Assalamu'alaikum!
Kadang-kadang, terasa sebegitu banyak idea dalam kepala boleh buatkan kita teruja. Itu ini, begitu begini (not quoting any song...*ehem*) sampaikan terasa kita tak terjangka nak membuatnya dalam dunia nyata.
Terasa hari ni nak berbasikal keliling bandar.
Terasa hari ni nak menulis sebuah cerita.
Terasa hari ni nak membaca suatu buku.
Terasa hari ni nak merekacipta suatu idea.
Yang akhirnya tak bergerak mana?
Bagi aku, perasaan ni dah lama terjadi. Sejak 5 tahun yang lalu. Di mana aku masih mampu berjalan ke taman sunyi seorang diri tanpa menghiraukan kata orang mahupun kata hati. Hanya berjalan selepas didesak otak ke otot-otot kaki yang akhirnya mengalah kepada hati bahawa ini semua perlu berakhir untuk hari itu.
Sekarang? Sekarang, otak ni cuma mampu memainkan senario-senario yang mungkin berlaku bila aku mula tunduk kepada idea-idea tersebut.Sehingga mencipta memori-memori palsu. Berfungsi, tapi palsu. Aku mula andaikan bahawa otak adalah mesin simulasi yang berkesan, tanpa sedar mula memakan diri sendiri menjadi malas dan mati dalam lautan idea sendiri.
Itu? Hanya realiti sosial (video sini) yang aku simulasikan dalam minda. Sampaikan sering aku mengandai-andai sesuatu akan berlaku seperti yang disangkakan. Sedangkan langkah pertama masih belum bergerak. Dan situasi ni berlaku ketika idea itu masih dikembangkan di dalam minda, belum pun bercerita dengan orang ramai.
Dan malam ni, aku punya banyak idea. Terlalu banyak. Walaupun esok masih ada 2 kertas peperiksaan terakhir untuk semester ni. Terima kasih untuk siri SHERLOCK musim ke-4 episod 0, segala mind palacenya dan ketagihan (harapnya bukan dadah).
Dan idea pertama yang sudah tertunai adalah tulisan ini.
Alhamdulillah~~~
No comments:
Post a Comment