Showing posts with label gambar. Show all posts
Showing posts with label gambar. Show all posts

Feb 17, 2026

"Silakan, Mas"~ Part 3

 Bahagian akhir, Jakarta!

 

 

Whoosh!

Rezeki bas mini cermin retak depan hotel

Sarapan, hutan, atas bukit, hujan


Kalau Cameron buat macam ni....

Pagi Sore, macam hotel...



Kampung Kecil lagi rileks~


Jauh berjalan, Kinokuniya jugak sampainya~

Mana nak cari dekat Malaysia eh?


Again....

Kedai setia


*****SEGMEN SKETCHBOOK*****

 

 



Alhamdulillah

Dapat sampai lagi ke Indonesia. Macam terasa balik kampung pulak (mudah-mudahan tidaklah) .

Dan terasa macam nak pergi lagi, dengan orang lain pulak.

 

Hmmmm.....~~ 

May 11, 2025

Sekian lama merisik... (~)

https://external-content.duckduckgo.com/iu/?u=https%3A%2F%2Fst.depositphotos.com%2F1258191%2F3951%2Fi%2F950%2Fdepositphotos_39519585-stock-photo-man-waiting-with-roses.jpg&f=1&nofb=1&ipt=cc8db11a573f97bde0ad0e6ee17b73f5b82c13f0c078df7e658d022f5bdaddbb


 

 Berpeluh-peluh tangan.

Berdebar-debar jantung.

 Bermalam-malam berjaga.

2 minggu kau ku risik.

Berbelas-belas ku bertanya pendapat.

 

Ada yang mengatakan,

"Pilihlah yang lain, murah sikit maharnya..."

"Pilihlah yang lain, lebih bagus kerjanya..."

"Tunggulah dulu, duit belum cukup dikumpul..."

 

Malam terakhir.

Aku berjaga.

Berfikir.

Timbang tara buruk baiknya.

 

Keesokan hari.

Helmet disarung.

Motor kutunggang.

Setelah sampai, terus aku berbincang dan bersembang.

Dan akad pun terus tertunai.

 

Berdebar aku menunggu di rumah.

Kedatangan yang dinanti.

Akan sampai malam nanti.

Terus kupandang yang disisi.

 

"Sayang...

Teman baharu ku akan tiba sebentar lagi.

Tapi, kau tetap akan terus ku.....

....hayati."

 

Yang lama.
 

Yang baharu!
(Ada penampakan di situ...)

 
 
 

 
 

Aug 22, 2019

Satu Idea Pendek: Bicara Tanpa Nada (.....)



Tolong belikan seluar dalam 2, 3 helai.



Boleh dibaca sebagai;

Tolong belikan seluar, dalam 2, 3 helai.

atau,

Tolong belikan seluar  dalam, 2,3 helai.

(sumber: DuckDuckGo)

Itu baru mesej bertulis belikan seluar. Belum lagi mesej bertulis nak menular.

Dunia tanpa sempadan memerlukan ketidakhadiran suara dalam 'bersuara', yang mana sebenarnya manusia masih memerlukan sempadan walau sehalus mana.

Sebab manusia suka nak bercakap tanpa kepentingan (macam aku). Disangkakan, segala pendapat dia tu semacam ilham dari langit. Dia saja yang betul.

Tulisan itu tak beremosi melainkan menggunakan perkataan-perkataan emosi. Masalahnya, kita sekarang dah hilang cara membaca emosi dalam ayat. Samada yang membaca dah tak kenal emosi atau penulis yang celaru perasaan dalam menulis.

Nak menasihat, tapi guna ayat mengecam.
Nak menasihat, tapi sarkastik.
Sila rujuk r/woooosh (mungkin bukan semua)

Ahli politik yang bertelagah dekat parlimen pun bercakap pakai suara.

Kita? Bergaduh tak kenal suara. Media dekat media sosial pun pandai pakai ayat kontroversi (aku pandang kau MalaysiaKini), tapi kenapa kita senang nak berperasaan tak tentu hala?


Boleh baca pasal manusia bermulut sepuluh bertelinga tiada dalam blog Ustaz Hasrizal.



p.s: Antara sebab kenapa aku suka telefon berbanding teks (melainkan perlu)~

May 14, 2019

Satu Idea Pendek: Membolakan Politik (?)

Assalamualaikum~

Kalaulah politik itu kita bola-kan dia?





Pihak Kerajaan semestinya pemain utama di atas padang.
Menjadi tumpuan segala mata di dalam stadium. Yang melakukan banyak kerja.

Pihak pembangkang?
Pemain di bangku simpanan. Banyak komen, teliti keadaan tapi SEPATUTNYA masih menyokong pemain di atas padang. Bila-bila masa boleh dimasukkan ke atas padang.

