Feb 9, 2014

Nanggroe Dan Ammar (~)

Salamun alaik!

Gua tak banyak benda nak tulis (taip?), cuma agak teruja jugak siang tadi lepas dapat hilang gian beli buku kali pertama 2014!

Kononnya.

Karnival Karangkraf baru gua tahu acapkali jugak ada dekat Seksyen 15 tu. Gua je yang tak selalu jenguk. Tapi, novel baru Sunan punya pasal, gua terus prengpreng naik motor ke sana.




Haaa....sempat beli dua ni aja. Pasal kalut sangat pulas throttle motor tu sampai tak sempat nak keluar duit lebih. Tapi, takpe pun. Memang kena catu sikit barang-barang baca selain buku belajar.

Yelah sangat~



Buku Cerita Cinta Ahmad Ammar. Gua terasa nak beli buku ni masa dekat kaunter bayar tu. Nampak pulak ada akak tu borong sampai 5 buah. Tercabar la gua, takkan tak beli satu kut? Alih-alih, tarik la jugak satu. Buku ni pun kompilasi karya dan tulisan pelbagai pihak berkaitan arwah Ammar ni. Gua tak sempat baca lagi. Nak melayan buku kat bawah ni dulu.




Heee...... ^__^

Pasal ni la sebenarnya gua lompat naik motor pecut pergi Karangkraf. Hard cover punya Sunan Naggroe Sang Kembara. Prolog bagi kisah Laksamana Sunan. Cerita dia ringan sikit kalau nak dibandingkan buku-buku sebelum ni. Dari lahir dan laa ni gua tengah baca waktu dia tengah berguru dengan Wali Sufi.

Gua ingat nak ambik sekali autograf RAM, tapi disebabkan panjang beratur, kerja pulak banyak, Zohor nak masuk, tak jadi langsung.

Cuma gua nak bagitau ada lagi satu buku Sunan hardcover ni yang gua nak jual. Kasi pos saja. Gua ada satu je lagi ni. Hardcover ni dia jual dekat Karnival Karangkraf la ni. Hari ni pun hari last.

Harga: RM 35 (termasuk pos)
Edisi: Kulit keras.

KALAU ada siapa-siapa nak beli, boleh bagitau gua. Kalau takda, gua jual dekat kengkawan gua yang lain je~~


p.s: teringin pulak berdapur di jalanan.....

2 comments:

  1. Kalau jual harga RM0.00 Insyallah, ambo beli.

    ReplyDelete
  2. Haha! Rm0 itu namanya hadiah, bukan jual beli~

    ReplyDelete