh tak bersetuju bila Prof arahkan satu kelas tulis di atas kertas, 'God Is Dead'. Lepas tu, nampak la pulak betapa strugglenya si Josh ni dalam kumpul maklumat nak buktikan bahawa TUHAN tak mati.

Well, the debate will be over as the climax of the story while the rest of the story consist of other kind of people in term of faith.
Extreme believer.
Extreme non-believer.

Tapi, akan terbongkar jua bahawa filem ni jugak adalah salah satu daripada usaha dakyah Kristianisasi. Pengakhiran cerita, akan nampak yang semua watak dalam cerita ni subdue to Jesus while those who not akan nampak sedikit kegelisahan di wajah.

Bagi gua, kalau nak dapat full benefit daripada filem ni, gua memang kena bukak habis la kepala otak.
Tapi bukan sampai buang semua skru dekat kepala, cuma kasi longgar sikit biar iman sekelumit ni dapat tapis semua cerita.

Sebab cerita ni lebih kepada Christianity VS Atheism, bukannya Theism VS Athiesm. Jadi, penghakiman ke atas athies mungkin berjaya, tapi sokongan terhadap Kristian tu gua dapat tapis, alhamdulillah.

Dan gua jugak cuak bilamana Prof tu sendiri hadapi konflik personal dengan awek dia yang beragama Kristian. Dah tu, nak berdebat pulak dengan si Josh kat dalam kuliah.

Anyway, doakan gua dan sahabat-sahabat dapat lepas jadi 'burung' sementara dalam penerbangan ke UK nun di sana nanti. Dan filem ni pun bagi gua goosebumps kalau gua kena layan professor macam ni nanti dekat sana.~~

Oh, dan gua doakan Barakallahulakuma wa baraka alaikuma kepada kawan gua Iffah dan suaminya, Afiq atas pernikahan korang berdua pada 23 Ogos lepas. Ingat, bernikah sampai ke syurga!


p.s: architect+designer tak bertauliah.....

Jul 10, 2014

Orkestra Cinta Dari Malaysia (~)

Salamun 'alaik!

Daa....gua dah lama tak menaip. Tetiba hilang kejap minat tu. Lantas, gua penuhi kelompongan dengan benda lain.

Menjahit.

Ceh! Menjahit tahap Kemahiran Hidup Tingkatan 3 boleh laa.

Dah. Hari ni, gua sebenarnya nak bagi recommendation untuk list buku seterusnya. SIMFONI CINTA karya Hilal Asyraf. Kumpulan cerpen karya beliau yang menyentuh tentang cinta dengan tagline femes beliau: "Cinta yang sebenar adalah yang ingin membawa ke Syurga-Nya" (ni versi diskaun).



Cinta dalam buku ni semacam tajuk yang terpampang kat depan tu. Sebuah simfoni. Seakan orkestra. Yang mana tiap satu macam jigsaw puzzle kepada yang lain.

Cinta Rasul.
Cinta saudara.
Cinta pasangan.
Cinta keluarga.
Cinta negara.

Tapi, kalau takdak conductor, orkestra karya Beethoven pun jadi caca-merba. Celaru. Macam Jalan TAR sebulan sebelum raya. =.=''
Dan tanpa cinta kepada TUHAN, maka celaru jugak cinta-cinta yang lain sedemikian.

Tapi, gua tertarik bila mula-mula baca. First story, ambilan dari novel Hero. Memang stylo-ish habisan! Kasi semangat sikit. Lepas tu, belakang sikit ada versi Superman. Superhero sekuat Superman, selaju Flash (yelah...), dan sebijak Batman(?). Menunjukkan bahawa even superhero needs help.

Dan dua, tiga hari lepas gua habis baca buku ni, wall Facebook gua pulak kena bom. Dengan berita hentaman dan berbalas tembakan antara Mujahidin di Gaza dengan pihak tentera rejim zionis Israel.







Nak update terkini, boleh pergi page Facebook AMAN PALESTIN & Mini-Pavilion FPWL
Kalau nak tau dari sudut pandangan Israel, boleh pergi page Facebook ISRAEL DEFENSE FORCE.

Untuk sumbangan ke AMAN PALESTIN:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat: 12070005133717 
RHB Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922

Yang gua tak tahannya tu, boleh pulak penduduk Israel kata depa tengah ketakutan, semacam dibuli Hamas sedangkan boleh lagi bertaip berjela-jela dekat Facebook dan adakan wedding yang seagak grand di taman.

