Feb 27, 2014

Apa Barang Badan Berketak-ketak (~)

Salam 'alaik!

Macam mana diri kalian? Sihat-sihat belaka? Sihat yang gua maksudkan tu sihat wal'afiat, bukan 'sihat-bulat-comel' sebegitu. Walaupun tak ada la salah mana kalau korang nak comel-comel pun kan? Comel pun ciptaan TUHAN. Gua pun suka perempuan manusia-manusia comel sebegini. Apatah lagi seorang bayi.

Tapi, kan lagi comel kalau kita boleh jadi sihat-sihat gila ala-ala Incredible Hulk (?).

Okay, tak perlu kut nak jadi macam tu. Dah macam amek steroid gua tengok pakcik Banner tu.

Tapi, gua nak cakap kat sini pasal senaman, atau kata omputihnya, eksesais (exercise).

A: Hah??! Apakah kau nak suruh aku eksesais senam bagai?
B: Tak payah la nak senam bagai ni. Kau duduk Malaysia, pusat diabetes sedunia ni.... (eh?)
C: Eksesais kena pergi gym kan? Busuk!!
D: Err....tak pe kut. Saiz badan saya ni pun dah cukup bagus la.




Aik, macam tu pulak. Chill meh. Gua tau memang kita kadang-kadang malas kan kalau nak pergi senam bagai ni. Nak pergi gym pulak. Memang tak la!

Tapi gua ada terjumpa satu workout plans ni. Memang terbaik la! Dalam bentuk fail pdf, pakai gambar pulak tu, senang je nak paham. Nak lemak berkrim.......eh, silap-silap. Nak berkangkung-asparagus lagi, dia ada 100 senarai set senaman yang kita boleh ikut. 100!! Dan yang palingpalingpaling penting sekali, these exercise requires a little to NO equipment at all! Kira kat dalam bilik pun boleh jugak (macam gua buat). Tak payah pergi gym pun. Gym kolej tu gua tak pernah jejak sekali pun.










Nak maklumat lagi panjang, masuk sini: 100 No-Equipment Workouts
Kat situ, ada dia terang lagi jelas, link nak download, macam-macam lagi. Nak buat pun korang boleh ikut kesesuaian dan kena tengok jugak kalau senaman tu sesuai ke tak nak amal.

A+B+C+D: Ooooooo.........

hah, dah cakap pasal eksesais badan, meh sini.....
Gua nak cerita pasal eksesais hati pulak.

Takkan badan kita jaga gila-gila, tapi hati kasi kecut macam ayam salai dekat pasar tani tu? Badan berketak-ketak sampai dah macam kotak gua tengok, tapi hati naik keding dah tak makan 2 bulan. Mana boleh gitu bhai, tak sepadan tak sedondon. Tak boria. Err....




Dari Abi Hurairah ra, katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai olih Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada tiap-tiap (mereka) ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah kamu mendapatkan apa yang mendatangkan manfaat bagi kamu, dan pohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu lemah, dan sekiranya suatu (musibah) menimpa kamu maka janganlah kamu mengatakan: Kalau saya melakukan itu (dulu) sudah tentu saya akan begini dan begitu, tetapi katakanlah: (Ini adalah) takdir Allah, Dia berkuasa melakukan apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya “KALAU” membuka amalan syaitan.
(Hadis Riwayat Muslim)


Hah, tu kalau nak masuk Google Translate, memang nampak mukmin yang badan berketak macam pakcik Hulk tu lagi hebat dari Pakcik Tony Stark yang biasa-biasa je.

Tapi....

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Mu’awiyah dari Al A’masy dari Ibrahim At Taimi dari Al Harits bin Suwaid dari Abdullah ia berkata,
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Menurut kalian, siapa yang kalian anggap paling kuat?”
Para sahabat menjawab,
“Iaitu orang yang tidak kalah dalam suatu pergaduhan.”
Beliau bersabda:
“Bukan itu, orang yang kuat adalah orang yang mampu menahan dirinya saat ia marah.”
Hadis Riwayat Abu Daud, Kitab Adab, Bab Menahan Marah, Disahihkan oleh Shaikh al-Albani

Kan? Kan? Agak selalu je kut kita dengar ke, baca ke, hadis pasal ni. 

Dan lebih kurang hadis ni pun pasal SABAR. Sabar memang kadang-kadang (macam selalu je) susah nak capai, tapi kalau dah biasa tu......pergh! Syok kut (macam tau je....). Sabar itu, sabar ini. Sabar segala macam. Sampai bila orang kata kita gila pun, kita terpikir banyak kali, "Siapa yang gila ni...?"

Cuma tak payahla semua benda nak kata. Bak kata ustaz, orang tampar pipi kanan, kita kata "sabar..." pastu hulur pulak pipi kiri. Tu ada yang tak kena dengan skru kepala tu.




Ustaz tu kata, marah kita tu bila berkaitan dengan hak-hak TUHAN. Contohnya, bila orang hina agama kita, Rasulullah, masa tu baru dibolehkan untuk marah. Itu pun, ada cara dengan had la. Takkan main lepas gitu je.

Tambah lagi, ada 4 jenis manusia bila kait dengan sabar:

1) Cepat marah, lambat tenang
2) Cepat marah, cepat tenang
3) Lambat marah, lambat tenang
4) Lambat marah, cepat tenang

Dah kita, nak taruh dalam mana satu?



p.s: complication.....mudah-mudahan dijaga nyawa dan iman

2 comments:

  1. Apa barang perli manusia-manusia pergi gym

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni xperli manusia2 gym, ni perli manusia2 yg malas pergi gym(a.k.a bersenam) tp berangan badan macam Tom Cruise~~

      ^__^ lg pun, xdak nak perli sesapa aih. Cadangan camna nak bersenam dengan senang. Gitu aje~

      Delete