Dapatan lepas berjalan-jalan di Bandung.
Tambahan teringat bacaan Novelog: Jom Drop? oleh Nazirul Haziq.
Ternyata buat aku kuat tertanya, apa sebenarnya realiti masyarakat kita?
Dan ternyata, walau mungkin nampak sedikit artifisial (aku tak pernah jejak dunia ni......sue me), filem ni buatkan aku terpikir.
Mana dia masyarakat yang sayangkan manusia?
Mana dia ahli pemikir yang kuat berkata?
Mana dia pelajar/aktivis yang kuat bicara?
Mana dia seorang muslim?
Yang sepatutnya menyayangi saudaranya seperti menyayangi dirinya sendiri.
Jangan sentap. Tu semua untuk aku.
Yang dinyatakan dalam filem ni, seorang aktivis mungkin tak nampak jalan kerjanya sebagai suatu yang 'bersih'. Dipaparkan dengan watak-watak 'Islamis' (mungkin kerana faktor budaya) yang menganggap haram itu mutlak tanpa usaha untuk mengubah. Manakala, watak so-called Islam Liberal itulah yang usaha kuat tanpa pikirkan nasib sendiri. Mereka buyfish.
Tak paham takpe.
Bukan niat aku nak naikkan konsep Islam Liberal (tak tahu perlu ada ke definisi macam tu). Dan bukan jugak nak rendah-rendahkan peribadi seorang muslim. I know nothing.
Cuma mungkin kita kena revise apa yang patut kita buat.
أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلا تَعْقِلُونَ
"Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, Padahal kamu membaca Al kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu berpikir?" (QS. Al-Baqarah: 44)
{Surah Al-Kafirun}
ReplyDeletekita tak akan boleh menghalalkan yang telah haram. Sepertimana yang telah dikatakan oleh anda, Muluk enggak bisa menghalalkan duit yang telah dicopek oleh anak menakan tersebut. But u know, we still can mengislamkan yang jahiliya itu. Bagaimana? Dia cuba didik anak-anak tersebut dengan memberi pelajaran, adab dan urusan agama dan seterusnya dia mengajak anak tersebut berhenti mencopek dan mula berniaga, Dan I feel it simbolik untuk dakwah. Namun, dia tetap salah sebab mengguna pakai duit haram itu but if he tidak mulakan ini, siapa yang mahu sedarkan mereka? memupuk peribadi muslim sangat penting sedari kecil. But still movie ini direka untuk membuat kita berfikir dan mengambil iktibaro. Ya, ampun kalau ada tersalah info, sekadar mahu berkongsi apa yang didapat.
Yes, that's the point.
ReplyDeleteHaram halal itu ada caranya, Dan perubahan pun boleh jadi perit dan kadangkala bercanggah dengan pendirian diri, malah norma masyarakat. Cuma dalam filem ni, mungkin nak menarik idea.....bila dua idea bertembung, macam mana kita nak selesaikan.
Hukum keras, atau jalan membuta-tuli?