Terasa dengan isu ni kalau nak kait-kait dengan buku SIMFONI CINTA bab versi Superman. Dimana dia cuba menolong Mujahidin untuk menang dalam satu malam, tapi langsung dihalau pulang ke Malaysia.

"Peperangan kali ini, bukan kami rancang untuk memenangi sepenuhnya."

Semacam diorang yang menolong umat Islam lain supaya bangun disimbah air dari tidur duniawi semata~~


p.s: Kuantan.....hehehe

Jun 24, 2014

Review: The Man From Earth



Salamun 'alaik!

Akhirnya, hari ni gua dah boleh mula menaip. Sudah terlepas bebas dari pelabuhan INTEC, sambil menunggu pelepasan imigresen daripada JPA samada ke Manchester ataupun Edinburgh. In sha Allah. Itu cerita lain.

Kali ni gua nak bagitau pasal satu filem.
The Man from Earth (TMFE)

Antara filem yang boleh masuk dalam bestlist filem gua. TMFE adalah satu filem konseptual yang takkan korang semua dapat tengok aksi-aksi tembak-letup-kebabom ala-ala Michael Bay.

Satu filem yang boleh gua katakan, semacam satu theoritical game. Pencabaran seorang lelaki terhadap rakan-rakan beliau yang memang semuanya pakar doktor dalam pelbagai untuk terima satu teori yang tak masuk dek akal.

Malahan filem ni ada sentuh sensitiviti agama Kristian, yang boleh gua katakan, mungkin klimaks cerita ni. Dan ending dia sangat......BAMM! Tersentak jantung.

Oh, cerita ni berlaku dalam sebuah rumah. Sahaja. Kreativiti dan imaginasi SANGAT membantu.




Trailer:


Apr 12, 2014

Monolog Dalaman Dan Review (?)

Pagi yang hening. Burung-burung berkicau. Langit yang hitam mula jadi kebiruan.
Kriiiinng!!!
Tersentap aku dari tidur. Terduduk. Usap-usap sikit muka. Rilek dulu. Pukul berapa dah ni?
7.10?!
Rilek kepala kucing! Subuh tak lagi ni! Dah la pagi ni kelas Mr Shrithar. Bangun, bangun, bangun!!



*5 minit*

Fuh! Bahana tengok game malam tadi la ni. Sejak bila la kau minat bola ni?
Dah, jom  mandi. Kureng, mandi kerbau pun takpa. Asalkan mandi. Hilang minyak, hilang bau, hilang peluh. Jom cold shower! Siapa suruh tak beli sabun.
Aku paling suka stail cold shower/Finnish Shower ni, boleh kasi control itu nafsu sikit-sikit. Lagi-lagi bila nafsu nak mengaum tengah-tengah malam. Memang aku kasi siram air beku terus la!
Lap-lap badan, jangan kasi berkurap. Kebersihan sebahagian daripada iman. Hehehe…
Makan, makan. Apa ada dalam peti ni? Roti aje? Hmm….alhamdulillah. Ada jugak, daripada tak ada langsung. Balik petang satgi kena rembat tuna ke, jem ke, dekat Mydin sana.
Burp! Alhamdulillah, kuat sungguh kau sendawa wahai diri. Mau kalau Khay dengar, kena cepuk sekali baru tau.
Kunci mana kunci? Wahai motor kesayangan, janganlah kau buat hal lagi pagi ni. Semalam baru aje aku bagi kau minum minyak PakCik Shell tu. Ke nak aku tukar bateri sekali?