Rakyat?
Semestinya penonton di dalam stadium. Ada kipas-susah-mati, ada kaki kutuk, ada bangsa final. Kuat kritik walaupun padang jauh dari diri.

Tapi siapa pihak lawan?

May 11, 2019

Komik: Prolog Tuah (~)

Assalamualaikum~

Sekarang aku cuba la sikit-sikit melukis komik. Dan disebabkan aku bukanlah penglipurlara yang boleh tulis cerita panjang berjela, aku ambik jela jalan cerita kegemaran aku, Koleksi Sunan karya Ramlee Awang Mursyid.

Sebenarnya lukisan ni dah lama diletakkan dalam Instagram @komiktanpanama, tapi dah ditegur supaya tak dikomersialkan lukisan tersebut.

Masuk akal dengan keadaan sekarang yang mana orang boleh buat beribu-ribu ringgit dengan akaun Instagram.

Tapi, mungkin aku akan cuba sambung balik melukis untuk koleksi peribadi dan tatapan blog saja.

Percubaan pertama aku adalah dengan melukis Prolog 'Cinta Sufi', walaupun pada mulanya aku nak melukis 'Cinta Sufi' itu sendiri.

Percubaan kedua pula, aku kena patah balik untuk melukis 'Bagaikan Puteri'. Dan selepas 2 bab, mungkin aku kena mula melukis pakai pensel balik, bukannya terus dari Photoshop.











*p.s: tak mampu lagi nak berkomited beli tablet

Aug 12, 2018

AngkutTek (Tech Haul) 2018 (~)

Assalamu'alaikum!

2018.

Untuk seseorang yang tak ambil endah sangat pasal barang-barang teknologi ni, aku dengan terkejutnya baru je habiskan RM400+ untuk barang-barang teknologi bagai ni. RM400+ tu bukannya sikit kalau kau, seorang student masih belum berkerjaya (mudah-mudahan cepat). Sampaikan, entah berapa kali aku ulang-alik, masuk-keluar LowYat Plaza tu.

Buat perabis duit beli tiket MRT.

Lastly, beli setakat pen stylus, USB drive dengan mouse baru. Alhamdulillah, sebab mouse sekarang ni memang dah nak rosak dah pun. Kalau nak sentuh mouse tu buat kerja dalam SketchUp takpun AutoCAD memang buat sakit hati je.

1. Armaggeddon NRO-5 Starship III

sumber: Google

Mouse yang paling best setakat yang aku guna selama ni. Dengan 9 butang makro, weight management, RGB lighting (macam aku kisah), Terasa antara benda yang paling bebrbaloi aku beli dalam list barang ni. ANTARA.


2. Stylus Pen Murah

sumber: Google

Stylus pen murah. Setakat nak cuba-cuba je. Ok, walaupun screen protector dah retak sikit.


3. SanDisk USB Drive

sumber: Google

USB yang memang aku nak beli dari dulu: USB-microUSB pendrive. Senang sikit nak transfer data dari telefon masuk dalam laptop. Masalahnya, kecik sangat. Senang hilang.


Balik rumah, dengan malangnya aku dah terjebak dengan dunia online shopping.

Lazada.

Haila.....dan berhabis lagi la lagi duit dalam bank tu. Takpe, apa guna duit kalau tak dibelanjakan, ye tak? Tapi lagi bagus la belanja duit dunia untuk akhirat. Qurban, anyone?


4. Armaggeddon Nuke 9 Headset

sumber: Google

Dari dekat LowYat lagi memang aku dah main mata dengan benda alah ni. Tapi disebabkan tak ada keperluan  yang menderu, maka aku pun berlalu.

Last-last, beli jugak dekat Lazada. Terbeli v2018 pulak tu. Dia ada in-line volume controller , makanya kabel tu terasa berat. v2017 punya volume controller dekat earcup belah kiri. Simple. Subtle. Harap-harap diorang bagi tukar.


5. Nintendo Switch
sumber: Google


NOPE!

5. iPEGA PG-9087

sumber: Google

Banyak duit kau nak beli Switch! Kurang-kurang, dengan iPEGA ni boleh la aku main emulator game dengan tenangnya. The best thing I've bought in this list!

Oh, dan aku mula main game emulator~~

Jul 20, 2017

Ketagihan Menghidupkan Idea (~)

Assalamu'alaikum!
Kadang-kadang, terasa sebegitu banyak idea dalam kepala boleh buatkan kita teruja. Itu ini, begitu begini (not quoting any song...*ehem*) sampaikan terasa kita tak terjangka nak membuatnya dalam dunia nyata.


