Tak, tak. Ni bukan fan fiction dua cerita tu.
Aku baru je habis baca Amalgam comics (gambar). Cuma
gabungan DC comics dengan Marvel comics. Tak terdaya kalau aku nak baca semua
amalgamasi diorang.
Dan aku baru nak mulakan tontonan siri Mr. Robot. (gambar).
Siri menceritakan seorang pekerja cyber security pada waktu siang dan menjadi
hackers semulajadi pada waktu malam. Agak melawan fitrah pekerjaan siang dia
sendiri.
Aku pernah menjadi seorang pseudo-geek dalam dunia
hacking-menghacking. Pernah berangan-angan untuk menggunakan Linux OS, TOR.
Tapi, Mr Robot menceritakan profile tunnelling leakage (terma hentam keromo)
sebagai cubaan menumpaskan penguasaan ekonomi yang lebih besar. Pencarian
makumat melalui laman media sosial dan emel hanya step kedua dalam menggunakan
informasi tersebut untuk menggunakan manusia-manusia tersebut kepada
tangan-tangan yang lebih besar.
Eksploitasi maklumat semacam ni, aku dah perhatikan lama
dalam siri Sherlock Holmes yang terbaru (bukan siri filem). Maklumat-maklumat
yang dibogelkan oleh indidvidu tertentu tanpa sedar boleh menceritakan seluruh
kisah hidup.
Terfikir jugak, ada ke manusia yang terlalu deep in dengan watak-watak fiksyen sebegini untuk dimasukkan dalam personaliti diorang?
No comments:
Post a Comment