Lek dulu, bismillahirrahmanirrahim. Doa mana doa? Aik, sejak bila kau rajin baca doa? Ah, bantai je. Bukan benda jahat pun.
Vrooomm!!
Skreeettt!!
Aii, kayu mana pulak datang ni kat tengah-tengah jalan? Angin tak ada, ribut tak ada. Buang la weh, satgi kena langgar dengan kereta pulak. Nasib jalan tak penuh.
Pin pin!
Angkat tangan sikit, cik jaga. Mulakan hari dengan senyuman. Tapi kenapa dia masam aja? Ke aku yang lupa tak boleh main hon dalam kampus. Ah, sudah….
Cepat,cepat. Ke kuliah kita segera. Dah, ingat sangat la kau lagu MRSM tu.
Fuh! 7.55 baru. Sempat lagi ni. Kasi Facebook dulu boh! Aku pun teringin tetiba nak main Weekenders. Malanglah bagi aku yang kena siapkan presentation group hujung minggu ni.
Assalamualaikum, kelas!
Aik, sejak bila Mr Shri masuk jawi? Dan sejak bila dia dah bertukar jadi seorang Ms bertudung litup warna merah kecairan.
Ah, sudah kau nak bermadah. Sindrom tak boleh pandang perempuan langsung!
Ms Fina (bukan MS Shri ye…) ganti sekejap untuk dua minggu. Nice! Just great! Aku dah la susah kalau nak belajar sambil pandang perempuan ni.
"Awak, yang bertopi Nike tu. Tolong baca doa."
Aku? Errr…..bantai je la.

*Zohor*



Iqamatis sholah!
Hehe. Dah lama jugak aku tak azan ni. Lebih 3 tahun la kut. Sedap jugak suara. Ish ish ish….riak sungguh *sambil geleng kepala*. Minta maaf orang sebelah kalau terlibas rambutku ke hidungmu.
Habis solat sudah. Iman kata nak jumpa kat surau la ni. Lepak dulu ah.
Eh, buku apa ni? Cam best cam syok je. ‘Demi Masa’. Sudah, macam lagu Raihan dah aku dengar. Baca jela, quota Celcom aku pun dah habis.

Imam Ar-Razi, seorang ahli tafsir terkenal pernah berkata:
"Aku sangat kesal kerana tidak mengulangkaji ilmu semasa makan"

*Petang*

Hmm….sempat sampai rumah, sempat jugak solat. Tetiba pulak Iman bagi buku apekebende? Ma’thurat? Dia kata boleh baca lepas Subuh dengan Asar.
Hah, lepas Subuh tu memang aku liat macam dodol lah. Asar? Cuba-try-test petang ni. Bismillah.
Adoyai, budak-budak ni ajak main futsal pulak. Macam tak ada padang rumput free je nak main bola sampai kena main dekat SportPlanet tu. Ahh, tak kira. Aku ada hak bersuara *ceh*. Kasi ajak main free la, aku support minum lepas game.
Hah, jadi!

Erghh….penat, penat. Mandi dulu ke, makan dulu. Mandi dulu la, baru makan nasi bungkus Cik Kiah simpang depan tu. Jimat duit sikit.
Bzzzttt!
Aik, Iman ajak pi masjid la pulak. Cam malas, tapi aku pun tak ada benda nak buat sangat. Kerja boleh sambung malam nanti maa. Ok, set!

*Pukul 7.55 malam*

Padan la, ada kuliah. Pasal masa pulak tu. Haha, memang macam kena kasi pelempang ke rusuk kiri la ni. Ish, mau Iman dengar nanti. Dia pulak pelempang aku….
Habis Isya pukul 8.45. Iman ajak tilawah seround dua. Aku tak kisah. Cam best pulak tetiba dapat macam ni.
Malam ni pun banyak kerja. Kasi overdrive sampai pukul 1 pagi kut. Lepas tu boleh lepak baca buku.
*menguap*
Ngantuk dah datang, bantal dah tersorong. Memang nak kasi hempas kepala ke bantal ni. Tapi terpandang pulak al-Qur’an tu. Hmm…al-Mulk sepukul dulu.
*Baca doa tidur*

Zzzzzzzz…….


*************

Hah, lama sungguh gua tak bermadah cerita. Walaupun cerita di atas cuma monolog seorang pelajar fantasi dalam simulasi otak gua.

Terfikir nak buat cerita ni lepas tengok cerita The Iron Giant dengan baca buku Demi Masa.



Movie 1999 yang entah macam mana gua boleh relate dengan:


Dan gua tak sure samada ni daripada hadis, kata-kata sahabat ataupun cuma kata-kata manusia biasa. Seingat gua, macam pernah terbaca ni sebagai hadis.