Terasa hari ni nak berbasikal keliling bandar.
Terasa hari ni nak menulis sebuah cerita.
Terasa hari ni nak membaca suatu buku.
Terasa hari ni nak merekacipta suatu idea.

Yang akhirnya tak bergerak mana?

Bagi aku, perasaan ni dah lama terjadi. Sejak 5 tahun yang lalu. Di mana aku masih mampu berjalan ke taman sunyi seorang diri tanpa menghiraukan kata orang mahupun kata hati. Hanya berjalan selepas didesak otak ke otot-otot kaki yang akhirnya mengalah kepada hati bahawa ini semua perlu berakhir untuk hari itu.

Sekarang? Sekarang, otak ni cuma mampu memainkan senario-senario yang mungkin berlaku bila aku mula tunduk kepada idea-idea tersebut.Sehingga mencipta memori-memori palsu. Berfungsi, tapi palsu. Aku mula andaikan bahawa otak adalah mesin simulasi yang berkesan, tanpa sedar mula memakan diri sendiri menjadi malas dan mati dalam lautan idea sendiri.

Itu? Hanya realiti sosial (video sini) yang aku simulasikan dalam minda. Sampaikan sering aku mengandai-andai sesuatu akan berlaku seperti yang disangkakan. Sedangkan langkah pertama masih belum bergerak. Dan situasi ni berlaku ketika idea itu masih dikembangkan di dalam minda, belum pun bercerita dengan orang ramai.

Dan malam ni, aku punya banyak idea. Terlalu banyak. Walaupun esok masih ada 2 kertas peperiksaan terakhir untuk semester ni. Terima kasih untuk siri SHERLOCK musim ke-4 episod 0, segala mind palacenya dan ketagihan (harapnya bukan dadah).

Dan idea pertama yang sudah tertunai adalah tulisan ini.

Alhamdulillah~~~

May 29, 2017

Kosongnya Puncak Alam (~)

Assalamu'alaikum~

Lama rupanya keyboard ni berhabuk tanpa ketikan hati. Mungkin dah lama hidup aku tak tersusun dalam cara hidup.

15 tahun, 6 cara hidup. Semuanya ada cara hidup yang tersusun. Walaupun hidup keseorangan dalam bilik sewa nun jauh dekat Portsmouth.




Sekolah rendah? Pagi dan siang yang ceria.
Sekolah menengah? Petang yang sihat.
Maktab? 24 jam yang tersusun.
UIA? Dorm life yang mesra.
INTEC? Study life yang....okay la.
Portsmouth? Malam yang tenang.

UiTM? Jadual yang memerlukan kerja harian 5 hari seminggu, 8-to-6 setiap hari (?), agak memaksa diri untuk IKUT jadual. Bukan menyesuaikan diri dengan jadual tu sendiri. Buatkan aku rasa yang pagi kena buat itu, tengah hari buat ini, petang kena itu, malam ini.

Kurang kebebasan dari segi pergerakan, secara fizikal.

Gunakan motorsikal, akan habiskan duit minyak.
Jalan kaki? Destinasi tak sampai.




Mungkin sebabnya adalah PUNCAK ALAM tu sendiri (dan sosial kawan-kawan yang berbeza). Puncak Alam yang 'sedang baru' nak membangun buatkan tempat ni terasa agak kosong untuk aku yang dah terbiasa dengan kesibukan bandar Ampang ataupun bandar kecil Portsmouth.

Dan mungkin kawan-kawan yang biasa bergerak dengan kereta buatkan aku terasa lelah nak mengejar gunakan motorsikal pinjam.

Mudah-mudahan, siapnya pintu masuk hadapan UiTM Puncak Alam boleh kurangkan sedikit rasa helpless sebegini.

Bayangkan, perjalanan motorsikal ke kelas 15 minit sambil memandang fakulti yang hanya seberang pagar~

Feb 14, 2017

Satu Idea Pendek: NEGARA ISLAM (!)

Salamun 'alaik!

Adakah korang berminat nak tubuhkan 'Negara Islam'?
Adakah korang ingin kembalikan sistem khalifah?





Tapi apabenda tu 'Negara Islam' (NI)?

Kena ke NI perlukan satu sempadan geografi macam negara-negara sekarang ni? Ataupun NI ni adalah negara yang mempunyai penduduk muslim semata-mata? Ataupun cukup dengan negara yang diperintah oleh satu parti politik Islam?

Zaman dulu-dulu, mungkin kawasan pemerintahan Islam nampak gah dan hebat sebab dapat takluk kawasan-kawasan baru, luaskan semacam empayar yang merebak macam dakwat di atas kertas.

