Oct 8, 2015

Cermin Pandang Belakang (~)



Salaamun 'alaik!

Dan wauw!!.....sungguh ku tak sangka yang aku akan buat 5S untuk blog picisan ni. Well, not exactly 5S, but you get the idea.

Bak kata orang, hidup kita ni kalau nak dibandingkan dengan bawak kereta, perlu pandang cermin pandang belakang sekali-sekala. Pandang ke belakang untuk pastikan jalan ke hadapan lebih selamat, atau apa-apa je la.

+Tapi, aku bawak kereta F1??

Ye, suka hati. Kereta F1 pun ada kamera pandang belakang apa. Kut. Err....


IS!....

.....aku nak cakap, banyak sebenarnya cerita aku yang, dengan baik atau tak seberapa, dah diceritakan dalam blog ni. Dan sepanjang sesi pembersihan 'alam sekitar' tadi, selain aku sedar bahawa isi jari menari tersebut-sebut lebih matang. Nadanya lebih sesuai dengan peningkatan umur. Lebih mesra alam.

+Go green?

Maknanya, tak lah aku tulis tu macam luahan perasaan hati yang terempang berbulan-bulan. Lebih teratur. Dan-

+Dan?

Dan yang paling tak best, aku sedar yang tempo tarian jari aku ni makin hambar kalau nak dibandingkan dengan tulisan seorang AKU 3 tahun dulu yang hanya bercerita tentang berbasikal di kawasan perumahan pada waktu petang.

Mungkin, kita kena lebih kerap toleh ke belakang. Bilamana kita terlalu nak ke hadapan dengan cepat, takut beg-beg bekalan semua tercicir dekat belakang.

+Oooooo.....

Dan, mungkin aku tak patut buat benda ni di tengah-tengah semester. Kacau jiwang betul!~~

No comments:

Post a Comment