Yang pasti, memang manusia ni diciptakan hebat. Hebat waktu buruk, hebat waktu baik. Cuma, manusia diberi kuasa untuk memilih. Walaupun ada manusia-manusia skeptikal yang memandang 'the illusion of choices'. Bagi gua, infiniti akibat daripada setiap satu infiniti pilihan tu adalah takdir TUHAN. Dan kita dah diberi pilihan untuk jadi baik atau buruk.

Macam dalam kisah Umar al-Khattab yang menempelak seorang pencuri kerana menyalahkan takdir bahawa dia dah ditakdirkan untuk menjadi seorang pencuri.




Antara buku pertama gua beli dengan BB1M. Macam pesta buku pulak pergi Hasani Bookstore tu. Memang antara buku yang best la gua baca. Nipis memang nipis. Tapi banyak isi. Tak meleret-leret. Sedap pulak nak baca banyak kali. Bukan macam blog gua ni. Eh?

Apa-apa pun, gua nak spend lagi BB1M tu kat Pesta Buku KL. Final tak final, buku tetap gua nak buru.

Anyway, semua gambar di atas adalah ihsan Google Image.


p.s: flatlining gua sangat teruk, minta maaf semua....

Mar 27, 2014

Review: The Secret Life of Walter Mitty (~)



Assalamu'alaikum~~
Haaa.....nampak tak tajuk? Ni nak cerita pasal.......Kejap, kejap.

Dengar dulu lagu ni.


Dah? Best? Ke belum tengok? Pun tak apa.

The Secret Life of Walter Mitty (TSLoWM) arahan Ben Stiller ni dah boleh masuk list favourite movie gua ni. Konsep cerita yang lari sikit dari genre norma filem sekarang. No superpowers, no extra-sexy women, no mushy-lovey-dovey story.
Hanya sebuah filem biasa. Kalau nak dibandingkan dengan filem Malaysia (yang gua ingat), gua rasa filem KIL boleh letak banding-banding saling menyebelah la.

KIL cerita pasal manusia yang nak bunuh diri, tapi 'dapat balik' hidup dia dekat penghujung.
(TSLoWM) cerita pasal manusia yang tak ada kehidupan, tapi 'dapat balik' hidup baru dekat penghujung (walaupun dia bekerja untuk majalah LIFE)

Masa nak sampai klimaks tu, cerita dia memang mantop! Tapi kena tahan ngantuk mata la waktu mula-mula. Cerita nak naik tu, memang sakit belakang gua tunggu. Penungguan (ke penantian?) yang berbaloi bila gua tak henti-henti gelak. Bukan gelak lawak apa, gelak kena rasuk dengan wanderlust gua.



Cerita ni buat gua terpikir.

Hidup kita bukan takat pergi kelas, duduk depan laptop, main game, tengok movie. Hidup kita ni kat luar sana. Tambah-tambah lagi kalau nak bangunkan manusia, keluarga, masyarakat, ummah. Bukan takat sembang kencang dekat Facebook, Blogger, Twitter.

Err......kutuk diri sendiri nampak?
Takpa, ni pun memang nak buat tembak diri sendiri pun. Tak salah kan?

Tambah lagi satu lagu~~





p.s: jangan risau sahabat, berita korang takkan
terbocor sebelum sampai masanya......in sha Allah~~

Feb 27, 2014

Apa Barang Badan Berketak-ketak (~)

Salam 'alaik!

Macam mana diri kalian? Sihat-sihat belaka? Sihat yang gua maksudkan tu sihat wal'afiat, bukan 'sihat-bulat-comel' sebegitu. Walaupun tak ada la salah mana kalau korang nak comel-comel pun kan? Comel pun ciptaan TUHAN. Gua pun suka perempuan manusia-manusia comel sebegini. Apatah lagi seorang bayi.

Tapi, kan lagi comel kalau kita boleh jadi sihat-sihat gila ala-ala Incredible Hulk (?).

Okay, tak perlu kut nak jadi macam tu. Dah macam amek steroid gua tengok pakcik Banner tu.

Tapi, gua nak cakap kat sini pasal senaman, atau kata omputihnya, eksesais (exercise).

A: Hah??! Apakah kau nak suruh aku eksesais senam bagai?
B: Tak payah la nak senam bagai ni. Kau duduk Malaysia, pusat diabetes sedunia ni.... (eh?)
C: Eksesais kena pergi gym kan? Busuk!!
D: Err....tak pe kut. Saiz badan saya ni pun dah cukup bagus la.