ATAU....

Mungkin NI tu cuma konsep. Menggunakan nilai-nilai Islam sebagai satu tanda aras dalam menguruskan hal-hal negara.

Mungkin negara yang diperintah diktator juga mempunyai ciri-ciri NI.

Mungkin kerajaan dan pihak agama bekerja bersebelahan, bukan satu di bawah yang lain. Sebab badan agama di bawah kerajaan akan dipergunakan dan kerajaan di bawah badan agama akan terbantut atau tergendala.

MUNGKIN~



*hasil dapatan daripada ceramah Misconception of Dawlah Madaniyyah oleh Dr Jasser Auda
**akan cuba tulis dengan lebih masuk akal dan terperinci daripada nota catatan

Dec 3, 2016

Satu Idea Pendek: Life Is A Race (!)

"Life is a race!" - Viru Sahastrabuddhe a.k.a Virus






Kita ingat kita hidup cuma ada satu lorong. Dan sampai satu peringkat, kita kena pilih satu lagi lorong di cabang lorong-lorong.





Tapi, sebenarnya kita tak semestinya pilih SATU lorong dalam kepala kita. Mungkin dua, tiga, ataupun semua.


Mungkin jugak lorong kita tak pernah bercabang pun.

Cuma bertambah lebar.





Dec 2, 2016

Bunuh Cikgu Anda (?)

Macam mana nak 'bunuh' cikgu korang?

Pisau?
Pistol?
Panah?
Racun?
Jatuh dari bangunan?
Langgar lari?
.
.
.
.
.
.
.

Tembak guna pistol getah?




Ansatsu Kyoushitsu

Antara anime paling best yang aku pernah tengok. Untuk siri yang bertahan selama 22 episod untuk 1 musim, sangat mencucuk kepala minda aku.

Dan kalau korang ingat cerita ni pasal macam mana satu kelas diarahkan untuk selamatkan dunia dengan bunuh seekor(?) alien, boleh beringat lagi kut.

Dan kalau korang adalah cikgu atau bakal cikgu dan korang tak berminat untuk teruskan untuk terus tengok cerita ni.......walaupun korang mengaku kipas-susah-mati anime/manga, sungguh tak paham aku.

Takpe-takpe, lagipun itu kan salah satu pandangan ideal korang macam mana nak mengajar dan diajar~~


Disclaimer: Ini BUKAN satu ajakan untuk bunuh cikgu anda. Sayangilah guru kita, mereka juga masih belajar.

Nov 11, 2016

KS vs Pangkor (!)



Salamun 'alaik!

Sepurnama yang lepas, KosmikStudio (KS) telah memulakan perancangan untuk meluaskan jajahan mereka selepas berlakunya perjanjian damai di Janda Baik 2 musim (6 bulan) sebelumnya. Namun, pergerakan KS kali ini telah dirancang dengan lebih ganas dan agresif.

Maka, berlakulah segala persiapan senjata dan kawasan perlindungan 2 minggu sebelum penjajahan dilakukan. Berhempas pulas rejimen-rejimen KS mengerahkan keringat sehingga lencun segala baju mereka dengan peluh adrenalin dan air mata mengantuk mereka.






Malah, sebelum mereka sampai ke Pangkor, masih berupaya untuk menakluk Teluk Batik terlebih dahulu untuk dijadikan pangkalan selama 3 hari. Maka, tersebar luaslah segala binaan-binaan dan senjata mereka sepanjang persisiran pantai tersebut.

Belum nak cerita dengan kehadiran tentera asing di kawasan sebelah.


Perwira muda (tolak 2 orang)





Persiapan Rejimen Tenggiling





Walaupun berlaku sedikit pergelutan dengan tentera tempatan, KS masih mampu bertahan untuk meneruskan pergerakan mereka ke Pangkor.

Namun, ternyata Pangkor hanyalah sebuah tanah yang masih belum mampu untuk KS mengaut segala isi emas yang ada di sana. Penduduk-penduduk di sana juga lembut lidah dalam berurusan dengan KS sehinggakan KS hanya mampu mengambil segala ilmu pengetahuan kawasan tempatan untuk merancang ekspedisi jajahan seterusnya.

Malah, desas-deusus berbisik bahawa KS harus bergerak secara bersendirian untuk merancang perjalanan mereka.



KS masih muda.
Pergerakan mereka walaupun bertatih, tetapi gagah. Jangan pula digunturkan semangat mereka, tapi siramkan dengan kata-kata dan tunjuk ajar.
Masih ramai yang merangkak hendak berjalan, jangan pula terus diasak berlari ke hujung dunia.



Life is a race, but only with yourself~~