Aik, macam tu pulak. Chill meh. Gua tau memang kita kadang-kadang malas kan kalau nak pergi senam bagai ni. Nak pergi gym pulak. Memang tak la!

Tapi gua ada terjumpa satu workout plans ni. Memang terbaik la! Dalam bentuk fail pdf, pakai gambar pulak tu, senang je nak paham. Nak lemak berkrim.......eh, silap-silap. Nak berkangkung-asparagus lagi, dia ada 100 senarai set senaman yang kita boleh ikut. 100!! Dan yang palingpalingpaling penting sekali, these exercise requires a little to NO equipment at all! Kira kat dalam bilik pun boleh jugak (macam gua buat). Tak payah pergi gym pun. Gym kolej tu gua tak pernah jejak sekali pun.










Nak maklumat lagi panjang, masuk sini: 100 No-Equipment Workouts
Kat situ, ada dia terang lagi jelas, link nak download, macam-macam lagi. Nak buat pun korang boleh ikut kesesuaian dan kena tengok jugak kalau senaman tu sesuai ke tak nak amal.

A+B+C+D: Ooooooo.........

hah, dah cakap pasal eksesais badan, meh sini.....
Gua nak cerita pasal eksesais hati pulak.

Takkan badan kita jaga gila-gila, tapi hati kasi kecut macam ayam salai dekat pasar tani tu? Badan berketak-ketak sampai dah macam kotak gua tengok, tapi hati naik keding dah tak makan 2 bulan. Mana boleh gitu bhai, tak sepadan tak sedondon. Tak boria. Err....




Dari Abi Hurairah ra, katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai olih Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada tiap-tiap (mereka) ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah kamu mendapatkan apa yang mendatangkan manfaat bagi kamu, dan pohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu lemah, dan sekiranya suatu (musibah) menimpa kamu maka janganlah kamu mengatakan: Kalau saya melakukan itu (dulu) sudah tentu saya akan begini dan begitu, tetapi katakanlah: (Ini adalah) takdir Allah, Dia berkuasa melakukan apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya “KALAU” membuka amalan syaitan.
(Hadis Riwayat Muslim)


Hah, tu kalau nak masuk Google Translate, memang nampak mukmin yang badan berketak macam pakcik Hulk tu lagi hebat dari Pakcik Tony Stark yang biasa-biasa je.

Tapi....

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Mu’awiyah dari Al A’masy dari Ibrahim At Taimi dari Al Harits bin Suwaid dari Abdullah ia berkata,
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Menurut kalian, siapa yang kalian anggap paling kuat?”
Para sahabat menjawab,
“Iaitu orang yang tidak kalah dalam suatu pergaduhan.”
Beliau bersabda:
“Bukan itu, orang yang kuat adalah orang yang mampu menahan dirinya saat ia marah.”
Hadis Riwayat Abu Daud, Kitab Adab, Bab Menahan Marah, Disahihkan oleh Shaikh al-Albani

Kan? Kan? Agak selalu je kut kita dengar ke, baca ke, hadis pasal ni. 

Dan lebih kurang hadis ni pun pasal SABAR. Sabar memang kadang-kadang (macam selalu je) susah nak capai, tapi kalau dah biasa tu......pergh! Syok kut (macam tau je....). Sabar itu, sabar ini. Sabar segala macam. Sampai bila orang kata kita gila pun, kita terpikir banyak kali, "Siapa yang gila ni...?"

Cuma tak payahla semua benda nak kata. Bak kata ustaz, orang tampar pipi kanan, kita kata "sabar..." pastu hulur pulak pipi kiri. Tu ada yang tak kena dengan skru kepala tu.




Ustaz tu kata, marah kita tu bila berkaitan dengan hak-hak TUHAN. Contohnya, bila orang hina agama kita, Rasulullah, masa tu baru dibolehkan untuk marah. Itu pun, ada cara dengan had la. Takkan main lepas gitu je.

Tambah lagi, ada 4 jenis manusia bila kait dengan sabar:

1) Cepat marah, lambat tenang
2) Cepat marah, cepat tenang
3) Lambat marah, lambat tenang
4) Lambat marah, cepat tenang

Dah kita, nak taruh dalam mana satu?



p.s: complication.....mudah-mudahan dijaga nyawa dan iman